Khamis, 3 Mac 2011

Manusia Yang Pekak.....

Minggu lepas aku balik ke Selama, rindu lak aku kat Selama tuh, suasana dia, pemandangan dia, tak berserabut macam kat KL nih (tetiap pagi jem memanjang). Aku amik keputusan nak balik ke KL hari Ahad, naik ETS kat Ipoh.

ni la ETS, KL-Ipoh kurang 2 jam (156 km/h)


Dalam kol 1430 aku sampai kat stesen Ketapi Ipoh. Dah lambat beb, kelam kabut la masuk tanye pasal tiket ETS tu. Sampai je kat kaunter, kak tu bagitau kat aku yang tiket untuk hari tu dah full. Ada pun sebelah malam je. Mau tak mau pak aku kene anta aku ke Tg Malim,(senang sikit hehe). Setelah 45 minit perjalanan dari KTM Ipoh (rembat 140km/h atas highway) sapai di Tg Malim, ape pun makan dulu la. Pukul 1750 baru train sampai. Nak ke KL Sentral kene transit kat Rawang dulu. Dari Tg Malim sampai Rawang, aku dapat tido dengan aman sekali. Lebih kurang dalam 30 minit, sampai ke Rawang. Kene transit kat rail no 1. Masuk je kat dalam train, aku dapat duduk depan sorang minah ni, muke cun tapi sayang, tak sempat beli baju gamaknye (rembat baju adik die yang umur 6 tahun tu). Sedang aku mencari line untuk sambung balik mimpi, aku nampak die dok belek2 blackberry dia tuh (stakat blackberry aku main baling kat beruk blakang umah aku je). Dah dapat line clear tok tido tuh, tibe2 aku dengar lagu yang x bape sedap didengar. Dah la tak sedap, kuat lak dipasangnya, macam sebatu duduknye (cam hampeh). Pak cik kat sebelah aku pun mengomel bukan2 (ntah ape dicarutkan x tau la). Sampai kat Stesen Rasa, sorang pakcik masuk, dok kat sebelah kiri aku, pakcik tu pun cuba mencari2 line untuk tidor gak tapi line die pun same macam aku gak, (kene hack ngan minah tu, potong stim tol). Pakciktu beralih arah kat sebelah minah tu dan pakcik tu cakap:

"anak ni pekak ke? kalo tak dengar, baik lekas jumpa doktor telinga, kang sayang lak, muke cantik, tapi pekak, jatuh saham beb"

*

*

selepas tu aku dapat tido dengan senang hati....
hahahahahahaha



nset aku ni lg best la.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan