Rabu, 5 Januari 2011

Cinta.... Boleh ke???


Cinta…. Ape maksudnye???.... dekat?? Sayang?? Boleh peluk2??? Cinta adalah satu perasaan yang ada di setiap hati umat manusia. Cinta beerti mendekatkan (dekat). Dekat dalam erti kata kenal antara satu sama lain. Maka benarlah kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”. Memang kita tak dapat lari dari diburu perasaan cinta. Cuma kita boleh mengawalnya. Cinta juga ada beberapa jenis. Pertama cinta yang dibaluti nafsu. Jenis ini orang yang hanya mengikut perintah daripada syaitan laknatullah. Kedua, jenis cinta yang dibaluti oleh naluri keimanan (IMAN). Harap kita tergolong dalam golongan yang kedua ini. Cinta yang dibaluti keimanan insyaAllah akan menjanjikan kebahagiaan dipenghujungnya.
Aku pernah ditanya soalan cepu mas oleh seorang member, “Shafiq, ngko tak penah couple ke”. Aku Cuma senyum je bila dia cakap macam tu. Aku jawab balik kat dia “kalo ngko couple dan sayang macam mana sekalipun dekat orang tu, ngko tetap akan berpisah juga dengan orang tu. Dan tak semestinya bila ngko bercouple, dia MESTI atau MEMANG menjadi hak milik ngko. Ajal maut dan jodoh pertemuan kat tangan Allah. Sekarang ni cuba kita tengok kat TV or astro (sapa yg ada je ek), saban hari kita mendengar tentang penceraian dalam kalangan artis mahupun VIP. Kenapa begini???
Renung balik, 1: mungkin ikatan mereka x direstui oleh orang tua mereka. 2: mungkin dibina dari hasil duit yang haram. 3: Tidak mengikut syariat semasa perkahwinan. Terjadinya penceraian kerana pelbagai aspek. Dan sebab utamanya adalah kurangnya perasaan cinta dalam prehubungan suami dan isteri terbabit.
So, Boleh ke remaja bercinta????... Tak salah asalkan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Menutup aurat, tidak berdua-duaan. Ada sesetengah pihak mendakwa mereka bercinta demi pelajaran mereka. “Ala kami bercinta sebab nak bersaing dalam pelajaran, x kan x boleh jugak”. Boleh, asalkan bila study tu jangan melalut kelain sudah. Lagi satu, time cinta perlu ke perkataan sayang dan perkataan ‘B’ tu… haa, yang tu aku tinggal kat hampa untuk hampa jawab… dah dapat, simpan dalam benak@otak masing2….-IKHWANULMUSLIM

“Mencari cinta sejati bukanlah terletak pada paras rupa, harta benda dan wang ringgit, tapi pandanglah pada ilmunya, amalnya, imannya dan untuk mencarinya, carilah dicelahan ilmu dan iman. InsyaAllah kamu akan menemui cinta sejatimu disitu-IKHWANULMUSLIM




"kalo ada tersilap pe2... sori la ek..."