Khamis, 28 April 2011

Kenapa ALLAH murka????

Tidak ada rasa takut,
apatah kesal jauh dari hati di sudut laman petang,
dosa dibeli sebegitu murah dengan harga satu umpatan,
tentang kain carik di betis orang,
tentang tiris bumbung di rumah jiran

Diwarung-warung gebang.
dosa sehari diraih sebanyak-banyaknya,
cukup dibayar kopi satu cawan,
lumba-lumba bentang berita terkini,
serakah seorang tokoh kebencian,
tanpa bukti dan saksi,
cerita lipur lara pelosok mukim,
sensasi dilukis sebegitu hina,

potret jalang artis manis dijual,
dengan fitnah dan rempah tambah,
berbekal sebaris gosip cinta,
dan secebis PRASANGKA,
peluru caci,
tembakan nista,
berpuing-puing membedil wibawa dosa di pentas siasah tampak suci,
dibalut keharusan fatwa spontan,
lupa pada karaman katibin,
disebalik tabir kota malam,
selenggara dosa lebih enak,
dalam ulit-ulitan nafsu jahil yang hatinya telah bta,
pada azab,
sengsara NERAKA....

-A.D.A.M-

Khamis, 7 April 2011

Apasal la aku malas semayang.......

Apasal la aku malas sembahyang. Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom pulak tu, siap dengan bayang-bayang. Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam dan siang... Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang...

Apasal la aku malas sembahyang. Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang. Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang. Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang. Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...?

Apasal la aku malas sembahyang. Ingat masih muda remaja, lambat padam ? Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang . Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang. Masa tu, baca fatihah pun 4 kali ulang.

Apasal la aku malas sembahyang.Nak beli tiket bola sanggup beratur panjang. Sanggup berdiri dari pagi sampai kepetang (sama la dgn audition realiti tv tu).Ape aku igt masuk syurga boleh hutang....??

Apasal la aku malas sembahyang. Kerja dah best, keluarga pun dah ok, rumah tersergam. Negara pun dah merdeka, terbilang. Berkawan malam dan siang. Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang. Aku kena ingat, umur makin kurang, badan makin lemah, mata dah tak terang. Pagi kita sihat, petang boleh kejang. Pastu kita disembahyangkan...

Apasal la aku malas sembahyang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. Seksa neraka, kita tak boleh bayangkan. Janji Allah pasti tertunai,
TAK SIAPA BOLEH HALANG!!!!!!!!
-A.D.A.M-