Khamis, 29 Disember 2022

::. SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA PUTERIKU.::

 Wahai puteriku,

waktu di hari pertama kehadiranmu di dalam rahim, abi sujud kegembiraan. Kedatanganmu dinanti oleh setiap pasangan di dunia ini. Allah berikan satu lagi tanggungjawab besar untuk menjagamu.


Wahai puteriku,

Sewaktu umi mengandungkanmu, berbagai dugaan dihadapi oleh umi. Tapi umi tetap kuat demimu dalam kandungannya.


Wahai anakku,

Saat2 kelahiranmu, abi tak dapat menemani umi dalam dewan bersalin, atas faktor wabak penyakit Covid-19. Namun kedatanganmu dinantikan dengan penuh kesabaran. Semua tertanya tanya, bila kamu akan keluar wahai anak. Tokma dan Tok abah, tak senang duduk menantikan cucu sulung mereka. Jam 10 malam, 29hb Disember 2021, bersamaan 24 Jamadilawal 1443 hijrah, lahirlah kamu ke dunia ini. Abi dapat berita kelahiranmu pada jam 2pg setelah umi dibenarkan keluar dari dewan bersalin.


Wahai anakku,

Hari pertama kelahiranmu, abi mengazankanmu, iqamah, dan mengucupmu buat kali pertama dengan perasaan sebak. Ya itulah pengalaman pertama seorang ayah sewaktu menerima anak mereka buat kali pertama di dunia ini. Sewaktu mendukungmu abi kekok memegangmu walaupun dah beratus bayi abi pegang, dah berpuluh bayi abi sambut sewaktu abi dalam tugas sebagai jururawat. Tapi memegangmu, terasa kekok sekali.


Wahai puteriku, 

Selepas itu kehidupan abi berubah. Dari seorang lelaki ke sorang bapa. Di waktu2 malam menguruskanmu, melindungimu dari bahaya, selalu memikirkan masa depanmu. Abi kena berusaha kuat untukmu dan keluarga abi.


Wahai anakku,

kehadiran dalam rumah penuh seri. Dari keletahmu buat umi abi tertawa. Kadang hadir juga perasaan dalam hati geram dengan sikapmu, tapi itulah pelajaran buat kami dan ilmu buat kamu. Sehari demi sehari abi umi dapat lihat keletahmu, dapat lihat akalmu.


Wahai anakku,

umi abi dapat lihat tumbesaranmu di depan mata kami, dari mula2 lahirmu, meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Senyummu berbekas di hati kami. Itulah senyuman terindah yang pernah kami lihat.


Wahai puteriku,

Jerih penat umi tiap hari menjagamu, itu tak terbalas jasanya. Di waktu malamnya tak lena menjagamu, di waktu siangnya tak lekang denganmu. Besar pengorbananmu sayang. Aku sendiri tak terbalas jasamu. Apabila bessarmu nanti wahai anak, jangan dehaka pada syurgamu itu wahai anak. Kami doakan moga kau menjadi anak yang solehah, Menjadi seorang berilmu ukhrawi dan duniawi.


Wahai putriku,

Selamat ulang tahun buat yang pertama wahai anakku, umi abi doakan moga dikau terus sihat, menjadi anak yang solehah, taat perintah tuhan, umi abi. Tanggungjawab umi abi sangat besar dalam mendidikmu di dunia mencabar ini. 


Wahai Nur Najibatul Huda,

Namamu seindah akalmu, Cahaya Kecerdikan Petunjuk. Alhamdulillah namamu diberikan seorang orang yang alim lagi soleh, Tuan Guru Sheikh Zainul Asri. In shaa Allah berkat doa alim dan seorang ulama, moga terus menerus mengalir padamu wahai anak.


Wahai Huda,

Coretan ini abi nukilkan untuk tatapan masa depan semua. Menjadi satu diari hidup abi yang bermakna. Cepatnya dikau membesar wahai anak. Saatnya abi terasa baru semalam dikau lahir. In Shaa Allah, selagi hayat abi ada, abi akan berusaha melindungimu, melindungi umi, melindungi keluarga kita. Dikaulah penyeri wahai anakku.


Selamat Ulang Tahun Nur Najibatul Huda.


saat2 awal dikau lahir


dulu Huda rajin tegur orang


sewaktu percutian pertama Huda ke Melaka


Time ni hantaq maksu balik UMT

Raya pertama kita bertiga, 2022


Umi Abi suka berjalan, Huda suka tengok tempat orang. Bukit Tinggi resort




Taman Tasik Taiping, waktu ni banyak akal dah ni

Abi rindukan senyumanmu Huda

Huda memang suka senyum

Time ni Huda tumbuh gigi sulung, Huda demam hampir seminggu


Time ni Tokma, Tokabah, Maksu datang melawat Huda buat kali pertama

Cepatnya kau membesar wahai anak.

Huda, inilah keluarga kecil kita. In Shaa Allah kedepan ada rezki Huda ada adik kot, hehehe



::. BARAKALLAH FII UMRIK WAHAI ANAKKU SAYANG.::

Rabu, 28 Disember 2022

Aku Mai Lagi...

 Hai, assalamualaikum.

Lama tak post kat blog ni, bukan apa, laptop rosak sebenaqnya, ni pun pakai laptop subsidi kilang. boleh la nak membebel skit2 sementara tak bizi.

Sebelum ni aku dah explain kan aku dah menikah. Jadi rasanya blog ni jadi macam diari aku dah rasanya. Tapi bukan diari harian, tapi diari ikut suka aku bila nak post, hahaha, kau panas kenapa, blog aku ikut suka aku la. Hahaha

Apapun, moga kita semua sihat2 dalam rahmatNya.

Ya btoi, 21 MAC 2020, aku diijabkabulkan dgn seorang wanita. Wanita yang aku kenal hati budinya, baik keturunannya, baik perilakunya, hemat agamanya. Nama wanita itu adalah Nur Syamimi Kamilah. Secantik namanya sindah akhlaknya. Alhamdulillah, 3 tahun kenal, dari zaman aku kerja di KL sebagai consultant.

Cabaran LDR? ya memang tak dinafikan, banyak halangan, soal hati, tapi yang utama sabaq dan doa. Kira nak rindu ja semayang tak buat apa woi, Solat, doa moga hubungan dijaga. Hang jaga Allah, Allah jaga hubungan. Tak kira la Long Distance Relationship tu berpuluh tahun sekalipun, andai itu jodoh hang, takkan lari punya. Percaya cakap gua.


Ha ni la exGF aku, la ni jadi bini dah, hehe. BTW hensem gak aku no.

Apa pun alhamdulillah, aku dah selamat. Hat single2 tu cepat2 la menikah. Andai ada jodoh ada kalau dak jaga la mak ayah korang baik2, in shaa Allah, Allah akan jaga ampa.

La ni baru 2 tahun lebih aku melayari bahtera rumah tangga. Dihadirkan pulak dengan seorang bidadari kecil penyeri rumah. Alhamdulillah. 

Aku pun tak sangka dari aku bujang, x dak kerja, kahwin, dapat anak, lepas tu nganggur balik, skang ada kerja balik. Semuanya rezki yang Dia aturkan, Alhamdulillah.


Ni time PKP, jalan2 itu wajib, tp x merentas negeri.




Nasib la ye dapat laki kaki moto kaki keta, hehehe




Jalan2 lagi, time ni masih berdua




Ke kelantan pulak, Pantai Nami




Ha time ni kat Berangan Resort. Tapi time ni bidadari dah berbadan 2




Time ni p ziarah Tuan Guru Sheikh Zainul Asri, rezki nak jumpak TG dan mintak namakan anak




tau2 raya 2022 dah bertiga


Alhamdulillah, sebenarnya masih jauh perjalanan keluarga kecik aku ni. Aku pun dalam usaha memperbaiki diri. Doakan kami semoga berbahagia hingga ke jannah.

Pasal anak aku, nanti la aku membebel lain pulak ye.

Aku doakan moga korang sentiasa sihat2 dan dimurahkan rezki.


::.Keluarga adalah tempat terbaik untuk belajar erti pengorbanan.::