Isnin, 20 Jun 2011

Ada serupa ka?

meow... kalo same mcm ni x pe gak... comel...

skang aku tengah praktikal kat HKL... dah macam-macam kes aku jumpe kat sane, yang denggi, psy (orang gila). Tapi yang ni tadi jadi kat aku, baru bape jam lepas. Aku kene buat dressing kat sorang uncle ni, (dressing tu bukan kene bagi pakai baju k, maksud dia cuci luka). Dah siap-siap suma barang, aku g basuh tangan dulu. Pastu ada akak nurse ni bagitau yang uncle tu tengah tido. Aku wat x peduli la, time tdo senang wat keje. Dah tolak troli ke katil uncle tu, siap pakai strile glove, aku g kat uncle tu dan cakap "uncle nak cuci luka sikit". Dia angguk je. Time cuci tu die cakap-cakap bahasa kebangsaan dia, aku wat x peduli la, ingat dia cakap dengan bangla sebelah dia, rupa-rupanya dia cakap ngan aku. Aku cuma mengangguk je ape yang die cakap, ape dia mencarut aku pun x tau. Dah habis wat dressing, aku kemas-kemas barang, aku cakap kat die "dah habis dah uncle?" die cakap "la you melayu ke?", mau je aku bagi starlight kat die... dah lame x starlight orang nih... last aku starlight Alip boyot.... rase mcm baru minum fresh orange. Segar lagi menyegarkan. hehehe.... Aku ada serupa ka dengan India... tlg jawap sikit...




ni luke salah sorang patient aku... ni baru yg kecik..

Sabtu, 18 Jun 2011

teka-teki dan jawapan utk korang

1.Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
-Kuih salah bikin.

2.Binatang ape power Karate?
-Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

3.Siape yang menemukan dompet kulit?
-Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

4.Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
-Pintu yang ade tulis 'TARIK'

5.Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
-Pembohong...

6.Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
-Usus

7.Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
-Kutu rambut

8.Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
-Neneknye si katak

9.Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
-Sbb lelaki ni kan 'buaya'

10.Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
-Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
-Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

11.Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
-Dua-dua tak kenal korang...hehe

12.Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
-Tukang gali kubur

13.Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
-Tahi hidung

14.Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
-Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

15.Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
-Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

16.Gajah terbang dengan ape?
-Dengan susah payah

Guru besar yg terkene....

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"


erm....

Ntah, aku tulis ja..

Zali seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zali terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zali telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zali sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zali ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Tak reti cakap elok2 ka????

 "woi, kawasan ni x leh masuk, x reti bace ke sign board kat depan tu", dengan muke selambe aku U-turn balik dan cakap kat guard tu "Assalamualaikum, sori encik, x nampak, lawa sungguh bahase encik, sape ajar, bapak encik", lepas tu terus aku tekan sampai out meter.... cabutla takot makan pasir kang....

Ape salahnye cakap elok2, bukan orang x paham, dan x kan kambing lak bawak kete (akai ada ka?)

aku x salah la....

aku time tu rase nak hempuk ja gusrd tu ngan steering lock, nasib aku x baik sebab depa ramai ja, aku berdua, kalo x memang jd mcm KL Gangster dah la jawabnyer.... heboh satu Malaya kang....