Jumaat, 2 April 2010

Inikah GADIS Zaman Sekarang??

Salam....

kat sini aku cuma seorang blogger... memang aku ada kuasa(tapi dalam blog je la).. kat luar aku cuma insan biasa... x kuase nak tgor budak-budak nih...

Ayah aku(Seorang pendidik dan penceramah agama di daerah selama), memang mempunyai latar pendidikan agama yang kuat. Yela, ayah dia(tokwan aku) pun seorang ustaz... memang di daerah Serdang, sebut UST LATEH memang orang kenal....
yang aku nak bebelkan kat sini bukan hal pak aku, bukan tokwan aku... diaorang x dak kene mengena dalam penulisan aku ni...

Ayah aku(abah) ada sebuah rumah di Relau(Bukit 300kaki). Pada tahun 2005, pak aku buat keputusan tok sewakan rumah tu, ada la pasangan ni sewa rumah kami, x sampai setahun dia berpindah ke Kulim. Tak lama lepas tu, sebuah Badan Swasta (NGO) menyewa rumah kami untuk dijadikan pusat pemulihan akhlak. Raudhatus Sakinah namenye...

Bermula awal tahun 2006, mereka mula menduduki rumah kami, seramai 16 orang gadis-gadis yang 'terlanjur' ditempatkan disitu. Kalo tengok gadis-gadis tu memang lelaki-lelaki kat situ boleh 'cair' punyelah...

Aku sempat mendengar luahan seorang gadis dari penang... Zan(bukan nama sebenar), mengaku yang dia pernah ditiduri oleh ramai lelaki yang sebenarnya syaitan bertopengkan manusia...
Sewaktu dia bercerita(sebenarnya pak aku yang dengar, ni cuma ulang tayang)dia sarat mengandung seorang bayi lelaki. Sape bapaknye??? wallahua'lam..

Ini hanya pendapat aku je.....

Mungkin kejadian yang sebegini berlaku kerana kurangnya kasih syg dari parents. Atau mungkin dari jolokan nafsu. Atau mungkin gaya hidup sekarang.
Pemuda-pemudi sekarang terikut-ikut budaya barat. Barat menjajah pemikiran kita dengan 3S...

S: Sex
S: Song
S: Sports
Mungkin juga pergaulan bebas faktor utamanya... Lihat disekeliling anda...
Saban waktu kita mendengar kes buang bayi.. Dalam longkang,tong sampah,kaki lima. Yang hairannya, bile dah beranak tu, pandai pulak cari tempat yang orang boleh nampak, tangga masjid dan surau... ape kes ni...

Faktor kedua mungkin sikap remaja itu sendiri. Yela, baju adik yang berumur 4thn dipakainye.Ketat ya amat. Berbagai stail. Seksinye, tomboinye,rokoknye. Entahla...

yang gedik dengan cara gediknye, yang kasar,dengan cara kasarnye...
Ada satu kisah, aku sendiri mengalaminya:
Waktu tu aku pegi kedai tok fotostat bahan perbincangan kelas, dimana?(rahsia), ade seorang aweks ni pakai memang ala lelaki, masuk kedai, macam kedai pak die pulak, pastu main jerkah-jerkah kat owner kedai tu. Pastu slow je aku cakap kat die... kak, B******g pun tau hormat orang... die blah dengan muke merah padam..

Betul la cakap saudara muiz(Naqib di SIS dulu) "manusia ni makin lama makin pandai, makin kecik, dan makin kurang ajar"


Same-same kita fikirkan....

p/s: ada kes tangkap khalwat di Sg Dendang, bdk sekolah... kecoh beb

Tips Putus Cinta

Cinta memang manis & indah bila diakhiri dgn. ikatan yg. sah. Bagaimana pula dgn. cinta yg. putus di tengah jalan. Tentu perit utk. menghadapinya... apatah lagi bila bekerja di satu pejabat. Mungkin dgn. panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yg. dialami.

1. Berdamai dgn. diri sendiri. Manjakan diri anda ie mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn. ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yg. diinginkan. Usah pedulikan komen-komen drpd. org. lain.

2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dlm. kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dgn. org2 yg. anda percayai. Drpd. mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yg. boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dgn. kawan2 lama yg. dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dgn. demikian akan akan lebih mempercayai diri.

6. Jgn. melarikan diri dgn. org. lain. Org. yg. baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru utk. menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dgn. binatang kesayangan spt. kucing, arnab dsb. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jgn. ragu memberi 'komplimen' utk. diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dgn. bunga lain.

10. Makan tepat pada waktunya. Jgn. menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dgn. cepat tapi jgn. pula hilang selera makan krn. anda akan jd. tidak bermaya. Makanlah dgn. tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.

12. Lakukan hobi yang anda sukai ie. membaca, menonton tv, berkebun dsb.

13. Jgn. 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm. hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.

Tambahan:- Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' dalam kehidupan. Berfikiran positif utk. menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. terbaik untuk diri anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorg. Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yg. tersirat di hati kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.

p/s: cinta zaman sekolah... cinta monyet... jgn terpedaya... semua ni diambil dari sumber yang sah..