Jumaat, 22 Februari 2019

.::Kembaraku Di Bumi Sabah::. (PART 4)

-Bismillah...



Lawa kan, Ni pemandangan dari Masjid Kundasang. Tepat menghala ke Gunung Kinabalu


Maka kami dah sampai di bumi Kundasang. Ini yang sebenarnya target kami (plan asal bertiga) ke sini. Nak sampai di Gunung Kinabalu (Walaupun tak naik la, kalau naik mau sado aku nanti). Alhamdulillah sepanjang aku di sini cuaca sangat elok walaupun ada beberapa ketika gerimis mengundang umpama lagu zamani tu. Syahdu oo tidoq.

Maka hari kedua, maka macam biasalah, subuh aku tetap jadi subuh dinasor. 6.30pagi depa dah solat dhuha aku baru nak subuh. Awai btoi plak waktu kat sini. Jadi hari kedua.. kemana pulak aku nak merayap?

Jeng3...


Sepatutnya nampak Gunung Kinabalu kat belakang tu, tapi kabus tebal.

Tempat yang patut dan wajib korang pergi bila di Kundasang.


Desa Dairy Farm, Sori gambaq kat tugu dia tu hilang p mana tak tau.

Kat Sini nak dapatkan Susu segar dan produk2 tenusu memang best, Segar dari ladang. Waktu sampai sini hujan sebenarnya, tu yang berkabus tu. So total habis masa kat sini dalam 2jam la. Kalau sapa suka sejarah ada dia ajaq sejarah kat situ, dari mana lembu2 tu datang, tahun bila ladang bukak, sapa pengetua dia. pastu kalau awal dapat la tengok macam mana tertibnya lembu2 tu beratur tanpa potong Que utk kena perah susu.. (Lembu pun tau beratoq wei, Malu skit kat lembu)

Ni tempat perahan susu lembu, Tiap2 pagi akan diperah susu.

Ha, tu la lembu. Kat belakang tu, bukan hat pakai spek tu.

kambing ni dah tukaq nama dah, nama dia Lamb Chop.
Kat sini kalau nak dating2 boleh la, ada taman bunga, sambil2 tengok pemandangan gunung kinabalu, bagi minum kat kambing. Pastu boleh main guling2 kat rumput tu. Nak makan pun boleh, Pizza dia terbaik. Bayaran nak masuk ke Desa Dairy Farm RM10 kalau tak silap, kalau korang rasa amaun aku bg tu tak kena maknanya aku salah la tu.

Kalau nak pergi sini aku suggest pergi awai, Sebab dapat tgok view Gunung waktu pagi, kalau p dalam jam 10pg berkabus la sikit. 

So, setel dah kat sini, mana pulak next stop?..

Kota Belud Camp Site. Air ni dari Gunung Kinabalu, sejuk ooooo

Ok, kat sini nak masuk dalam RM6, Kalau nak berkhemah dalam RM30 semalam, tapi kemudahan disediakan. Khemah je bawak sendiri.

Kat sini air dia deras, nak bawak anak2 pastikan anak2 tu selamat. walaupun cetek tapi DERAS!!!. Sini nak buat apa lagi, mandi je la. YEEEHUUUUUUUU!!!!!

Belakang tu Camp Site

Belakang tu Gunung Kinabalu, Tapi berkabus sebab hujan.

So habis mandi salin baju la ye, jangan bogel plak, kang kena tangkap ngan PDRM. Situ ada tandas. boleh untuk tukar baju dan melepaskan hajat masing2. Jangan buang merata2, pencemaran alam nanti.

Setel mandi... Pastu gerak balik Hotel. On the way balik singgah dulu la kan tempat2 yang boleh.



Ranau Fish Spa

Sabah Tea Farm

Berbelakangkan Gunung Kinabalu

Untuk 2 tempat ni kalau amik tiket yang harga RM45 tu tak payah nak pikir dah. Bawak tiket tu untuk dicop. Tetapi tiket tu valid dalam masa 4hari. So pandai2 la atoq masa ye.

Tamat untuk part kali ni. Sambung nanti pulak... chowww














.::Kembaraku Di Bumi Sabah::. (Part 3)


Bismillah...

Sebelum ni aku dah ceritakan macam mana hari kedua aku di Sabah. Hari kedua fullday tu memang dengan island hopping.

So hari ketiga bangun dengan semangat sekali. Alhamdulillah, sempat solat subuh. Lepas breakfast tu aku p dobi dulu, basuh baju yang pakai waktu p island hopping semalam. Senang skit tak dak la nak bawak baju basah2 tu. Belakang Halo Hostel tu ada kedai dobi self service 24jam. So tak risau la kalau korang terkincit dalam seluor ye... hehehehe..

Tepat jam 1 tengah hari, kereta sewa yang asalnya kami book tu dihantar. Tepat depan pintu hotel. So tak dak la nak terkejar2 p amik keta ye. Aku book keta proton saga 1.3 aje. Cukupla untuk bergerak selama 4 hari.

So hari ketiga ni aku ke 1 daerah yang memang terkenal di Sabah, dan memang trademark negeri Sabah, Iaitu Kundasang. Memang sejuk dan nyaman. Tapi perjalanan dia ambik masa dalam 50min ke 1 jam. Kalau korang kaki touge memang syok la layan korner Kundasang tu. Tapi jaga2 la, silap haribulan kena kitai ngan 4x4 sana ja. Laju oo depa.

So dalam perjalanan ke sana tempat pertama aku singgah adalah di Rumah Terbalik. Sebenarnya rumah ni adalah rumah persendirian. Sebab tu tak boleh nak snap gambo dalam umah tu. Kat situ bukan takat umah terbalik, keta pun terbalik. Hahahaha....

nah bukan aku nak tipu, kancil tu adik beradik spiderman, dipanggil kancilman...




Harga tiket masuk dalam RM30 dan kalau nak senang beli tiket 4 in 1 harga dia dalam RM45. 4 tempat tu adalah Rumah terbalik, Fish Spa, Ladang teh Ranau, Tugu peringatan Perang, so berbaloi la.

Oh ye, nak ke sana tu aku sewa keta, keta tu dihantar direct ke hotel, so tak payah korang nak terkinja-kinja cari merata hala mana keta sewa. Cuma duduk kat lobi hotel sambil pekena surya sebatang, dalam 20min sampai la keta sewa. Mudah kan.



keta Saga FLX, so ok la, minyak dalam RM50
So, lepas singgah rumah tunggang langgang tu, dalam 40min (maklumla bekas pemandu berhemah) sampaila kat kaki gunung kinabalu. Memang sejuk, best sangat lepak kat situ, cuma yang tak best dia banyak anjing... Anjirrr...


Yakinlah dijalan cinta itu, Tuhan sentiasa bersamamu

acah feel skit, sejuk sampai ke tumit tu... 

sama tinggi ooo dengan Gunung Kinabalu

So, dalam sejam setengah perjalanan, sampai la kat J Residen Hotel, Kundasang. Nak turun ke lobby hotel, masyarakat punya curam. Kalau adh sampai kat parking hotel, nak ke reception tu, na'uzubillah min zalik, macam naik gunung jerai penat dia. 

So far hotel dia menarik dan tenang sebab berpandangan Hutan, tapi lane tipon cegampang la. Memang tak dak line, wifi pun x dak. Dan parking pun tak banyak, kalau lewat tu nasib la parking atas atau block keta orang. Mandi? jangan cakap, sehari sekali, nak berak pun tahan.. sejuk weiii... suhu malam cecah 12degree celcius. Paling rendah 5degree..

So hari pertama sampai Kundasang tak kemana pun. Hanya ronda ronda pekan Kundasang ja. Malam tu sambil menikmati pemandangan hutan dalam keadaan sejuk, kena pulak neskepe panas ngan megi... perghhh.. what a life bebeh... so lepas kenyang tido la... (Tunggu result PRU lambat sangat)