Jumaat, 14 Oktober 2011

SUBHANALLAH...ALLAHUAKBAR....

(Sebelum baca ikat Jantung anda kemas2)

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)

yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat

yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan

akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,

tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup

sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi

putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit

atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang

berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka

tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang

tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah

malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat

saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga

dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama

berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya

seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka

rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.

Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan

mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang

mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih

putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata

"Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya

kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak

tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara

"pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha

mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan

dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,

Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab

seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa

antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu

diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati

semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit,

turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar

(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang

amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang

mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar

dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik

yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang

menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4

orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama

cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak

dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan

amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah

Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga

mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat

Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang

kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada

tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang

pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan

adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan

mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan

kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.

Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun

yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk

menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh

amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki

akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh

Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk

menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh

makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan

hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk

memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap

seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi

jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang

dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah

tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan

dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000

tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang

melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan

berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa

menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang

lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya

melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-

Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini

kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah

pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam

itu, hanya 3 perkara yang aitu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

①-Sedekah/amal jariahnya.

②-Doa anak²nya yang soleh.

③-Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

cinta dan kentut...

CINTA dan KENTUT tidak boleh ditahan, keduanya boleh menjadi lega bila terlaksana.



CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita

Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega.



CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.



CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau.



CINTA itu halus, KENTUT itu virus.



CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.



CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, CINTA monyet…!”



KENTUT didepan banyak orang, “Sialan, monyet lu…!”



CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:



Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?”

Kalo sudah KENTUT: “Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku gak…?!!!”



CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.

CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi
 
 
prooootttttt...............!!!

Jumaat, 9 September 2011

Balik kampung.....!!!!

Perjalanan jauh x kurasa
Hendak hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain dimata

Nun menghijau
Gunung ganang dan rimba
Langit yg tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

 Ooo...
Balik kampung 3x
Hari girang

Terbayang wajah2 yg kusayang
Satu2 tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu dihati
Menyambut kepulangan ku nanti

haa... korang mesti tau kan lagu ni, kalo korang x tau, mungkin korang lahir zaman Hang Tuah dulu, x pun korang lahir 100tahun dari sekarang. Sape2 yang x tau, lagu  ni dinyanyikan oleh Britney Spears... hahaha.... kalo korang percaya memang bengap tahap kambing la jawabnye, Lagu ni dicipta oleh Allahyarham Sudirman dan dia jugak yg nyanyi. Lagu ni cukup popular era 90an.

Lagu ni hebat...!!!
Kenape aku cakap lagu ni hebat????
cube korang tengok lirik lagu tu balik.... ada die sebut pasal raye...??
X de kan... tapi knape lagu ni cukup famous time raye??
kenape time aku blik kg ujung minggu x dak pun lagu ni dalam radio???...
itulah hebatnya otak Sudirman ni... lagu ni tetap evergreen walaupun sepatah x sebut pasal raye...

ni pantai kat kg aku di terengganu

time ni petang raye pertame...

Seberang Takir Dungun Terengganu

Ni waktu kat puncak Banjaran Titiwangsa (time balik)

petang yg indah di tepi pantai

ni adik aku ngan abah aku...

Dari kanan (Kak Wa, Kinah dan Mimi)

Aku letak ni bukan ape... tahun ni x dapat nak beraye kat kg, bapak aku dah ad tanggungjawab yg x dapat
dielakkan.. beraye ka rumah baru la tahun ni...

p/s: terbayang keseronokkan perjalanan balik kg... letih tp seronok...

Khamis, 8 September 2011

Mari bace doa....

Mintak je.... kalo kene dengan usaha InsyaAllah dapat punyalah.... bak kate omputih 'dont worry'. Dalam Islam nak mintak kenelah berdoa... banyak2 la berdoa lepas semayang (post ni utk org yg semayang je, yang x rajin semayang harap maap la ek). Tak pun berdoa pada waktu2 yang mustajab. Doa dalam erti kata lain meminta sesuatu dan inilah salah satunya senjata rahsia bg umat Islam.

Nak mintak pun ad la carenye. Mule2 kene la bodek dulu. Maksud aku bodek tu selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad SAW dulu, mulakan dengan nama2 Allah cth:Ar-Rahman, Ar-Rahim, doa utk kesejahteraan umat Islam, doa utk ibu bapak last baru la korang mintak.. x percaye, korang nak mintak sesuatu kat bapak korang, try korang bodek dulu, tolong kemas umah ke, cabut rumput ke (bukan bulu kaki tau), basuh kete die ke, nanti dapatla tu, tapi kalo pelan ni korang jugak boleh mengundang pasu bunga terbang jikalau korang mintak ditengah2 bulan (tgh sengkek).

Berdoa jika korang dalam kesusahan, itu yang sebaiknya, Tapi kalo lepas pulun dok doa, korang g sambung tido balik, baik x yah doa, cuba utk leraikan permasalahan yang korang alami (kg habis ayat aku). Korang igt ni ja, aku igt sorang ust yg sangat familiar bg aku (bapak aku la), penah bgtau kat aku, ingat duit (D.U.I.T.)

D=Doa
U=Usaha
I=Ikhtiar
T=Tawakkal (bukan tawakkal hospital ye)

Nak berdoa pun tengok time la, jangan dalam jamban korang dok berdoa, memang kaum2 jin iprit dok gelak kat korang kalo dok berdoa dalam jamban. Ada tempatnya dan ada waktunya. Kalo kat Tanah Malaya ni paling senang time ujan la. Nak slalu dapat ujan, mai kot belah tepeng ni, setiap hari ujan. Kedua time sujud (ni pun utk org2 yg rajin semayang je, yg malas harap maklum), ketige time kahtib duduk antara dua khutbah tu (sape yg rajin g masjid wat jumaat tau la), keempat, sepertiga malam (qiamulail) 'bab ni aku pun jarang'. Kalo korang bayok pitih (duit) atau erti kata korang kayo nok mapoh, g la ke Tanah Suci, wat umrah ke, haji, bukan g Paris, Tempat2 mustajab doa kat Masjid Nabawi, Masjidil Haram, Makam Nabi Ibrahim (kalau salah harap perbetulkan).

Yang aku tergerak nak tulis post ni, smalam aku g Kulim, ada urusan ckit, dalam kol 5.30 aku g solat asar kat surau petronas Taman Kenari, masuk dalam surau ada sorang budak, pakai uniform sekolah lagi pun,(kalo die monteng x tau lak kan). Die dah solat dulu, aku jadi ma'mum masbuk la, lepas habis salam kedua, dia dok wirid ckit, selawat. Pastu die dok berdoa, "Rabbana hablana min azwajina wazuriyyatina qurrotaa'yun wajaalna min muttaqina imama", aku heran hak, apsal die doa mcm tu awal sgt? lepas hbis doa aku tanye die form bpe dik? die cakap f1. Nak gelak tkot die dah ad bini kat umah,ataupun doa tu je yg ust die sempat ajar kat die kot, lepas tu ust tu pindah balik Uganda gamaknye... Kalo korang nak tau ape maksud doa tu, korang cari sendiri la ek.... baru mendalam maksud tu dan baru korang tau nape aku tulis post ni...... dah nak tido dulu....

p/s:jgn lupe bace doa sebelum tido



Rabu, 7 September 2011

Manusia yg sebenarnya

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Bermula dari segumpal darah…..
Dijelmakannya seraut wajah….
Itulah…
Rahsia agungNya Kudrat Tuhan…

Diberikan nyawa..
Dan diikatkan janji
Tunduk hanya patuh padaNya..

Namun….
Hakikat hidup di dunia ini,
Hanya untuk menguji keimanan hambaNya,

Namun kita sering terlupa,
Dari mana asalnya kita…
Hanya setitis air mani…
Segumpal darah….
Seketul daging…?

Tapi satu kelebihan yang diberi..
Kita diberi akal fikiran…
Lebih baik dari binatang ternakan…
Lebih mulia dari haiwan…

Namun mengapa kita persiakan?
Akal diberi nafsu dituruti..
Bukankah kita hanya menagih simpati…
Dari RahmatNya yang kekal abadi…

Tiada lagi ertinya keinsafan,
Andai akhir nafas dihujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam,
Usah biar godaan syaitan,
Menyesatkan kita dari landasan yang lurus….

-Ikhwanulmuslim-



Isnin, 8 Ogos 2011

sem 3 yg nampak memboringkan....

4.00 am:
Pagi2 dah dengar ada 2 ekor makhluk x bape nak halus memekak kat dalam umah (pakcik & sabah). Dah memekak sangat, aku bangun jugak lepas Alip gerak utk sahur...

4.30 am:
Turun bawah untuk sahur. Makan nasi goreng biase ngan limau ais je.... boleh la takat nak kunyah2 tu... nanti jadi bahan terbuang gak.

5.00 am:
Tah macam mane, terlelap kat atas katil, selamat aed gerak, kalo x kompom aku dah selamat sampai ke Uganda utk sahur buat kali ke-2...

6.00 am :
Lepas semayang subuh, tadarus dalam 2 muke surat (ayat je tu, sekadar nak sedap mate menulis), terus lompat ke luar jendela sambil aku menipu korang untuk jenak semata2.... hahaha....

7.30 am:
Memang cam cipot, bas lewat gile baboon, sampai kene halau ngan pak guard kat depan pagar Maxis tu... shilake sungguh.....

8.15 am:
Dok melepak dalam kelas sambil dok tengok Thilo dok bg ucapan dalam bahasa kebangsaan yang die sorang je yg paham.... haram aku x paham.

9.15 am:
Lec dah msuk.... mule aku igt bangla mane sesat masuk kelas, rupenye die lec aku rupenyer... x pe raye nanti mintak maap kat die... hehe.. Mr Moheideen dok berceramah kat depan kelas BI+INDIA=BINIDIA... hahaha... boleh tahan gak la english dia.. tahap kucing mengaum???

10.30 am:
Mr Moheideen kuar kelas. Tinggal la kami dalam kelas, terkontang kanting ibarat cicak makan julap... Pastu sedar kelas dah makin aman dan makmur, sedar2 dalam 10 orang je dalam kelas yg asalnye ada dalam 50 orang... yang lain ghaib ditelan jin lapo gamaknye...

kelas semangat


11.00 am:
Kedengaran suara jembalang mule kedengaran... asalnye dlow je, lame2 kuat tahap memecahkan gegendang telinga semut. Rupenye badak dah tumbang terkene dek sawan badak tahap 3...



badak air a.k.a tong dram



12.00 pm:
Alip dah kelam kabut cakap bas dah sampai... lari x cukup tanah jawabnye.... dah sampai kat bulatan, haram x dak pun.... siot sunggoh.... last2 kasut aku yang jd mangse...


kasut ni aku bli dr form 5



1.30 pm:
Berbulu gak la ku tunggu bas kat situ.... macam bulu alip penuh kat badan die tu... hehehe... naik bas aku sambung balik perjuangan aku yang x sudah pagi tadi... zzzzzz......


2.30 pm:
Sampai USJ... dekat sejam baru sampai... memang sipot sungguh... aku tengok geng2 india selambe je g minum kat kedai mamak kat bawah tu... rase macam nak hentak ngan steering lock je..
Masuk umah setelkan baju yang pakai pagi tadi, solat zohor pastu teros tido utk kesihatan yang berpanjangan...


3.30 pm:
Terjage sebab Bo gigit ibu jari kaki aku.... hampeh sungguh... aku tau dah die nak pe... dengan mate yang terpejam, capai remote kat atas meja ngan kaki je... hebat kan(dalam nada bangge).... bukak tv9 ada siaran best utk die...


wonder pet



5.45pm:
G cari makan sambil menjamu mate tengok awek2 USJ kat bazar... hehehe.... john besa la, ngan awek die...


7.30PM:
Buke time....

10.30 pm:
Aku tulis post ni....

12.00 am:
tido la x kan karaoke macam pakcik ngan sabah lak....





Ahad, 7 Ogos 2011

Pembahagian puasa mengikut peringkat.

Puasa dapat dibahagikan kepada 3 peringkat (mengikut golongan manusia zaman sekarang la). Nak senang cite, aku bagi perumpamaan kat korang supaya senang korang nak paham. Aku samakan posa tu ngan laut dan korang nilai la sendiri korang kat tahap mane.Bayangkan koran gke tepi pantai, nilaikan ape yang korang tengok kat laut luas tu....

Tahap 1
Golongan ni nilaikan laut tu pada permukaan je. Maknenye die cume nampak ape yang ada kat atas permukaan je. Ada buih, sampah, kapal nelayan, mungkin tunggul2 kayu.

Tahap 2
Golongan ni tengok laut tu mendalam sikit. Maknenye die nampak jugak ape yang ada kat permukaan laut dan die jugak nampak ape yang ada di dalam laut. Maknenye. bila sebut laut, die dapat bayangkan dalan laut ada ikan, penyu, terumbu karang dan sumber rezeki yang lain.

Tahap 3
Golongan ni pulak tengok laut tu secara dasarnya. Maknenye die bukan sekadar nampak dasar dan pertengahan laut, die jugak nampak ape yang ada kat dasar laut dan ape yang ada kat dalam dasar laut tu. Die dapat melihat, dalam laut tu ada sumber rezki yang tak terninali harganya, emas hitam.


 MAKNA:

1. Golongan yang hanya melihat laut dari permukaan. Disini aku nak maksudkan yang kalo nak disamakan dengan posa, dia x nampak apa2 dekat posa tu, mungkin dia nampak siang posa, maghrib bukak, malam terawikh. Yang die dapat hanya letih dan lapar. Dalam maksud yang lain, sampah.

2. Golongan ni pulak mungkin tergolong dalam golongan yang 'agak cerdik'. Maknanya, tengok laut die dapat tau yang dalam laut ada sumber rezki. Ini bermaksud, kalo berpuasa, dia tau fadhilat posa, kelebihan posa (bukan sama ke?). Cuma dia x korek dengan lebih dalam. Kalo dia usaha insyaAllah dia dapat lebih dari itu.

3. Golongan ni pulak mungkin tergolong dalam golongan orang2 yang beriman sepenuhnya dengan Allah dan mungkin dalam golongan wali sufi. Dia lihat laut dari permukaan, pertengahan dan dasar laut itu, Maknenyer die tahu dari atas sampai bawah fadhilat posa itu sendiri. Dia dapat melihat apa yang terkandung dibawah dasar laut itu sendiri dan bukan semua orang dapat menggali emas hitam yang dicakapkan. Perlu ilmu yang tinggi dan istiqamah. Dia jugak tahu yang didasar Madrasah Ramadhan itu ada sesuatu yang ternilai harganya iaitu "taqwa".

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kisah Para Tabiin: Uwais Al-Qarni- Penghuni langit



Uwais Al-Qarni seorang daripada kalangan tabiin (golongan yang hidup selapas zaman Rasulullah SAW dan sezaman dengan para sahabat). Beliau dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan berpenyakit sopak. Ayahnya telah meninggal dan beliau tinggal dengan ibu beliau. Beliau dijaga oleh ibunya dari kecil sampai dewasa.

Uwais Al-Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut dalam wasiat baginda Rasulullah SAW yang disampaikan kepada saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda berpesan:
"Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul.Kamu berdua pergilah mencarinya.Dia akan muncul dari arah Yaman dan membesar di Yaman.Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia.Kalau berjumpa dengan dia, minta tolong dia mendoakan kamu berdua".

lalu Saidina Umar bertanya :" Ya Rasulullah, apa yang saya patut mintak dari Uwais Al-Qarni?" Nabi SAW menjawab:"Kamu minta kepadanya unuk berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa kalian."

Setelah Baginda Rasulullah SAW wafat, Saidina Ali dan Saidina Umar menuggu-nunggu kafilah yang datang dari Yaman. Sehingga mereka menemui Uwais Al-Qarni seperti yang Rasulullah ceritakan.

KISAH UWAIS AL_QARNI:


Beliau mempunyai seorang ibu yang lumpuh keseluruhannya. Satu hari ibunya memanggil Uwais Al-Qarni:

IBU : "Ibu ada hajat, dan hajat ibu adalah nak menunaikan haji ke Makkah, ibu x larat nak jalan sorang-sorang, jadi kamu carilah ikhtiar supaya ibu dapat menunaikan haji".

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tak mampu nak menyediakan perbelanjaan untuk menunaikan haji kerana pada masa itu, mereka yang hendak menunaikan haji menaiki unta yang dipasang "HAUDAT" diatasnya. Haudat seumpama rumah kecil yang dipasang diatas unta untuk melindungi dari cahaya matahari dan panas terik padang pasir. Uwais tidak mampu menyediakan sedemikian rupa malah unta pun tak ada. Nak sewa pun tak mampu.

Ibunya semakin tua lalu ibunya berkata : "Anakku, ibu mungkin tidak lama lagi bersamamu, ikhtiarlah untuk ibu menunaikan ibadah haji".

Uwais mendapat satu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang dah habis menyusu. Dia membuat satu rumah kecik (pondok) diatas sebuah "TILAL"(tanah tinggi) untuk anak lembu.

Apa yang dilakukan oleh Uwais ialah, Setiap pagi mendukung anak lembu tersebut menuruni tilal untuk diberi makan dan sebelah petangnya dia mendukung anak lembu itu menaiki tilal untuk ke pondok lembu itu. Adakalanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit yang tempat lembunya makan.

Tabiat pelik Uwais menjadi buah mulut orang kampung, ada orang menyatakan dia dah gila sebab dukung anak lembu seberat 20kg. Buat rumah lembu atas bukit, pagi dukung lembu bagi makan, petang dukung balik rumah.

Tapi apa yang difikirkan oleh Uwais adalah berlainan. Ini adalah satu exercise untuknya. Anak lembu seberat 20kg, 5 bulan dia mendukung anak lembu tu, berat lembu tudah jadi 100kg. 100kg dia nagkat naik bukit, turun bukit, kacang mak labu jadinya.

sampai musim haji, dia mendukung ibunya dan dibelakangnya desertakan barang-barang keperluan seperti makanan dan pakaian.Dia memangku ibunya dari Yaman ke Mekah (lebih kurang 400km) dan dengan mendukung ibunya, dia melakukan, tawaf, saie, wakuf di arafah sehingga selesai haji.

Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya

IBU  : Uwais, apa yang kamu doakan semasa di depan Kaabah?
UWAIS : Aku mendoakan semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa ibu
IBU  :  Macam mana dengan dosa kamu?
UWAIS : Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk ke syurga, cukuplah dengan ibu redha dengan saya, dan saya juga akan masuk syurga.
IBU  :  Ibu nak kamu berdoa supaya Allah menghilangkan penyakit sopak kamu
UWAIS : Saya keberaan nak berdoa ibu, penyakit ini adalah kurniaan Allah, dan saya takut kalau saya tidak redha dengan pemberian Allah.
IBU  :  Kalau nak masuk ke syurga, taat pada perintah ibu dan ibu perintahkan untuk kamu berdoa.

Uwais tak ada jalan lain melainkan berdoa.

UWAIS : Ya Allah, seperti yang diharapkan oleh ibuku, sembuhkanlah penyakit sopak ini dan engkau tinggalkan sedikit supaya menjadi bukti bahawa aku pernak terkena panyakit ini.

Dengan izin Allah, penyakit sopak itu hilang dan seperti yang diminta oleh Uwais, Allah meninggalkan sedikit dibahagian tengkuknya dan dengan cara itulah Saidina Ali dan Saidina Umar boleh mengenali Uwais. Tanda itu telah diterangkan oleh Rasulullah SAW.

Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwais mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais pun mendoakan mereka berdua.

Khamis, 4 Ogos 2011

::. Ahlan wasahlan ya Ramadhan ::.

Apa makna Ramadhan?

Ramai yg tahu, siang posa, maghrib bukak posa, ptg ada bazar Ramadhan, malam ada terawikh, Subuh esok sahur, begitu..??

Cuba kita pikir tengok kenape Allah bg posa kat kita...

Allah x kan bag sesuatu tanpa asbab2 yg munasabah...
1)Posa dapat menjamin kesejaheraan dan kesihatan tubuh badan... contoh bg yg kaum2 nak mati cepat (yg isap rokok), waktu utk merokok sudah dipendekkan dan kalo ikut kajian saintifik, kadar toksik dalam badan seorang perokok akan berkurangan dalam tempoh 24jam dan boleh lg kurang bergantung kepada perokok.


2)Allah telah berfirman dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah (sapi betina) ayat183-184 yang bermaksud "Hai orang-orang yg beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 sebelum kamu mudah-mudahan agar kamu bertaqwa". Ni maksudnya posa tu wajib, jgn dok tinggal sesuka hati ja, kalo nak merasa naik van jenazah awal bleh la try tinggal posa..


3)Kalo kita tengok balik, mcm2 perkara berlaku dalam bulan Ramadan, cube ingat balik, kalo x ingat maknenye kompom korang failed pendidikan islam time sekolah du... baik repeat cepat2... Antara peristiwa yg berlaku time posa adalah, Peperangan Badar (x da kene mengena peperangan En Badar dgn isterinya), turunnya kitab (al-quran) (nuzul Quran), Islam membuka kota Makkah (10 Ramadhan), Syiar Islam sampai ke Yaman, Peristiwa perjalanan Rasulullah SAW ke Tabuk, Khalid Al-Walid meruntuhkan berhala Al-'Uzza (5 hari sebelum berakhirnya Ramadhan), Penyerahan Bandar Taif, Pembukaan Andalus (Sepanyol) (28 Ramadhan), Peperangan Zallaqah; Portugal, Tentera Islam mengalahkan Tentera Mongol, Peperangan Yakhliz, dan Tertawannya  Garis Bar Lev, Israel.


Banyak lagi kelebihan Ramadhan yg Allah sembunyikan daripada kita. Seperti contoh malam Al-Qadar (malam yang lebih baik dari seribu bulan). JAdi di bulan yang mulia ini, banyakkan amalan kepada Allah SWT dan mudah-mudahan kita akan mendapat ssesuatu diakhir Madrsah Ramadhan ini, sesuatu yang dikejari oelh orang2 yg beriman iaitu TAQWA....


*sumber peristiwa di bulan Ramadhan dipetik dari buku "Ramadan Tetamu Yang Dirindui" hasil karya Tuan Guru Abdul Hadi Awang




Ciput nak mampos :bhg 2...

RM360-RM50 = RM310.00

Beli barang dapur+makan hari tu dah habis RM50

Di Summit USJ......
tengah sedap jalan2 ngan member.... tiba2.......

gambar blur, nset murah je pun..
duit lg.....

RM310.00-RM30.00= RM280.00

Beli selipar RM15.00 lg RM15.00 wat makan utk tgh hari dan malam...

Esoknya........
Pegi Times Square teman kawan beli barang...

RM280.00-RM30.00=RM250.00

RM30.00 (makan, topap touch n go,topap clcom), dah habis RM 30

Jumaat minggu tu balik lg sambut birthday adik...

RM250.00-RM70.00=RM180.00

RM30.00 - tiket ETS
RM10.00 - makan kat KL Sentral
RM02.00 - tiket bus ke JJ Ipoh.
RM30.00 - Hadiah adik
RM8.00 -   Makan tgh hari

Dah habis RM70.00

Skang tinggal RM180.00
sempat la kot nak survive kat bandar urban ni....
tahan la dalam 3 minggu kot...


**********TAMAT KISAH PTPTIPU**************

Selasa, 5 Julai 2011

ciput nak mampos....

Kawan  : "wei, duit PTPTIPU dah masuk ar...."
aku    : "ye ke... dengan senang hati aku g check"

di KL sentral....

baki wang anda RM998.50 jumlah yg boleh keluar : RM980.00

withdraw RM50.00

RM30.00 = tiket ETS
RM10.00 = majalah
RM 7.00 = makan
RM 3.00 = topap

sekelip mata dah habis RM50

di Ipoh.....

Aku : "abah, duit ptptipu dah kuar..."
Abah: "abah nak pinjam ckit bleh..."
Aku : "bleh... bape"?
Abah: "RM500.00
Aku : "ok..."

Besok kat pekan Selama.

Baki dalam akaun anda RM930.00. Had pengeluaran RM920.00

RM920.00-RM500.00 = RM420.00

Lagi2 besok.

Baki dalam akaun anda RM420.00. Had pengeluaran RM410.00

RM410.00-RM50.00 = RM360.00

RM30.00 - tiket ets
RM10.00 - topap
RM10.00 - makan di KL Sentral

Kat Impian Meridian....

RM360.00 - RM50.00 = RM310.00

Beli barang dapur+makan utk hari tu dah habis RM50.00

yg lain.... to be continue.... hehehehe

Isnin, 20 Jun 2011

Ada serupa ka?

meow... kalo same mcm ni x pe gak... comel...

skang aku tengah praktikal kat HKL... dah macam-macam kes aku jumpe kat sane, yang denggi, psy (orang gila). Tapi yang ni tadi jadi kat aku, baru bape jam lepas. Aku kene buat dressing kat sorang uncle ni, (dressing tu bukan kene bagi pakai baju k, maksud dia cuci luka). Dah siap-siap suma barang, aku g basuh tangan dulu. Pastu ada akak nurse ni bagitau yang uncle tu tengah tido. Aku wat x peduli la, time tdo senang wat keje. Dah tolak troli ke katil uncle tu, siap pakai strile glove, aku g kat uncle tu dan cakap "uncle nak cuci luka sikit". Dia angguk je. Time cuci tu die cakap-cakap bahasa kebangsaan dia, aku wat x peduli la, ingat dia cakap dengan bangla sebelah dia, rupa-rupanya dia cakap ngan aku. Aku cuma mengangguk je ape yang die cakap, ape dia mencarut aku pun x tau. Dah habis wat dressing, aku kemas-kemas barang, aku cakap kat die "dah habis dah uncle?" die cakap "la you melayu ke?", mau je aku bagi starlight kat die... dah lame x starlight orang nih... last aku starlight Alip boyot.... rase mcm baru minum fresh orange. Segar lagi menyegarkan. hehehe.... Aku ada serupa ka dengan India... tlg jawap sikit...




ni luke salah sorang patient aku... ni baru yg kecik..

Sabtu, 18 Jun 2011

teka-teki dan jawapan utk korang

1.Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
-Kuih salah bikin.

2.Binatang ape power Karate?
-Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

3.Siape yang menemukan dompet kulit?
-Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

4.Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
-Pintu yang ade tulis 'TARIK'

5.Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
-Pembohong...

6.Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
-Usus

7.Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
-Kutu rambut

8.Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
-Neneknye si katak

9.Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
-Sbb lelaki ni kan 'buaya'

10.Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
-Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
-Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

11.Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
-Dua-dua tak kenal korang...hehe

12.Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
-Tukang gali kubur

13.Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
-Tahi hidung

14.Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
-Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

15.Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
-Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

16.Gajah terbang dengan ape?
-Dengan susah payah

Guru besar yg terkene....

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"


erm....

Ntah, aku tulis ja..

Zali seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zali terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zali telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zali sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zali ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Tak reti cakap elok2 ka????

 "woi, kawasan ni x leh masuk, x reti bace ke sign board kat depan tu", dengan muke selambe aku U-turn balik dan cakap kat guard tu "Assalamualaikum, sori encik, x nampak, lawa sungguh bahase encik, sape ajar, bapak encik", lepas tu terus aku tekan sampai out meter.... cabutla takot makan pasir kang....

Ape salahnye cakap elok2, bukan orang x paham, dan x kan kambing lak bawak kete (akai ada ka?)

aku x salah la....

aku time tu rase nak hempuk ja gusrd tu ngan steering lock, nasib aku x baik sebab depa ramai ja, aku berdua, kalo x memang jd mcm KL Gangster dah la jawabnyer.... heboh satu Malaya kang....

Khamis, 28 April 2011

Kenapa ALLAH murka????

Tidak ada rasa takut,
apatah kesal jauh dari hati di sudut laman petang,
dosa dibeli sebegitu murah dengan harga satu umpatan,
tentang kain carik di betis orang,
tentang tiris bumbung di rumah jiran

Diwarung-warung gebang.
dosa sehari diraih sebanyak-banyaknya,
cukup dibayar kopi satu cawan,
lumba-lumba bentang berita terkini,
serakah seorang tokoh kebencian,
tanpa bukti dan saksi,
cerita lipur lara pelosok mukim,
sensasi dilukis sebegitu hina,

potret jalang artis manis dijual,
dengan fitnah dan rempah tambah,
berbekal sebaris gosip cinta,
dan secebis PRASANGKA,
peluru caci,
tembakan nista,
berpuing-puing membedil wibawa dosa di pentas siasah tampak suci,
dibalut keharusan fatwa spontan,
lupa pada karaman katibin,
disebalik tabir kota malam,
selenggara dosa lebih enak,
dalam ulit-ulitan nafsu jahil yang hatinya telah bta,
pada azab,
sengsara NERAKA....

-A.D.A.M-

Khamis, 7 April 2011

Apasal la aku malas semayang.......

Apasal la aku malas sembahyang. Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom pulak tu, siap dengan bayang-bayang. Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam dan siang... Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang...

Apasal la aku malas sembahyang. Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang. Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang. Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang. Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...?

Apasal la aku malas sembahyang. Ingat masih muda remaja, lambat padam ? Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang . Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang. Masa tu, baca fatihah pun 4 kali ulang.

Apasal la aku malas sembahyang.Nak beli tiket bola sanggup beratur panjang. Sanggup berdiri dari pagi sampai kepetang (sama la dgn audition realiti tv tu).Ape aku igt masuk syurga boleh hutang....??

Apasal la aku malas sembahyang. Kerja dah best, keluarga pun dah ok, rumah tersergam. Negara pun dah merdeka, terbilang. Berkawan malam dan siang. Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang. Aku kena ingat, umur makin kurang, badan makin lemah, mata dah tak terang. Pagi kita sihat, petang boleh kejang. Pastu kita disembahyangkan...

Apasal la aku malas sembahyang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. Seksa neraka, kita tak boleh bayangkan. Janji Allah pasti tertunai,
TAK SIAPA BOLEH HALANG!!!!!!!!
-A.D.A.M-

Ahad, 6 Mac 2011

Kosong.....

Hari ni tak dak ape2 post best la....(kalo ada pun malas nak bukak pendrive)... jadi korang layan je la lagu brader Maher Zain nih , 4 The Rest Of My Life, mendalam makna lagu ni bagi sesiapa yang mendambakan hidupnya untuk sesuatu (untuk isteri, tuhan dan ape2 je la). Tapi lagu ni beliau karang dan tujukan khas untuk isterinya tercinta, Moga cinta mereka kekal ke akhir hayat insyaAllah.


Maher Zain....


cayalah......


Lirik
For The Rest Of My Life



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say




For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally




Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: 

Maher Zain

Album: 
Thank You AllahCopyright: Awakening Records 2009

Jumaat, 4 Mac 2011

Bangau Oh Bangau.....

bangau oh bangau...

kenapa engkau kurus?
mcm mana tak kurus..
ikan tak mahu timbul..


ikan oh ikan..
kenapa tak mahu timbul??
macam mana aku nak timbul..
rumput panjang sangat..


rumput oh rumput..
kenapa panjang sangat??
macam mana tak panjang..
kerbau tak makan aku..


kerbau oh kerbau..
kenapa tak makan rumput??
macam mana nak makan..
perut sakit..


perut oh perut..
kenapa engkau sakit??
macam mana tak sakit..
makan nasi mentah..


nasi oh nasi..
kenapa engkau mentah??
macam mana tak mentah..
kayu api basah..


kayu oh kayu...
kenapa engkau basah??
macam mana tak basah..
hujan timpa aku...

hujan oh hujan ..
kenapa timpa kayu??
macam mana tak timpa..
katak panggil aku..


katak oh katak..
kenapa panggil hujan??
macam mana tak panggil..
ular nak makan aku..


ular oh ular..
kenapa nak makan katak??
macam mana aku tak makan..
itu makanan aku!


*************************************************************************

lagu yang banyak buat aku berfikir tentang senario keruntuhan akhlak di Malaysia...bayi bersepah-sepah... sekolah budak mengandung...cinta sejenis...gila hiburan...anak buang mak pak...etc

siapakah ular sebenarnya??? dan kenapa nak makan katak???jaringan interaksi ini siapa sebenarnya?? adakah yang bergaduh di parlimen itu?? atau adakah para pendidik?? atau adakah para penjual tempe?? atau...atau...atau...AKU sendiri??

Khamis, 3 Mac 2011

Tips tahan ngantuk dalam kelas....


Time lecturer dok ngajor kat depan, kompom2 yang manusia2 kat belakang kelas mahupun belakang pintu (ada ke??) ngantuk tahap tenuk betol kan? Ni ada tips yang aku amik dari member aku yang boleh korang kongsi bersama.



  1. Time lecturer tengah ngajor tu, korang main mesej ngan awek korang, kalo nampak kat lecturer, cakap, "bapak anto mesej cikgu, die cakap suruh pegi pasar beli ikan"

  2. Menjerit-jerit kat belakang kelas (macam tengah histeria tu)

  3. Main sepak2 kerusi kawan, sape menang kene belanje KFC

  4. Cube tanye seberape banyak soalan kat lecturer

  5. Bile lecturer cakap kat depan korang gelak2 kat belakang. Buat macam die wat lawak
  6. Keluar ke tandas setiap 5 minit

  7. Bukak lagu kuat2. Lagi best lagu heavy metal

  8. Sembang kuat2 ngan member kat belakang kelas

  9. Main aci nyorok ngan member

  10. Order pizza hut dan suruh diaorang anta kat kelas korang

  11. Tangkap gambar ramai2, macam ambik gambar untuk majalah sekolah tu

  12. Online Facebook kat belakang kelas pakai beruk band

  13. Kalau dah ngantuk sangat, korang tido je la terus macam minah ni ha.....




Name akak ni Siti Siput (bukan nama sebenar).....

Manusia Yang Pekak.....

Minggu lepas aku balik ke Selama, rindu lak aku kat Selama tuh, suasana dia, pemandangan dia, tak berserabut macam kat KL nih (tetiap pagi jem memanjang). Aku amik keputusan nak balik ke KL hari Ahad, naik ETS kat Ipoh.

ni la ETS, KL-Ipoh kurang 2 jam (156 km/h)


Dalam kol 1430 aku sampai kat stesen Ketapi Ipoh. Dah lambat beb, kelam kabut la masuk tanye pasal tiket ETS tu. Sampai je kat kaunter, kak tu bagitau kat aku yang tiket untuk hari tu dah full. Ada pun sebelah malam je. Mau tak mau pak aku kene anta aku ke Tg Malim,(senang sikit hehe). Setelah 45 minit perjalanan dari KTM Ipoh (rembat 140km/h atas highway) sapai di Tg Malim, ape pun makan dulu la. Pukul 1750 baru train sampai. Nak ke KL Sentral kene transit kat Rawang dulu. Dari Tg Malim sampai Rawang, aku dapat tido dengan aman sekali. Lebih kurang dalam 30 minit, sampai ke Rawang. Kene transit kat rail no 1. Masuk je kat dalam train, aku dapat duduk depan sorang minah ni, muke cun tapi sayang, tak sempat beli baju gamaknye (rembat baju adik die yang umur 6 tahun tu). Sedang aku mencari line untuk sambung balik mimpi, aku nampak die dok belek2 blackberry dia tuh (stakat blackberry aku main baling kat beruk blakang umah aku je). Dah dapat line clear tok tido tuh, tibe2 aku dengar lagu yang x bape sedap didengar. Dah la tak sedap, kuat lak dipasangnya, macam sebatu duduknye (cam hampeh). Pak cik kat sebelah aku pun mengomel bukan2 (ntah ape dicarutkan x tau la). Sampai kat Stesen Rasa, sorang pakcik masuk, dok kat sebelah kiri aku, pakcik tu pun cuba mencari2 line untuk tidor gak tapi line die pun same macam aku gak, (kene hack ngan minah tu, potong stim tol). Pakciktu beralih arah kat sebelah minah tu dan pakcik tu cakap:

"anak ni pekak ke? kalo tak dengar, baik lekas jumpa doktor telinga, kang sayang lak, muke cantik, tapi pekak, jatuh saham beb"

*

*

selepas tu aku dapat tido dengan senang hati....
hahahahahahaha



nset aku ni lg best la.....

Rabu, 5 Januari 2011

Cinta.... Boleh ke???


Cinta…. Ape maksudnye???.... dekat?? Sayang?? Boleh peluk2??? Cinta adalah satu perasaan yang ada di setiap hati umat manusia. Cinta beerti mendekatkan (dekat). Dekat dalam erti kata kenal antara satu sama lain. Maka benarlah kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”. Memang kita tak dapat lari dari diburu perasaan cinta. Cuma kita boleh mengawalnya. Cinta juga ada beberapa jenis. Pertama cinta yang dibaluti nafsu. Jenis ini orang yang hanya mengikut perintah daripada syaitan laknatullah. Kedua, jenis cinta yang dibaluti oleh naluri keimanan (IMAN). Harap kita tergolong dalam golongan yang kedua ini. Cinta yang dibaluti keimanan insyaAllah akan menjanjikan kebahagiaan dipenghujungnya.
Aku pernah ditanya soalan cepu mas oleh seorang member, “Shafiq, ngko tak penah couple ke”. Aku Cuma senyum je bila dia cakap macam tu. Aku jawab balik kat dia “kalo ngko couple dan sayang macam mana sekalipun dekat orang tu, ngko tetap akan berpisah juga dengan orang tu. Dan tak semestinya bila ngko bercouple, dia MESTI atau MEMANG menjadi hak milik ngko. Ajal maut dan jodoh pertemuan kat tangan Allah. Sekarang ni cuba kita tengok kat TV or astro (sapa yg ada je ek), saban hari kita mendengar tentang penceraian dalam kalangan artis mahupun VIP. Kenapa begini???
Renung balik, 1: mungkin ikatan mereka x direstui oleh orang tua mereka. 2: mungkin dibina dari hasil duit yang haram. 3: Tidak mengikut syariat semasa perkahwinan. Terjadinya penceraian kerana pelbagai aspek. Dan sebab utamanya adalah kurangnya perasaan cinta dalam prehubungan suami dan isteri terbabit.
So, Boleh ke remaja bercinta????... Tak salah asalkan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Menutup aurat, tidak berdua-duaan. Ada sesetengah pihak mendakwa mereka bercinta demi pelajaran mereka. “Ala kami bercinta sebab nak bersaing dalam pelajaran, x kan x boleh jugak”. Boleh, asalkan bila study tu jangan melalut kelain sudah. Lagi satu, time cinta perlu ke perkataan sayang dan perkataan ‘B’ tu… haa, yang tu aku tinggal kat hampa untuk hampa jawab… dah dapat, simpan dalam benak@otak masing2….-IKHWANULMUSLIM

“Mencari cinta sejati bukanlah terletak pada paras rupa, harta benda dan wang ringgit, tapi pandanglah pada ilmunya, amalnya, imannya dan untuk mencarinya, carilah dicelahan ilmu dan iman. InsyaAllah kamu akan menemui cinta sejatimu disitu-IKHWANULMUSLIM




"kalo ada tersilap pe2... sori la ek..."