Selasa, 17 April 2018

Pesta adat atau keagamaan??

Bismillah.

Sebenarnya kita ni tau dak mana perayaan adat atau perayaan keagamaan? sebagai contoh perayaan Krismas, adakah itu perayaan adat atau agama?

Dah diishtiharkan oleh Ijtima, mengatakan meraikan perayaan agama adalah haram. Jadi kita kena la ambik endah berkenaan ni, bukan main taram ja. Silap haribulan saja kita tanggung dosa kering ja.

Nanti la aku ceritakan, sebab kat tempat keja aku  sekarang ada meraikan satu pesta. Dan pesta ni merupakan pesta perayaan sebenarnya. Terkenal di belah siam. Nanti aku ceritakan detailnya.

.:: Tinta ligat ::.

Rabu, 11 April 2018

Ukays: Kau satu satuNYA.

Oh... siapalah diri aku ini
Tanpamu.. dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku... satu-satunya

Padamulah ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Dengan sinaran kasihmu

Kian terancang dihupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua kau berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak dirimu ku dekati

Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang

Diri ku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa

( ulang dari 1 )


Kau... bagi diriku satu-satunya

Ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi....

Bismillah:

Baik, sebelum ni aku pos berkenaan lagu Asyik dari kumpulan Damasutra (bukan kamasutra ye, ini khas untuk orang2 dah kawin, yang budak2 macam korang jangan dok google benda tu)

Ni pulak aku post pasal lagu Kau Satu SatuNYA. Dibawa oleh kumpulan Ukays. Memang tak asing lagi dari industri hiburan tanah air kita. Suara lunak dari Amir Ukays. Lagu ni lirik dia (bg aku senikata, sebab ada seninya) dicipta oleh Habsah Hassan dan lagu oleh Saari Amri. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 1994. Aku pun baru 2 tahun time tu, dok isap susu lg wei.

Kenapa lagu ni femes? sebab rentaknya yg evergreen, tak terlampau heavy metal, dan bukanlah bergenre rock. Lebih kepada slow rock. Dan memang jadi pilihan la kalau nak karok kan. Aku pun layan lagu ni kalau pegi karok.

Bait2 lirik dia, memang x dak sebut langsung pasal manusia atau nama2 manusia. Dari awal lagunya kita boleh tahu yang lagu ni dituju umum, bukannya khusus macam "Taman Rashidah Utama" "Cinta untuk Nabila" "Zalikha".

Dan apa yang best pasal lagu ni? Memang menyentuh aspek kehambaan dan ketuhanan. Dari awalnya sudah dinyatakan, "SIAPALAH DIRI AKU INI?" atau bahasa mudah dia "Man Ana?".
Nak kupas panjang2 memang aku tak reti. Tapi bagi "beginner" pun boleh paham la lagu ni.

"Siapalah Diri Aku Ini?" sudah dinyatakan dalam Al Quran dah pun, cuma kita ja malas nak kupas dan cari. Termaktub dalam surah Al Insan ayat 1-3. nak tau ayat tu? p bukak quran cari sendiri. hehe.

"Tanpamu, Duniaku pasti tak berseri dan Hidup tak menjadi."
Kita hidup atas muka bumi ni Kerana Allah, Dia yang hidupkan kita dan matikan kita. Segalanya telah tertulis dalam Qada dan Qadarnya. Setiap apa yang berlaku atas bumi ini memang Dia dah aturkan.

"Kau bagiku satu satunya ".
Setiap manusia diciptakan ke bumi ini atas satu tujuan, beribadat dan mengagungkan Allah SWT. Sebab tu setiap kali solat, kita mengucap 2 kalimah syahadah. Setiap Tahiyat awal dan akhir. Memang Dialah yang satu, Tiada Tuhan selain Dia. Buktinya? termaktub jugak dalam Al quran surah Al Ikhlas. Dah diceritakan kepada manusia Siapa Dia tu.

"Padamulah, ku meminta, ku bermanja, kurindui kukasihi, dihatiku Kau abadi".
Hanya pada dia kita mengadu, kita meminta, kita berdoa, kita rindukan Dia, dan sepatutnya dalam hati manusia ini hanya Dia yang abadi. Tiada tuhan selainNya.

Haish.. nak cerita mmg panjang. haha....

so aku skip pergi rangkap by rangkap, bukan ayat by ayat ok.

untuk rangkap 3 ni, dikatakan sinaran? apa dia tu? lampu ka? unggun api? pelita ayam? sinaran yang dimaksudkan adalah Hidayah. kerana dengan Hidayah kita akan selamat. (bukan Nurul Hidayah ye, yang tu awek kedai runcit depan umah aku). Selamat bagaimana? Dengan Hidayah kita menuju syurga Allah dan kita kenal Islam dari hidayah dariNya. Bila terima Hidayah, berbagai rintangan akan dihadapi oleh seseorang, tapi buat muslim yg ada iman dalam hatinya, akan berkata ini adalah ujian untuk kuatkan imannya. Itulah sumber kekuatan baginya tak kira mana dia ada atas muka bumi ini, dia tahu Allah ada bersamanya.

Rangkap 4:
Kita nak dekat dengan tuhan.. nak kenal tuhan.. dah kenal diri ke? Bila kita dekat diri kita dengan Allah, diri sendiri kita akan kenal, siapa diri kita, kemana hala tuju kita, dan itulah kompas untuk perjalanan hidup kita, Ad deen sebagai pegangan kita. Dan kalimah syahadah sebagai kunci kepada SyurgaNYA. Dia yang SATU tiada IBU Tiada BAPA.

Rangkap 5:
Kita kat dunia ni selalu pikirkan soal standard. Buat kerja kena ada standard. Pakaian ada standard. Tapi iman kita ada standard dak? Allah tak pandang pun semua benda tu, Hang pakai jam Casio copy ori 1:1 ngan Casio Ori Jepun pun orang tetap cakap, Jam pasar malam. Pada pandangan Allah hanya hati yang Dia tengok. Sebab tu dikatakan "Hati tempat jatuhnya padangan Allah". Nak lengkap diri kita, nak syurga Dia, tak perlu pakai jam mahal, baju mahal, Hanya ibadat kepada Dia ja kena Mahal tetapi free. Puncanya hanya Hati kita. DIA tak pandang rupa, nama atau harta. Kalau Dia pandang semua tu, maka ramailah orang2 kaya, orang2 hensem masuk syurga. habis aku yang tak hensem ni nak boh tang mana? Longkang?

Rangkap Akhir:
Rangkap penutup ni cuma dinyatakan memang selayaknya hanya Dia tempat kita bermanja, meminta, mengadu. dan seharusnya hanya Dialah sepatutnya Abadi dalam hati kita. Untuk Hamba Kepada Tuan. Kalau kita boleh setia di tempat kerja, kipas boss, kenapa tak boleh nak Kipas Dia? caranya, Ibadat la wei.Buat seikhlasnya.

::. Akhirul kalam, aku rasa itu ja tujahan dari idea dan minda aku, dan apa2 yang tak kena tu harap ampun dan maaf, aku hanya menulis dari ilham yg aku dapat ja, aku bukanlah agamawan yang hafal 1000 Hadis, aku bukanlah cendiakawan yang hafal 1000 makna dan istilah, aku hanya hamba biasa,

Wallahualam.... Wassalam.

"Takut tenggelam dalam DIRI SENDIRI"


Damasutra: Asyik

Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
Cintamu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadamu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu



::. Lagu yang menjadi pilihan untuk karok kan? kita sering pikir lagu2 ni untuk cinta manusia semata2. Tapi pernak pikir dak lagu ni berunsurkan ketuhanan?? Sudah tersebar dalam youtube dengan nama pena Jackgoraz (sampai sekarang aku masih dok cari sapa Jackgoraz ni, masih tak nampak bayang)

Singkap makna sebuah lagu, jangan ditafsirkan melalui muziknya ja, tafsir di balik makna lirik lagu tersebut. Dari aspek lughah (Bahasa) untuk menyampai sesuatu benda, beribu cara boleh dikatakan, beribu patah boleh diucapkan untuk menyampaikan satu maksud. Dan boleh kata 1 patah untuk menyampaikan beribu maksud. Hebatkan?

Untuk lagu ni, dinyanyikan oleh kumpulan Damasutra, (yang pemes lagu Sufi tu la). Kali pertama aku dengar lagu ni, waktu rangkap pertama ja aku dah terpikir... Dengan bahasa? Kalimah yang sama? pabenda tu? Rahsia? Rahsia apa?

Nak tau kena belajaq, ada 1 pepatah menyatakan "Kenal dulu biar Nyata, Baru berbakti kepada Dia, Bukan berbakti membabi buta, Nanti sangkut pada "Ma Rabbuka"".

Untuk maksudnya nanti la aku pos. Aku saja pos lirik ja dulu, lepas tu pandai2 la hampa cari lagu ni. Dalam youtube bersepah lagu ni. Paham dengan tak paham ja. Yang paham ok la, tak paham, tu cari la guru, menuntut kenal HAKIKAT INSAN.

Credit to: Muhamad Syakir.