Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

BIJAKNYA ORANG YANG MENGINGATI KEMATIAN

SESUDAH ASAR... Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik u...

Hadis Tanda-Tanda Kiamat Besar....

Matahari Terbit Dari Barat Petikan Hadis Dari Sunan At-Tarmizi Huraian Oleh : Al-Fadhil Ustaz Muhd Asri Hj. Ramli عن أبي ذَرٍّ قَالَ : دَخَلْتُ المَسْجِدَ حِيْنَ غَابَتِ الشَّمْسُ وَالنَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ، فَقَالَ : "يَا أبَا ذَرٍّ أَتَدْرِي أَيْنَ تَذهَبُ هَذِهِ؟ قَالَ : قُلْتُ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أعْلَمُ. قَالَ : فَإِنَّهَا تَذْهَبُ تَسْتَأذِنُ فىِ السُّجُودِ فَيُؤْذَنُ لهاَ وَكَأنّهَا قَدْ قِيْلَ لَهَا اطْلِعِى مِنْ حَيثُ جِئْتِ، فَتَطْلَع مِن مَغْرِبِهَا. قَالَ: "ثُمَّ قَرَأَ وَذَلِكَ مُستَقَرٌّ لهَاَ. قَالَ : وَذَلِكَ قِرَأَةُ عَبْدِ الله بنْ مَسْعُود. حسن صحيح Terjemahan: Dari Abi Dzar katanya: Aku telah masuk ke masjid ketika waktu tenggelam matahari (senja) dan ketika itu Nabi SallalLahu’Alaihiwasallam sedang duduk, maka baginda pun bersabda: “Wahai Abi Dzar, tahukah kamu kemana perginya (matahari) ini?” Katanya : Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Maka Sabda Nabi SallalLahu’Alaihiwasallam : “Sesungguhnya ia pergi meminta izin kepada tuhann...