Rabu, 20 Jun 2018

.::Kembaraku Di Bumi Sabah::. (Part 2)


Bismillah...

Baik, sebelum ni aku dah ceritakan sedikit permulaan aku ke Sabah, Negeri Bawah Bayu. Kalau nak tau aku anak kelahiran Sabah, cuma menetap di semenanjung, dek sebab mak ayah aku berpindah randah dulu (Bukan golongan nomad ye, cuma menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik.) Nak tau tengok pautan keluarga Radhisma tu.

Dah selesai bab 1, berkenaan tarikh, hotel, kereta sewa dan bajet minyak. So part 2 ni aku tunjukkan tempat2 yang boleh dilawati. Sebenarnya Sabah banyak tempat boleh pergi lagi, cuma aku baru terokai beberapa daerah ja. Dah nama pun travel nak release tension. Nak travel semua tempat mau cuti sebulan aku.

Jadi aku ceritakan la ye, panjang2 orang menyampah plak....

Sehari sebelum bertolak:
  Asalnya rancang bertiga kan? tapi nak buat macam mana, kita merancang Allah tentukan. 2 bulan sebelum kami berlepas, sorang sahabat aku mengalami Spinal Sprain. L4-L5-L6-S1-S2. So memang dia cuti lama la, tak boleh berjalan. So mau tak mau rancang berdua. Dan sehari sebelum berlepas, seorang lagi sahabt aku tarik diri, sebab makcik dia nazak, dia terus ke Johor. bagi aku its okay, sebab apa pun family first.

Hari Bertolak: (Day 1)

Maka tinggallah aku terkontang kanting sorang2. Jadi perjalanan ni asalnya bertiga dah jadi solo trip. Aku hadap je.

tinggal la aku sorang2.. sori gambo terpusing.

Last minit tu aku teragak nak p ke tak. Last2 panggilan terakhir untuk ke Sabah, aku hadap jugak la.

atas flight apa2 pun makan dulu. 2 jam wei lapaqqqqq

Makan atas flight korang bleh beli skali time booking atau checkin, so murah skit. Kalau beli direct on flight mahai skit.

Flight amik masa 2 jam. So aku sampai di KKIA (Kota Kinabalu International Airport) dalam jam 1.30 tgh hari. So benda 1st yg korang kena ada dalam henpon korang adalah aplikasi Grab. Senang, cepat dan murah. Kos Grab dari KKIA ke Halo Hostel dalam RM4.

Hensem dak yang sebelah (driver) tu.. hehehe

So sampai Hotel, check in dulu n mandi la. rehat kejap kita ke destinasi seterusnya. Tempat pertama yang dituju ialah:

Masjid Negeri Sabah. 

Signboard belakang tu ada surah 3 Qul.

Masjid Negeri Sabah
Kat masjid ni agak panas, so korang standby la air atau cap ye. Memang ramai pelancong asing kat sini, aku heran depa tak terbakaq plak masuk masjid. Hehehe.. cliche sangat.

setel di masjid negeri, panggil grab semula untuk ke destinasi kedua:

Observary Tower.
Kat sini masuk free ja, boleh tengok pemandangan Kota Kinabalu dari bukit ni. Dan dari Halo Hostel tak jauh dari sini, dalam 10min.

Pemandangan Kota Kinabalu

Boleh la nampak Sunset...

Lama Jugak lepak kat sini, sambil pekena neskepe ais, syahdu beb.

Habis di sini, amik grab semula untuk ke hotel, rehat n solat maghrib. Malam tu pulak, ready untuk berjalan. So mana destinasinya?:

tempat yang korang mesti pegi, Pasar Filipin dan Pasar ikan kering dan masin.

Kat situ untuk hari pertama, aku just ronda2 ja dulu, tak dak apa sangat nak dibeli, sebab lama lagikan kat Sabah. so tak mau bagi penuh beg ronda ja dulu. Tapi wajib try makanan laut dia. Terbaik weiiii....





mabeles...

segar...

mai2 pilih2

ini je aku makan. cukup la sorang kan

tomyam

Tapi korang kena ingat, salah pilih kedai memang harga dia meninggal. Hahaha..

So perut dah kenyang, apa lagi balik bilik la tidoq, hahaha. Tapi nasihat aku, untuk Halo Hostel, sediakan air mineral untuk korang minum, sebab depa tak bagi air mineral dalam bilik, korang kena turun ke lobby untuk minum.



Day 2:

So hari kedua ni aku terkena la kat sini, bangun pagi selalu di semenanjung 6.30 pagi gelap lagi, boleh solat subuh, aku bangun jam 6.30 pagi di Sabah, orang dah solat dhuha rasanya, cerah wei, hahaha... So hari tu subuh aku jadi subuh dinasor.

So bangun pagi tu siap2 mandi dulu la, takkan nak kluaq muka slebet x mandi, gila ka apa? Jadi mandi aku di Halo hostel ditemani Intan, dia mandi sekali ngan aku... Apa? salah ka aku mandi ngan Intan? suka hati aku la...

ni ha Intan, selamat aku x kena tangkap basah

Comel je kambing tu. haha..

Lepas mandi turun untuk breakfast di lobi hotel. Untuk pengetahuan Halo Hostel ni sediakan sarapan pagi. So kalau malas nak p kepsi kat hujung hotel tu boleh la makan kat hotel. Cuma dia bg roti bakar je la. Nak nasik p cari sendiri.

Untuk hari kedua aku habiskan untuk Island hopping. Ada 3 pulau boleh pegi, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik. Nak p pulau2 ni kena naik bot la, x kan nak skuba diving pulak kan. So naik bot di Jeti Jesselton. Dari hotel naik grab dalam RM4 jugak. Dan kat Jesselton tu ada  pakej2. So boleh pilih la. Kalau p sebagai student, pastikan bawak ID card student, dapat less wei. Dan aku suggest pergi ke kaunter 10, kat situ layanan terbaik la aku tengok. Total untuk 3 pulau tu dalam RM50 seorang. Lebih kurang macam tu la. Dan kat pulau pertama korang nanti, akan dikenakan lagi RM5 untuk tax Taman Laut. Pastikan tiket2 bot dan tiket taman laut tu disimpan elok2. Beli beg atau bekas kedap air. Tak paham? beg waterproof la. Amboih omputih sangat.

Untuk ke pulau ni aku listkan apa perlu bawak ye.




  1. Tuala mandi (malas sangat rembat tuala hotel je, hahaha)
  2. Air Minuman
  3. Makanan. (kalau duit banyak boleh beli di pulau tu, tapi harga dia yahudi pergi haji beb)
  4. Beg Waterproof / Casing phone waterproof (senang nak selfi dalam air)
Nasihat aku kepada nak beli casing phone waterproof tu beli yg elok skit, sebab takut bocor pulak nanti lingkop plak henpon korang. Aku tak pe pakai Note 3310 je, tahan lasak.. hahahaha.

yang ni bot tau, bukan tongkang

ni harga2 dia


Pulau Sapi.

Jernih air dia.

tak nampak ikan.

Pulau Mamutik



SJ Cam perlu untuk snap gambo dalam air

Semua bersidai

dalam oooo

Pulau Manukan

ni peta keseluruhan Taman Tunku Abdul Rahman

Ni bahagian belakang pulau manukan, tapi tak leh mandi bahagian ni

acah2 layan blues skit.
ni bahagian boleh mandi. memang jernih air dia

nak snorkling jangan lebih dari belon oren tu, kalau dak kene sodok ngan bot

So ni la gambar untuk ketiga pulau tu. Ada banyak dalam go pro aku, cuma tak sempat nak bukak. Busy skit. Nanti la kalau free aku bukak n masukkan gambar selebihnya tu.

Untuk ke pulau ni aku nasihatkan snorkle set tu sewa siap2 di jeti, baru RM10, dan jangan hilangkan resit tu. Simpan untuk return balik set tu. Satu lagi, sila datang awal kalau tak nak beratur panjang. Total depa akan bg singgah untuk 1 pulau adalah dalam 2 jam. So lepas 2 jam tu korang kena tunggu semula di jeti tempat turun di pulau tu. Ada petugas depa akan cek tiket untuk ke pulau seterusnya. Total untuk tiga pulau tu dalam masa 6 jam. Bot terakhir dari pulau2 tu dalam jam 4ptg atau 5ptg.

So terus terang aku cakap, memang enjoy n relax waktu di pulau2 ni. Dapat rilex dalam air yang jernih. Kena serang dengan ikan garang (hampeh betoi, kalau aku jumpak balik ikan tu memang aku buat 3 rasa). Dapat tengok sotong2 bersidai (18sx sahaja). hahaha.. Dan pulau ni dilarang naked bath tau. Jangan anak2 yang umur 40an tu mengada nak mandi naked. Kena baham ngan ikan jaws karang.

So habis untuk hari ke 2 di KK. Hari kedua memang aku spend untuk island hopping. Jadi lepas mendarat di Jeti Jesselton tu aku terus balik ke hotel. Mandi2 bersihkan diri (yelah seharian kena air masin, dah macam ikan masin wei) pastu keluar cari makan. Lapaq baq hanggg... Seharian berendam.

Malam tu tak dak aktiviti menarik melainkan tido.

*zzzzzzzzzz*
























Selasa, 19 Jun 2018

.::Kembaraku Di Bumi Sabah::. (part 1)

Bismillah...

Bermula kisahnya pada bulan Januari 2018. waktu tu aku dan 2 orang kawan aku tengah lepak kat kedai makan. Dan semuanya tengah berserabut. Sorang pasal keja, sorang pasal awek, dan lg sorang pasal hal rumahtangga. Dok dalam serabut tu timbul satu idea nak travel.

Mula sorang ni bagi idea ke Maldives. Gila bapak punya jauh, mana nak cekau duit. Lagi sorang bagi cadangan untuk ke Bangkok, tapi memandangkan ptptn semua sangkut. Jadinya Pilihan no 1 dan 2 terbatal secara mutlaknya.. hahahaha.. amacam ayat aku best dak? haha

Jadi setelah musyawarah diadakan berpuluh kali, maka terpilihlah Sabah sebagai destinasi kami bertiga.

Kat belakang tu Gunung Kinabalu tau, bukan gunung Jerai.

Dah setel destinasi, siap prepare nak book hotel, keta dan tiket kapal terbang la pulak. Takkan nak berenang plak ke sana, apa ingat aku ni dugong?


ada sebut nama aku ka tadi??



So kat sini aku ceritakan la kemana aku pegi. Berapa bajet hangus berserta hantaran yang dibawa pulang. Malangnya awek2 ja x dapat dibawa pulang sebab awek2 sumandak semua comey2. Tak tau nak pilih mana 1 hahaha.
    Maka dipilih tarikh 7hb Mei sampai 13hb Mei. So seminggu la kami bertapak di sana. Cuma tarikh tak syok sebab kena time PRU14. So jangan tanya kami mengundi mana sebab time tu semua kami ni jadi warganegara asing jap.

Tiket kapal terbang, aku suggestkan pilih dari awal. Lagi awal lagi murah dapat harga. So pilihan yang sesuai aku dapat dengan penerbangan...

Penerbangan tanpa rasa pening... hahahaha..

Mengenai hotel dan kereta sewa boleh tengok kat banyak page atau apps yang ada macam pagoda, papedom. Silap plak, Agoda, Trivago, Agogo, Letsgo. Haish cari sendiri la. Tengok dan bandingkan harga kami.

nah, semua orang nak bagi, hambik..

Untuk burjet kami ni bajet seorang dalam RM500 untuk keta, hotel. Tu untuk SEMINGGU. so aku listkan ye, takkan nak lukis, kang aku lukis jadi cencurut plak...



  1. Hotel (Kota Kinabalu):  Halo Hostel (sesuai untuk backpack)

Halo Hostel: Semalam harga untuk 3 pax RM98 untuk 3 hari. Better book awal


2. Hotel Di Kundansang: 
     Untuk hotel di Kundasang kami bermalam di J Residen Hotel. Sori gambaq tak sempat tangkap. Maklumla busy. J Residen Hotel yang membelakangkan Gunung Kinabalu, tetapi view hutan dia cukup menenangkan. Harga dia untuk 4 malam RM115. Disarankan bawak DVD sendiri ye. Tv x dak channel

3. Kereta Sewa:
Kereta sewa korang boleh cari di FB. Banyak agen2 sah kereta sewa. Tapi aku suggest kat 1 agen ni. Servis terbaik dan dia akan hantar kereta sampai depan hotel korang. Amacam, servis terbaikkan?. dan tiada hidden charges dikenakan. Tapi kalau lewat pulangkan keta kena caj la. Jangan bengap sangat ye. Tapi no dia aku dah hilang. Agensi kereta sewa tu boleh dapat di dalam FB Sewa Kereta Murah KK

Total 3 benda ni dah cecah RM3++. Tak termasuk tiket kapal terbang. Termasuk tiket kapal terbang dalam RM4++. Dan bajet sekali dengan duit minyak dalam RM500. So target achive. Nak travel RM500.


So setel bahagian untuk Basic ni. Benda ni aku rasa korang kena buat awal dan cepat. Kalau lambat takut penuh dan harga akan melambung tinggi.

- setel part 1, aku akan continue part 2 untuk tempat2 yang aku dah pegi. dah nak solat maghrib.

*Jauh berjalan luas pengalaman.



Isnin, 18 Jun 2018

Mata Kasar.

Kita melihat sesuatu menggunakan mata. Tapi kita pernah terpikir lihat menggunakan hati? macam mana gaya tu? bermaksud, pikirlah dengan seada dan seeloknya, kita lihat susuk tubuh manusia, dan hati pun berbisik bermacam perkara. Jadi yang dapat disimpulkan lihat dengan hati adalah lihat dengan perasaan tapi bukan NAFSU.




Credit: Dhiaa Hayati

Dari mana kita? Di mana kita? Kemana kita?

" Dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, "Bukankah Aku Tuhan kamu?", mereka semua menjawab, "(Benar Engkau Tuhan kami)", kami menjadi saksi".


 - Surah Al A'raf:172-




Sudah kemana hilang janji dan sumpah setiamu? Hanya bersaksi untuk menjadi hamba yang setia kepadaNya walau indah dunia menggodamu?

Kini yang tinggal hanya pada dirimu adalah kata-kata yang bersalut lumpur dosa. Adakah kita akan kembali berpaksi pada jalan yang satu, Kalimah syahadah? Tepuk dada tanya iman tanya diri.

Sesungguhnya tergantung langit tanpa paksi, terhampar bumi tanpa pasak, berputar bintang pada orbitnya, namun semuanya berada pada kedudukan asalnya. Hanya satu seruanNya semua mampu kucar kacir. Adakah kita masih tak mampu berfikir? Namun disini bukan tempat kita. Disini hanyalah hentian Rawat dan Ibadat bagi kita. Namun rehatnya adalah di akhirat kelak. Hanya 1 seruanNya, semuanya mampu kucar kacir dan tunduk menyerah padaNya.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian" 

Itulah aturan hidup manusia dan janjiNya. Kita akan dihimpun dan dihitung untuk ke dua destinasi kekal, syurga dan neraka. Sudah lupakah JANJI kita di bumi ini? Sewaktu alam ROH? alam RAHIM? hanya hidup diutuskan untuk sembah dan mengabdikan diri kepadaNya.

Ternyata kita diberikan peluang tiap hari. Lima kali sehari untuk sujud dan sembah kepadaNya sambil kita memujiNya.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Segala puji adalah untukNya.

jadi fikirkan sejenak..

DARI mana kita? DI mana kita? KE mana kita?

.::Penciptaan Manusia adalah ciptaan terbaik dariNya::.

::. Perutusan Hari Raya 2k18 .::

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai sudah ibadat bulan Ramadhan kali ini. Mudah mudahan Ramdahan yang datang dan berlalu tahun ini kita beroleh keberkatan. Mudahan kita mendapat sesuatu daripada madrasah Ramadhan yang berlalu kali ini.

Setelah selesainya ibadat puasa selama sebulan, maka datanglah Syawal. Ni bukan syawal dalam cerita Ahmad Albab tu ye, itu fenin semata2. hahahaha...

Datangnya syawal kali ini, diharapkan kita jangan lupa apa yang telah dididik oleh Mr Ramadhan. Teruskan apa yang didiknya.

Bagi aku, raya kali ni macam raya2 tahun lepas. Raya di tempat kerja. Dah 6 tahun wei.. haha. Tak apa la.. tanggungjawab yang perlu digalas. Dan itu pun akan disoal kelak dalam kubur. Tak dapat jawab, kena katok dan godam la sorang2 dalam kubo. Mana ada sapa2 nak back up dah. Pandai2 la korang

Sapa2 free jemput datangla ke rumah. Ada la serdak2 kuih raya kat umah tu. Duit raya? jangan mai mintak kat aku. aku pun tengah sengkek ni... Bonus tak dapat. huh...

Akhir kata, penghabisan kalam, penutup bicara, pemati tinta...

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin 2k18..

dan didoakan pada semua moga dipanjangkan umur dan kita akan bertemu lagi pada Ramadhan 2k19 in shaa Allah...

Assalamualaikum.


-Minal aidil wal faizin-
*Tak dak gambo raye ye.. aku kene keje.