Jumaat, 2 April 2010

Inikah GADIS Zaman Sekarang??

Salam....

kat sini aku cuma seorang blogger... memang aku ada kuasa(tapi dalam blog je la).. kat luar aku cuma insan biasa... x kuase nak tgor budak-budak nih...

Ayah aku(Seorang pendidik dan penceramah agama di daerah selama), memang mempunyai latar pendidikan agama yang kuat. Yela, ayah dia(tokwan aku) pun seorang ustaz... memang di daerah Serdang, sebut UST LATEH memang orang kenal....
yang aku nak bebelkan kat sini bukan hal pak aku, bukan tokwan aku... diaorang x dak kene mengena dalam penulisan aku ni...

Ayah aku(abah) ada sebuah rumah di Relau(Bukit 300kaki). Pada tahun 2005, pak aku buat keputusan tok sewakan rumah tu, ada la pasangan ni sewa rumah kami, x sampai setahun dia berpindah ke Kulim. Tak lama lepas tu, sebuah Badan Swasta (NGO) menyewa rumah kami untuk dijadikan pusat pemulihan akhlak. Raudhatus Sakinah namenye...

Bermula awal tahun 2006, mereka mula menduduki rumah kami, seramai 16 orang gadis-gadis yang 'terlanjur' ditempatkan disitu. Kalo tengok gadis-gadis tu memang lelaki-lelaki kat situ boleh 'cair' punyelah...

Aku sempat mendengar luahan seorang gadis dari penang... Zan(bukan nama sebenar), mengaku yang dia pernah ditiduri oleh ramai lelaki yang sebenarnya syaitan bertopengkan manusia...
Sewaktu dia bercerita(sebenarnya pak aku yang dengar, ni cuma ulang tayang)dia sarat mengandung seorang bayi lelaki. Sape bapaknye??? wallahua'lam..

Ini hanya pendapat aku je.....

Mungkin kejadian yang sebegini berlaku kerana kurangnya kasih syg dari parents. Atau mungkin dari jolokan nafsu. Atau mungkin gaya hidup sekarang.
Pemuda-pemudi sekarang terikut-ikut budaya barat. Barat menjajah pemikiran kita dengan 3S...

S: Sex
S: Song
S: Sports
Mungkin juga pergaulan bebas faktor utamanya... Lihat disekeliling anda...
Saban waktu kita mendengar kes buang bayi.. Dalam longkang,tong sampah,kaki lima. Yang hairannya, bile dah beranak tu, pandai pulak cari tempat yang orang boleh nampak, tangga masjid dan surau... ape kes ni...

Faktor kedua mungkin sikap remaja itu sendiri. Yela, baju adik yang berumur 4thn dipakainye.Ketat ya amat. Berbagai stail. Seksinye, tomboinye,rokoknye. Entahla...

yang gedik dengan cara gediknye, yang kasar,dengan cara kasarnye...
Ada satu kisah, aku sendiri mengalaminya:
Waktu tu aku pegi kedai tok fotostat bahan perbincangan kelas, dimana?(rahsia), ade seorang aweks ni pakai memang ala lelaki, masuk kedai, macam kedai pak die pulak, pastu main jerkah-jerkah kat owner kedai tu. Pastu slow je aku cakap kat die... kak, B******g pun tau hormat orang... die blah dengan muke merah padam..

Betul la cakap saudara muiz(Naqib di SIS dulu) "manusia ni makin lama makin pandai, makin kecik, dan makin kurang ajar"


Same-same kita fikirkan....

p/s: ada kes tangkap khalwat di Sg Dendang, bdk sekolah... kecoh beb

2 ulasan:

  1. Kalau dalam kes macam ni.Kita nak salah kan sapa?Aku kata salah kerajaan..

    BalasPadam
  2. salam...salah kerajaan tu tak dinafikan lagi!! hidup kamal!

    apa pun, penghayatan ilmu agama yang ada...walau sedikit, tapi kalao ada kesedaran mengamal dan menambah, insyaAllah... Barat cukup takut dengan kebangkitan generasi yang berpegang pada Al-Quran dan Sunnah..'candu masyarakat'...depa kata...

    yg kedua, usrah tunjang segalanya..mesti ikat diri dengan usrah...dan jamaah... hidup kotor dalam berjamaah lebih baik dari hidup bersih berseorangan..

    Wallahua'lam

    BalasPadam