Isnin, 8 Ogos 2011

sem 3 yg nampak memboringkan....

4.00 am:
Pagi2 dah dengar ada 2 ekor makhluk x bape nak halus memekak kat dalam umah (pakcik & sabah). Dah memekak sangat, aku bangun jugak lepas Alip gerak utk sahur...

4.30 am:
Turun bawah untuk sahur. Makan nasi goreng biase ngan limau ais je.... boleh la takat nak kunyah2 tu... nanti jadi bahan terbuang gak.

5.00 am:
Tah macam mane, terlelap kat atas katil, selamat aed gerak, kalo x kompom aku dah selamat sampai ke Uganda utk sahur buat kali ke-2...

6.00 am :
Lepas semayang subuh, tadarus dalam 2 muke surat (ayat je tu, sekadar nak sedap mate menulis), terus lompat ke luar jendela sambil aku menipu korang untuk jenak semata2.... hahaha....

7.30 am:
Memang cam cipot, bas lewat gile baboon, sampai kene halau ngan pak guard kat depan pagar Maxis tu... shilake sungguh.....

8.15 am:
Dok melepak dalam kelas sambil dok tengok Thilo dok bg ucapan dalam bahasa kebangsaan yang die sorang je yg paham.... haram aku x paham.

9.15 am:
Lec dah msuk.... mule aku igt bangla mane sesat masuk kelas, rupenye die lec aku rupenyer... x pe raye nanti mintak maap kat die... hehe.. Mr Moheideen dok berceramah kat depan kelas BI+INDIA=BINIDIA... hahaha... boleh tahan gak la english dia.. tahap kucing mengaum???

10.30 am:
Mr Moheideen kuar kelas. Tinggal la kami dalam kelas, terkontang kanting ibarat cicak makan julap... Pastu sedar kelas dah makin aman dan makmur, sedar2 dalam 10 orang je dalam kelas yg asalnye ada dalam 50 orang... yang lain ghaib ditelan jin lapo gamaknye...

kelas semangat


11.00 am:
Kedengaran suara jembalang mule kedengaran... asalnye dlow je, lame2 kuat tahap memecahkan gegendang telinga semut. Rupenye badak dah tumbang terkene dek sawan badak tahap 3...



badak air a.k.a tong dram



12.00 pm:
Alip dah kelam kabut cakap bas dah sampai... lari x cukup tanah jawabnye.... dah sampai kat bulatan, haram x dak pun.... siot sunggoh.... last2 kasut aku yang jd mangse...


kasut ni aku bli dr form 5



1.30 pm:
Berbulu gak la ku tunggu bas kat situ.... macam bulu alip penuh kat badan die tu... hehehe... naik bas aku sambung balik perjuangan aku yang x sudah pagi tadi... zzzzzz......


2.30 pm:
Sampai USJ... dekat sejam baru sampai... memang sipot sungguh... aku tengok geng2 india selambe je g minum kat kedai mamak kat bawah tu... rase macam nak hentak ngan steering lock je..
Masuk umah setelkan baju yang pakai pagi tadi, solat zohor pastu teros tido utk kesihatan yang berpanjangan...


3.30 pm:
Terjage sebab Bo gigit ibu jari kaki aku.... hampeh sungguh... aku tau dah die nak pe... dengan mate yang terpejam, capai remote kat atas meja ngan kaki je... hebat kan(dalam nada bangge).... bukak tv9 ada siaran best utk die...


wonder pet



5.45pm:
G cari makan sambil menjamu mate tengok awek2 USJ kat bazar... hehehe.... john besa la, ngan awek die...


7.30PM:
Buke time....

10.30 pm:
Aku tulis post ni....

12.00 am:
tido la x kan karaoke macam pakcik ngan sabah lak....





Ahad, 7 Ogos 2011

Pembahagian puasa mengikut peringkat.

Puasa dapat dibahagikan kepada 3 peringkat (mengikut golongan manusia zaman sekarang la). Nak senang cite, aku bagi perumpamaan kat korang supaya senang korang nak paham. Aku samakan posa tu ngan laut dan korang nilai la sendiri korang kat tahap mane.Bayangkan koran gke tepi pantai, nilaikan ape yang korang tengok kat laut luas tu....

Tahap 1
Golongan ni nilaikan laut tu pada permukaan je. Maknenye die cume nampak ape yang ada kat atas permukaan je. Ada buih, sampah, kapal nelayan, mungkin tunggul2 kayu.

Tahap 2
Golongan ni tengok laut tu mendalam sikit. Maknenye die nampak jugak ape yang ada kat permukaan laut dan die jugak nampak ape yang ada di dalam laut. Maknenye. bila sebut laut, die dapat bayangkan dalan laut ada ikan, penyu, terumbu karang dan sumber rezeki yang lain.

Tahap 3
Golongan ni pulak tengok laut tu secara dasarnya. Maknenye die bukan sekadar nampak dasar dan pertengahan laut, die jugak nampak ape yang ada kat dasar laut dan ape yang ada kat dalam dasar laut tu. Die dapat melihat, dalam laut tu ada sumber rezki yang tak terninali harganya, emas hitam.


 MAKNA:

1. Golongan yang hanya melihat laut dari permukaan. Disini aku nak maksudkan yang kalo nak disamakan dengan posa, dia x nampak apa2 dekat posa tu, mungkin dia nampak siang posa, maghrib bukak, malam terawikh. Yang die dapat hanya letih dan lapar. Dalam maksud yang lain, sampah.

2. Golongan ni pulak mungkin tergolong dalam golongan yang 'agak cerdik'. Maknanya, tengok laut die dapat tau yang dalam laut ada sumber rezki. Ini bermaksud, kalo berpuasa, dia tau fadhilat posa, kelebihan posa (bukan sama ke?). Cuma dia x korek dengan lebih dalam. Kalo dia usaha insyaAllah dia dapat lebih dari itu.

3. Golongan ni pulak mungkin tergolong dalam golongan orang2 yang beriman sepenuhnya dengan Allah dan mungkin dalam golongan wali sufi. Dia lihat laut dari permukaan, pertengahan dan dasar laut itu, Maknenyer die tahu dari atas sampai bawah fadhilat posa itu sendiri. Dia dapat melihat apa yang terkandung dibawah dasar laut itu sendiri dan bukan semua orang dapat menggali emas hitam yang dicakapkan. Perlu ilmu yang tinggi dan istiqamah. Dia jugak tahu yang didasar Madrasah Ramadhan itu ada sesuatu yang ternilai harganya iaitu "taqwa".

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kisah Para Tabiin: Uwais Al-Qarni- Penghuni langit



Uwais Al-Qarni seorang daripada kalangan tabiin (golongan yang hidup selapas zaman Rasulullah SAW dan sezaman dengan para sahabat). Beliau dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan berpenyakit sopak. Ayahnya telah meninggal dan beliau tinggal dengan ibu beliau. Beliau dijaga oleh ibunya dari kecil sampai dewasa.

Uwais Al-Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut dalam wasiat baginda Rasulullah SAW yang disampaikan kepada saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda berpesan:
"Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul.Kamu berdua pergilah mencarinya.Dia akan muncul dari arah Yaman dan membesar di Yaman.Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia.Kalau berjumpa dengan dia, minta tolong dia mendoakan kamu berdua".

lalu Saidina Umar bertanya :" Ya Rasulullah, apa yang saya patut mintak dari Uwais Al-Qarni?" Nabi SAW menjawab:"Kamu minta kepadanya unuk berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa kalian."

Setelah Baginda Rasulullah SAW wafat, Saidina Ali dan Saidina Umar menuggu-nunggu kafilah yang datang dari Yaman. Sehingga mereka menemui Uwais Al-Qarni seperti yang Rasulullah ceritakan.

KISAH UWAIS AL_QARNI:


Beliau mempunyai seorang ibu yang lumpuh keseluruhannya. Satu hari ibunya memanggil Uwais Al-Qarni:

IBU : "Ibu ada hajat, dan hajat ibu adalah nak menunaikan haji ke Makkah, ibu x larat nak jalan sorang-sorang, jadi kamu carilah ikhtiar supaya ibu dapat menunaikan haji".

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tak mampu nak menyediakan perbelanjaan untuk menunaikan haji kerana pada masa itu, mereka yang hendak menunaikan haji menaiki unta yang dipasang "HAUDAT" diatasnya. Haudat seumpama rumah kecil yang dipasang diatas unta untuk melindungi dari cahaya matahari dan panas terik padang pasir. Uwais tidak mampu menyediakan sedemikian rupa malah unta pun tak ada. Nak sewa pun tak mampu.

Ibunya semakin tua lalu ibunya berkata : "Anakku, ibu mungkin tidak lama lagi bersamamu, ikhtiarlah untuk ibu menunaikan ibadah haji".

Uwais mendapat satu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang dah habis menyusu. Dia membuat satu rumah kecik (pondok) diatas sebuah "TILAL"(tanah tinggi) untuk anak lembu.

Apa yang dilakukan oleh Uwais ialah, Setiap pagi mendukung anak lembu tersebut menuruni tilal untuk diberi makan dan sebelah petangnya dia mendukung anak lembu itu menaiki tilal untuk ke pondok lembu itu. Adakalanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit yang tempat lembunya makan.

Tabiat pelik Uwais menjadi buah mulut orang kampung, ada orang menyatakan dia dah gila sebab dukung anak lembu seberat 20kg. Buat rumah lembu atas bukit, pagi dukung lembu bagi makan, petang dukung balik rumah.

Tapi apa yang difikirkan oleh Uwais adalah berlainan. Ini adalah satu exercise untuknya. Anak lembu seberat 20kg, 5 bulan dia mendukung anak lembu tu, berat lembu tudah jadi 100kg. 100kg dia nagkat naik bukit, turun bukit, kacang mak labu jadinya.

sampai musim haji, dia mendukung ibunya dan dibelakangnya desertakan barang-barang keperluan seperti makanan dan pakaian.Dia memangku ibunya dari Yaman ke Mekah (lebih kurang 400km) dan dengan mendukung ibunya, dia melakukan, tawaf, saie, wakuf di arafah sehingga selesai haji.

Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya

IBU  : Uwais, apa yang kamu doakan semasa di depan Kaabah?
UWAIS : Aku mendoakan semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa ibu
IBU  :  Macam mana dengan dosa kamu?
UWAIS : Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk ke syurga, cukuplah dengan ibu redha dengan saya, dan saya juga akan masuk syurga.
IBU  :  Ibu nak kamu berdoa supaya Allah menghilangkan penyakit sopak kamu
UWAIS : Saya keberaan nak berdoa ibu, penyakit ini adalah kurniaan Allah, dan saya takut kalau saya tidak redha dengan pemberian Allah.
IBU  :  Kalau nak masuk ke syurga, taat pada perintah ibu dan ibu perintahkan untuk kamu berdoa.

Uwais tak ada jalan lain melainkan berdoa.

UWAIS : Ya Allah, seperti yang diharapkan oleh ibuku, sembuhkanlah penyakit sopak ini dan engkau tinggalkan sedikit supaya menjadi bukti bahawa aku pernak terkena panyakit ini.

Dengan izin Allah, penyakit sopak itu hilang dan seperti yang diminta oleh Uwais, Allah meninggalkan sedikit dibahagian tengkuknya dan dengan cara itulah Saidina Ali dan Saidina Umar boleh mengenali Uwais. Tanda itu telah diterangkan oleh Rasulullah SAW.

Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwais mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais pun mendoakan mereka berdua.

Khamis, 4 Ogos 2011

::. Ahlan wasahlan ya Ramadhan ::.

Apa makna Ramadhan?

Ramai yg tahu, siang posa, maghrib bukak posa, ptg ada bazar Ramadhan, malam ada terawikh, Subuh esok sahur, begitu..??

Cuba kita pikir tengok kenape Allah bg posa kat kita...

Allah x kan bag sesuatu tanpa asbab2 yg munasabah...
1)Posa dapat menjamin kesejaheraan dan kesihatan tubuh badan... contoh bg yg kaum2 nak mati cepat (yg isap rokok), waktu utk merokok sudah dipendekkan dan kalo ikut kajian saintifik, kadar toksik dalam badan seorang perokok akan berkurangan dalam tempoh 24jam dan boleh lg kurang bergantung kepada perokok.


2)Allah telah berfirman dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah (sapi betina) ayat183-184 yang bermaksud "Hai orang-orang yg beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 sebelum kamu mudah-mudahan agar kamu bertaqwa". Ni maksudnya posa tu wajib, jgn dok tinggal sesuka hati ja, kalo nak merasa naik van jenazah awal bleh la try tinggal posa..


3)Kalo kita tengok balik, mcm2 perkara berlaku dalam bulan Ramadan, cube ingat balik, kalo x ingat maknenye kompom korang failed pendidikan islam time sekolah du... baik repeat cepat2... Antara peristiwa yg berlaku time posa adalah, Peperangan Badar (x da kene mengena peperangan En Badar dgn isterinya), turunnya kitab (al-quran) (nuzul Quran), Islam membuka kota Makkah (10 Ramadhan), Syiar Islam sampai ke Yaman, Peristiwa perjalanan Rasulullah SAW ke Tabuk, Khalid Al-Walid meruntuhkan berhala Al-'Uzza (5 hari sebelum berakhirnya Ramadhan), Penyerahan Bandar Taif, Pembukaan Andalus (Sepanyol) (28 Ramadhan), Peperangan Zallaqah; Portugal, Tentera Islam mengalahkan Tentera Mongol, Peperangan Yakhliz, dan Tertawannya  Garis Bar Lev, Israel.


Banyak lagi kelebihan Ramadhan yg Allah sembunyikan daripada kita. Seperti contoh malam Al-Qadar (malam yang lebih baik dari seribu bulan). JAdi di bulan yang mulia ini, banyakkan amalan kepada Allah SWT dan mudah-mudahan kita akan mendapat ssesuatu diakhir Madrsah Ramadhan ini, sesuatu yang dikejari oelh orang2 yg beriman iaitu TAQWA....


*sumber peristiwa di bulan Ramadhan dipetik dari buku "Ramadan Tetamu Yang Dirindui" hasil karya Tuan Guru Abdul Hadi Awang




Ciput nak mampos :bhg 2...

RM360-RM50 = RM310.00

Beli barang dapur+makan hari tu dah habis RM50

Di Summit USJ......
tengah sedap jalan2 ngan member.... tiba2.......

gambar blur, nset murah je pun..
duit lg.....

RM310.00-RM30.00= RM280.00

Beli selipar RM15.00 lg RM15.00 wat makan utk tgh hari dan malam...

Esoknya........
Pegi Times Square teman kawan beli barang...

RM280.00-RM30.00=RM250.00

RM30.00 (makan, topap touch n go,topap clcom), dah habis RM 30

Jumaat minggu tu balik lg sambut birthday adik...

RM250.00-RM70.00=RM180.00

RM30.00 - tiket ETS
RM10.00 - makan kat KL Sentral
RM02.00 - tiket bus ke JJ Ipoh.
RM30.00 - Hadiah adik
RM8.00 -   Makan tgh hari

Dah habis RM70.00

Skang tinggal RM180.00
sempat la kot nak survive kat bandar urban ni....
tahan la dalam 3 minggu kot...


**********TAMAT KISAH PTPTIPU**************