Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Renungan

.::TAHUN 2024 DALAM KENANGAN::.

Imej
OK, setel kan post aku pasal 2025, ni kira flashback balik je la untk tahun 2024. Tahun 2024 ni pun banyak jugak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Yang gembira pasti kita ingat la kan, Yang duka pun pasti tersemat di jiwa. Yang gembira tak pa kot, cukup aku kenang sendiri, paling dak aku bukak gallery phone je tengok sorang2. Setiap manusia ada pengalaman suka duka. Untuk aku 2024 ni, banyak sungguh yang terjadi. 1. Selepas raya 2024, aku bertukar tempat kerja (masih lagi under ASP Medical) cuma aku tukar ke Construction Site dari Kilang Lumileds. Ada sebab yang aku mintak tukar. Mulanya asal nak resign, tp pikir balik, mana aku nak cekau duit bulan2 bayor moto Duacati aku ngan Rolls Royce aku kan, maklumlah Gaji B40, komitmen T20.  Selepas negotiate ngan manager aku, aku ditukarkan ke tapak pembinaan, Pelican Project (Intel Bayan Lepas). Kira sub con under Exyte. Aku accept pertukaran ni, sebab nak cari pengalaman baru untuk kerjaya aku. Ya lah, hospital dah, Consultant dah,...

::.SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK::.

Imej
 Assalamualaikum, Rasanya ampa dah tengok kan kat pautan keluarga Radhisma. Yala, keluarga aku x besaq pun, aku ngan adik aku ja 2 ketui. Kalau nak ada yang ketiga pun kucing mai tumpang tidoq umah aku.. hahaha. Fitrah manusia, nak makan, nak minum, tempat tinggal, dan dah tentu kawin. Yala semua nak kawin, kucing pun tau nak mengawan. Takkan nak balaih pokok pisang kot. Tak pun sejenis, golongan tu sesuai ditangkap dan jadikan umpan kat jerung. Lagi membiak puak2 tu, lg teruk dunia ni. Tanggal Disember 2023, adik aku dinikahkan dengan jejaka pilihan dia. Dia habaq kata kenai dari sekolah. Tapi bercinta tu tak tau la dari sekolah ka lepas sekolah. Kalau dari sekolah, hang sedaq la adik oi, abah hantaq p sekolah suruh belajaq bukan bercinta. Abang dulu sekolah semua lelaki, nak bercintan x tergamak sebab semua pedang. Lepas tu satu sekolah dengan abah pulak di SEKUGA, lg tak dan bercintan bagai sebab abah dok monitor. hahaha. Anyway, Bulan 12/2024 adik aku diijabkabulkan dengan jeja...

::.Kukuh pada akar, bukan pada ranting.::

Imej
 Uish, lama noh aku tak up entry. Yala bizi skit, kerja kan, bukan ngulor. Alhamdulillah, semuanya baik2 dan sihat belaka. Musim2 panas ni pakat jaga la kesihatan. Entry kali ni bukan la nak mengumpat ka apa, saja nak membebel. Sebenarnya pokok ni kukuh disebabkan apa? Tanah? akar? dahan? ranting? batang pokok? Jika fizikal pokok yang kita tengok, maka tanah la penyebabnya, kalau kita lihat biologi pokok, maka akar la penguat dia Semakin dalam dan lebar akar, semakin kukuh pokok (fuh hebat gak hipotesis aku ni, haha). Bila kukuhnya sebatang pokok, maka ada yang mendapat nikmat dan hasilnya. Antaranya, haiwan dapat makan buahan dari pokok, manusia dapat berteduh bawah rimbunan pokok, kurang terjadinya bencana alam macam banjir lumpu/kilat, tanah runtuh. Semua dapat manfaat. Kita tengok dalam hutan, banyak pokok yang tinggi2, macam mana depa dapat nutrisi? semuanya dari akar. Yang tinggi akan jadi panyungan untuk yang rendah2, termasuklah binatang dan dan manusia (termasuklah mansia ...

Tahun Arnab.

 Holla, aku mai lagi. Tahun ni untuk Raya Cina, depa kata tahun arnab. Aku x tau la berkenaan tahun2 depa ni. Haritu ada la sorang brader cina ni explain kat aku urutan Chinese Zodiac ni dan kisah2 disebalik haiwan2 tu. Antaranya setiap haiwan tu berulang tahun dia. Kat situ depa boleh agak umur kita berdasarkan zodiak tu ja. Hebat math depa, aku congak makan kat kedai mamak deret kena scam ja ngan mamak, tau2 mee goreng teloq mata ngan teh o ais dah jadi RM15 hinggit. Cilanat punya mamak. Dalam kita dok sakan bercuti raya cina ni, tak lama lg kita nak sambut Ramadhan. Bulan mulia, bulan gudang pahala, bulan amal ibadat, bulan plastik hitam,  Bulan Tarawikh, Bulan Lailatu Qadar, dan sapa datang bulan x leh posa, Simple. Hehehe So, bersediakah kita nak sambut Ramadhan ni? Tapi selalunya umat melayu ni advance. Org arab masuk Bulan Rejab dah terbayang Ramadhan. Umat melayu kita masuk Rejab dan terbayang Syawal. Tu yang jadi LailatulKamdar tu. Habih aku nak tempah untuk jahit spe...

Dari mana kita? Di mana kita? Kemana kita?

Imej
" Dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, "Bukankah Aku Tuhan kamu?", mereka semua menjawab, "(Benar Engkau Tuhan kami)", kami menjadi saksi".  - Surah Al A'raf:172- Sudah kemana hilang janji dan sumpah setiamu? Hanya bersaksi untuk menjadi hamba yang setia kepadaNya walau indah dunia menggodamu? Kini yang tinggal hanya pada dirimu adalah kata-kata yang bersalut lumpur dosa. Adakah kita akan kembali berpaksi pada jalan yang satu, Kalimah syahadah? Tepuk dada tanya iman tanya diri. Sesungguhnya tergantung langit tanpa paksi, terhampar bumi tanpa pasak, berputar bintang pada orbitnya, namun semuanya berada pada kedudukan asalnya. Hanya satu seruanNya semua mampu kucar kacir. Adakah kita masih tak mampu berfikir? Namun disini bukan tempat kita. Disini hanyalah hentian Rawat dan Ibadat bagi kita. Namun rehatnya adalah di akhirat kelak. Hanya 1 seruanNya, semuanya mampu kucar kacir dan tunduk menyerah padaNya. "Se...

SUBHANALLAH...ALLAHUAKBAR....

(Sebelum baca ikat Jantung anda kemas2) ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi...

Manusia yg sebenarnya

Imej
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI Bermula dari segumpal darah….. Dijelmakannya seraut wajah…. Itulah… Rahsia agungNya Kudrat Tuhan… Diberikan nyawa.. Dan diikatkan janji Tunduk hanya patuh padaNya.. Namun…. Hakikat hidup di dunia ini, Hanya untuk menguji keimanan hambaNya, Namun kita sering terlupa, Dari mana asalnya kita… Hanya setitis air mani… Segumpal darah…. Seketul daging…? Tapi satu kelebihan yang diberi.. Kita diberi akal fikiran… Lebih baik dari binatang ternakan… Lebih mulia dari haiwan… Namun mengapa kita persiakan? Akal diberi nafsu dituruti.. Bukankah kita hanya menagih simpati… Dari RahmatNya yang kekal abadi… Tiada lagi ertinya keinsafan, Andai akhir nafas dihujung helaan, Sebelum mata rapat terpejam, Usah biar godaan syaitan, Menyesatkan kita dari landasan yang lurus…. -Ikhwanulmuslim-

Apasal la aku malas semayang.......

Apasal la aku malas sembahyang. Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom pulak tu, siap dengan bayang-bayang. Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam dan siang... Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang... Apasal la aku malas sembahyang. Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang. Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang. Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang. Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...? Apasal la aku malas sembahyang. Ingat masih muda remaja, lambat padam ? Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang . Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang. Masa tu, baca fatihah pun 4 kali ulang. Apasal la aku malas sembahyang.Nak beli tiket bola sanggup beratur panjang. Sanggup berdiri dari pagi sampai kepetang (sama la dgn audition realiti tv tu).Ape aku igt masuk syurga boleh hutang....?? Apasal la aku malas sembahyang. Kerja dah best, keluarga pun dah ok, rumah tersergam. Negara pun dah merdeka, terbilang. Berkawan malam dan siang....

Bangau Oh Bangau.....

bangau oh bangau... kenapa engkau kurus? mcm mana tak kurus.. ikan tak mahu timbul.. ikan oh ikan.. kenapa tak mahu timbul?? macam mana aku nak timbul.. rumput panjang sangat.. rumput oh rumput.. kenapa panjang sangat?? macam mana tak panjang.. kerbau tak makan aku.. kerbau oh kerbau.. kenapa tak makan rumput?? macam mana nak makan.. perut sakit.. perut oh perut.. kenapa engkau sakit?? macam mana tak sakit.. makan nasi mentah.. nasi oh nasi.. kenapa engkau mentah?? macam mana tak mentah.. kayu api basah.. kayu oh kayu... kenapa engkau basah?? macam mana tak basah.. hujan timpa aku... hujan oh hujan .. kenapa timpa kayu?? macam mana tak timpa.. katak panggil aku.. katak oh katak.. kenapa panggil hujan?? macam mana tak panggil.. ular nak makan aku.. ular oh ular.. kenapa nak makan katak?? macam mana aku tak makan.. itu makanan aku! ************************************************************************* lagu yang banyak buat ...