Keluarga Bahagia RADZISMA
p/s: yang kat sebelah aku tu bini orang ok, bukan bini aku. Ni time aku posting dlu |
Ni adik aku (yang belah kanan tu). Nama dia Fathin Sakinah Binti Mohd Radzi. Lahir di Hospital daerah Kemaman, Terengganu. Dia yang bongsu skali dalam keluarga aku. Berkemahiran dalam permainan catur dan pernah mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan. Mendapat pendidikan awal di Prasekolah Sk Sri Selama. Kemudian dia ikut mak dia (umi aku la), ke sekolah SK Tebing Tinggi (2003-2008). Setelah mendapat keputusan yang cemerlang beliau melanjutkan pelajaran ke SMKA Sultan Azlan Shah, Bota (salah sebuah sekolah kluster di Malaysia), (bangge siot). Sekarang masih menuntut di sana dan abang doakan semoga Kinah sentiasa berjaya dalam kehidupan.... Cemerlang PMR 2011. Selepas habis SPM di SMA Persekutuan Kajang, dia sambung belajaq di Matrikulasi Pahang dan sambung ke Universiti Malaysia Terengganu bahagian Perkapalan.
Ustzh Rosmah Bt Hamzah. |
Yang ni pulak mak aku, aku panggil umi. Dilahirkan di Kg Nibong Bawah, Dungun Terengganu. Anak ke-5 daripada 7 orang adik beradik. Selepas tamat belajar di sekolah errr( x ingat la hehehe...) di Dungun, umi sambung belajar kat Maktab Perguruan di Klang, Selangor. Pastu kat Maktab la umi mula bertemu dengan abah dan mereka bersama-sama dapat posting ke Sabah. Itulah sebab aku lahir kat sane... Bekerja sebagai seorang pendidik mata pelajaran agama di salah sebuah sekolah di daerah Selama (Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi). Kemudian umi berpindah ke Sekolah Jalan Menteri, Sk Toh Rakna Sakti, dan sekarang di SK Rantau Panjang sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.
Ni pulak abah aku. Abah lahir kat negeri Kedah Darul Aman... negeri jepalang padi (tp die lahir kat umah la, bukan kat sawah). Juga anak ke-5 daripada 9 orang adik beradik. Mula menuntut di SK Serdang, Kedah kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah. Lepas tamat pendidikan menengah, abah bekerja sambilan sebagai tenaga pengajar di sekolah vokasional di Kulim dan kemudian diserap ke Maktab Perguruan di Klang. Sebelum menjadi tenaga pengajar, abah pernah ke tingkatan 6 di K.I.K (Kolej Islam Kelang). Sekarang bertugas sebagai tenaga pengajar di sekolah menengah di daerah Selama, SMK Kubu Gajah (SEKUGA) dan diwaktu lapang abah akan menjadi tenaga pengajar di masjid atau surau untuk kelas pengajian agama. Tahun 2016 mcm tu la abah ditukarkan ke Maktab Mahmud Bandar Baharu sebagai Penolong Kanan di sana, Kemudian Ke Maktab Mahmud Kulim sebagai Pengetua dan kemudiannya bertukar ke SABK Islahiyah Mahang sebagai pengetua. Dan in Shaa Allah bakal bersara pada Mac 2023.
Ni sewaktu melancong ke Sarawak |