Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel saja

.:: POST PERTAMA 2025 ::.

Imej
  SELAMAT TAHUN BARU 2025 Alhamdulillah, walaupun dah hujung2 dah Januari 2025, baru nak up post kan, ahaha, xpa la, suka2 je pun buat blog ni. Bersawang habis dah blog ni, tp bukan tu yang aku nak cakap, tahun 2025 ni aku rasa memang agak mencabar jugak. Dengan kenaikan harga barang, komitmen, macam2 la. Semua tu ujian yang kita perlu tempuh dari hari ke hari. Moga kita semua kuat hadapi semua ni la Sooooo, hopefully 2025 ni jugak akan menjadi yang lebih baik untuk semua. Selamat tahun baru 2025, jangan lupa posa lagi 2 bulan. Sapa yang posa tak cukup tu, ganti la cepat2. Slot utk makan tengah hari bulan 3 tahun ni masih ada slot, roger2 la๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† - Perjalanan masih jauh kawan, jangan terlungkup di tengah laluan. Bersabarlah dan bertabahlah, akan ada tangan yang menolakmu, namun ada juga tangan yng akan menarikmu bangun. Jangan dikeji yang menolak, jangan ditinggal yang menarikmu. Berjalanlah sekali, kerana kejayaan itu milik semua, bukan seorang.-

::.RAYA 2024.::

Imej
 Minal aidil wal faizin. Alhamdulillah selesai raya 2024. Dah sebulan habis raya aku baru nak up post, hahaha. Lantak la, page aku, sapa nak kesah kan. Tahun ni raya turn belah family bini aku. Yang syoknya sebab family bini aku ni ramai, yelah aku kan selalunya raya berempat ja, family aku kan kecik ja. Tapi kecik pun syukur sebab dulu time raya selalunya akan balik kampung umi aku di Terengganu. Sebab tu family aku ni jenis berjalan, tapi kadang tu depa punya plan last minit. Raya 2024 kali ni semua family belah bini aku raya di Manjung. Sewa homestay kat sana 3 hari dan semua berkumpul kat sana. So dah nama pun raya kan, macam2 la aktiviti kat sana. Raya tahun ni aku cuti memang lama, seminggu. Raya lepas ni tak tau la, dah aku pun bertukar tempat keja, jadual keja pun berubah. Silap2 nak raya kena ikut giliran. Tapi takpala, janji boleh bersama keluarga. Sebenarnya makna raya bagi kita ni apa dia? Hadap jalan jem ka? kumpul adik beradik ramai2 ka? duit raya ka? sebenarnya kegem...

::.SELAMAT BERSARA UMIKU USTAZAH ROSMAH.::

Imej
Sebagai seorang yang bekerjaya, tak kira apa jua bidang, akan hadap 1 titik akhir dalam karier, iaitu bersara. Dalam sektor kerajaan khususnya perguruan akan hadapi hari persaraan dari dunia sekolah. Dan umi aku salah seorang yang sempat merasa hari tu. Setelah 32 tahun berkhidmat sebagai seorang guru, akhirnya bulan 3 2023 umi aku dah tamat perkhidmatannya sebagai seorang guru. Dan sudah semestinya ada majlis perpisahan. Dah nama pun bersara bukannya naik pangkat. Aku cerita sikit la detail umi aku, sebagai kenangan, yalah aku tau blog aku ni pun bukan sapa2 singgah pun, sekadar jadi tempat bercerita untuk aku. Mungkin akan jadi 1 kenangan untuk keluarga aku. Bermulanya kisah: Terima pengajian awal di peringkat tertinggi di Maktab Perguruan Islam (kat sini la umi aku jumpak abah aku). Selepas kawin, depa ditukarkan ke Sabah (Pulau Gaya) sebab tu aku beranak kat sana. Aku IC sabah ok, cuma x reti nak berdialek Sabah. Takat nak kecek sikit2 boleh la boh. Ok, lepas dari Sabah, depa dapat...

::.Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-3 Buat Bidadariku.::

Imej
Tanggal 21 Mac 2020, Sehari sebelum lockdown besar besaran, aku dah menikah buat kali pertama. Awat ingat aku menikah buat kali kedua ka? mau mampos kena jurus kuali terbang sereng ngan bini aku, hehehe. Tepat jam 10pg, aku dah ketaq2 dok depan masjid Taman Myra, Jitra. Jam 10 lebih macam tu aku dah selamat akad. Tak sampai 10min, setel segalanya. Yelah time tu kan kobid tengah mengganaz. Tok Kadi x berani dok lama2. Dia cakap dia mai pun sabit dah booking awai, kalau dak dia suruh aku akad nikah diri sendiri ja, gila ka apa?? hahaha Dan itulah momen paling indah aku rasa, lepas nikah tak perlu gaduh kenduri bagai, balik umah makan nasik goreng, haha. Alhamdulillah, pejam celik dah 3 tahun dah aku melayari bahtera rumah tangga. Terima kasih sayang sudi teman b hingga tahap ni. Dari b stabil, jatuh terduduk, bangun balik dan sampai la stabil macam ni. Terima kasih jugak sudi melayan kerenah suami hang yang banyak akai ni. Terima kasih jugak sudi melayan anak kita, dan menguruskan hal2 r...

::. SELAMAT BERSARA ABAH .::

Imej
 Antara gelaran yang orang akan panggil sampai ke mati ialah, Ayah, ibu, CIKGU, UST, USTAZAH dan ada lagi la gelaran yang org akan panggil walaupun dah pencen, tak bekerja dah. Tahun 1986, bermulanya tugasan sebagai Guru sandaran di Sekolah Vokasional Teknik Kulim. Time tu abah habaq gaji dia berapa ratus ja sebab baru lepas dari STPM. Lepas tu dapat pulak tawaran sebagai Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT, yang aku tau GST ja), di Sekolah Abdullah Munsyi, Penang. Maka bermulalah episod abah berulang alik pulau ke kulim. Tak lama lepas tu abah dapat tawaran ke Institut Perguruan di Bangi. Kat sana la umi abah berkenal dan berkahwin. Tak lama lepas tu umi abah ditukarkan ke Sabah. Tu pasai aku dapat ic Sabah walau cakap Kedah nokharom pekat. Lepas tu umi ditukarkan ke Terengganu dan abah sambung belajaq di UKM. Time tu duduk kat Kg Mak Chili, Chukai. Kenangan sungguh Serata negeri pusing, last2 dapat kat Selama Perak di SMK Dato Haji Hussien, Time ni abah jadi warden asrama. Tapi tak ...

::. Aku dan Kuda.... Lagi .::

Imej
kita kembali bersama.. hehehe Yamaha 150FZ tu masih setia sampai sekarang. Masih lagi aku kuda kesana kesini. Dalam aku dok berkuda sana sini, nak ditakdirkan, sepupu aku eksiden. Teruk jugak la kecederaan dia.  Terkejut beruk aku, yelah baru semalamnya aku kluaq ride dgn dia ke Nilai. Tau2 malam tu eksiden. Time tu aku ada di Bangi, tengah kursus OHN di NIOSH. Dah kecederaan sepupu aku agak teruk, lama jugak la dia x dapat naik moto, dia offer kat aku moto dia untuk aku jaga. Dia pakai Yamaha R25. Time tu bangga la kejap sebab x ramai lg pakai R25. Orang dok pandang ja kalau aku lalu, heheh. Padahal moto org tu, aku tukang jaga ja. Tu Sepupu aku, Amin. Siang kami elok kluaq ride, malam tu dia eksiden. Ni waktu hari kejadian la Ha, moto merah tu la aku jaga. Walau bukan milik aku, sempat la merasa. Hehe. Aku dan jaga moto ni dalam 4 bulan macam tu sebelum serah kembali ke abang dia. Dengan R25 ni aku x banyak cerita la. Cuma banyak konvoi kot dekat2 dgn ulang alik p keja. Ni waktu ...

::. Aku dan Kuda .::

Imej
 ok kita kembali ke Sri Pentas, hehe๐Ÿ˜‚ awat la buat entri baru, boleh ja sambung dr entri lama kan. Suka hati aku la, blog aku kot, buat entri banyak2 bukan kena byaq pun. Rugi la aku bayaq wifi mahai2 tiap2 bulan, hehehe. Ok sambung la walau x dak sapa nak baca pun. Saja ja menulis. Lpas aku juai LC135 putih tu, aku berkenan kat 1 moto ni, Yamaha 150FZ. moto ni mmg x ramai peminat, sebab tu jarang dgaq la moto ni kena rembat dgn org. hahaha Yamaha 150FZ, time ni ride ke Sumpitan. Alkisahnya, nak amik moto ni pun aku buat drama dengan member aku. Tak memasal pagi2 buta dia dah terpacak depan umah aku. Aku gebang dia kata kena p JPJ Kulim sebab nak kena tukaq Plat baru. Plat lama aku kena sita๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Kawan tu mati2 la percaya. Last2 p amik moto baru, hangin ja kawan tu. hahaha. Dah la p Kulim qhabat naik ex5 2 org, Senak moto tu bawak aku naik bukit. hahaha Dengan moto ni la baru aku start modifikasi. Buat enjin ja, mekap sikit2. Spec Enjin no 1: Blok 62mm (x igt brand), injector 150c...

::. Aku dan Kuda .::

Imej
 Kuda lagi... Lepas berbulan dok kejaq insurans, dapat la duit insurans. Bleh la wat beli cikedis, hehehe. Tak dak cakap banyak terus p kedai moto, wat kluaq moto baru. Time tu LC135 V2 baru kluaq, terus amik berbekalkan duit insurans tu jadi donpemen. Bangga jap pakai moto baru, hahaha. warna putih tu, yang biru tu keta aku Lepas2 amik, terus shoot balik kolej. Ni waktu Raya, sempat la melaram dgn moto baru Pengalaman aku dengan moto ni sempat la ke Thailand dgn moto ni. Dan waktu akhir sem 2 (2011), aku buat keja gila, round semenanjung secara solo dengan moto ni. Diulang SOLO. nampak dak penekanan kat situ, nak menunjukkan rasa riaknya.. hahaha. Berbekalkan RM500, bag baju, sleeping bag, start dari KL ke Selatan (N9, Melaka, JB, lepas tu Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak. Time tu jgn cakap, tido merempat. Bus Stand, masjid (sempat la sorang pakcik tu gerak aku makan sekali lepas subuh, dpt la merasa nasik lemak dgn pulut kuning di Kuantan), stesen minyak dan ...

::. Aku Dan Kuda .::

Imej
 Kuda, Aku memang dok bela kuda. Dulu bela kuda bayaq tiap2 bulan kot, x bayaq kena tarik. Hehehe, kuda yang aku cakap tu kuda besi. Mula dari Form 5, pak aku beli 1 moto, habuan nak p tuisyen senang. Fuh mmg enjoy la kan dah dpt moto, langkah panjang la. Lagi senang nak ronda2 tgok awek kan, hehehe. Moto first aku, Honda Wave 125 warna putih. Plat no PHM 3056. Sori la gambaq tak dak, dan kot pakai 2 tahun, lepas tu hilang kat Hospital Sg Petani. Kena rembat time aku praktikal Sem 1 kat situ. Hantu btoi. Tak pasal2 aku kena balik naik teksi malam tu. Mahal plak tu. Ha ni la moto aku. Ni contoh gambaq tau, bukan btoi2 Dengan moto ni x banyak sangat la cerita. Dan pakai sat ja, lepas tu mangkuk mana tah gabuih. Tapi sayang gak la, moto first aku kot. Lepas tu report polis dan claim. Bermula la episod kejaq company insurans. Punya lambat nak bayaq. Time nak kutip duit laju ja depa buat kerja. Berbulan jugak la kejaq, turun naik opis dia di Damansara. Akhirnya dapat la duit pampasan se...

Aku Mai Lagi...

Imej
 Hai, assalamualaikum. Lama tak post kat blog ni, bukan apa, laptop rosak sebenaqnya, ni pun pakai laptop subsidi kilang. boleh la nak membebel skit2 sementara tak bizi. Sebelum ni aku dah explain kan aku dah menikah. Jadi rasanya blog ni jadi macam diari aku dah rasanya. Tapi bukan diari harian, tapi diari ikut suka aku bila nak post, hahaha, kau panas kenapa, blog aku ikut suka aku la. Hahaha Apapun, moga kita semua sihat2 dalam rahmatNya. Ya btoi, 21 MAC 2020, aku diijabkabulkan dgn seorang wanita. Wanita yang aku kenal hati budinya, baik keturunannya, baik perilakunya, hemat agamanya. Nama wanita itu adalah Nur Syamimi Kamilah. Secantik namanya sindah akhlaknya. Alhamdulillah, 3 tahun kenal, dari zaman aku kerja di KL sebagai consultant. Cabaran LDR? ya memang tak dinafikan, banyak halangan, soal hati, tapi yang utama sabaq dan doa. Kira nak rindu ja semayang tak buat apa woi, Solat, doa moga hubungan dijaga. Hang jaga Allah, Allah jaga hubungan. Tak kira la Long Distance Relat...