Jumaat, 22 Februari 2019

.::Kembaraku Di Bumi Sabah::. (Part 3)


Bismillah...

Sebelum ni aku dah ceritakan macam mana hari kedua aku di Sabah. Hari kedua fullday tu memang dengan island hopping.

So hari ketiga bangun dengan semangat sekali. Alhamdulillah, sempat solat subuh. Lepas breakfast tu aku p dobi dulu, basuh baju yang pakai waktu p island hopping semalam. Senang skit tak dak la nak bawak baju basah2 tu. Belakang Halo Hostel tu ada kedai dobi self service 24jam. So tak risau la kalau korang terkincit dalam seluor ye... hehehehe..

Tepat jam 1 tengah hari, kereta sewa yang asalnya kami book tu dihantar. Tepat depan pintu hotel. So tak dak la nak terkejar2 p amik keta ye. Aku book keta proton saga 1.3 aje. Cukupla untuk bergerak selama 4 hari.

So hari ketiga ni aku ke 1 daerah yang memang terkenal di Sabah, dan memang trademark negeri Sabah, Iaitu Kundasang. Memang sejuk dan nyaman. Tapi perjalanan dia ambik masa dalam 50min ke 1 jam. Kalau korang kaki touge memang syok la layan korner Kundasang tu. Tapi jaga2 la, silap haribulan kena kitai ngan 4x4 sana ja. Laju oo depa.

So dalam perjalanan ke sana tempat pertama aku singgah adalah di Rumah Terbalik. Sebenarnya rumah ni adalah rumah persendirian. Sebab tu tak boleh nak snap gambo dalam umah tu. Kat situ bukan takat umah terbalik, keta pun terbalik. Hahahaha....

nah bukan aku nak tipu, kancil tu adik beradik spiderman, dipanggil kancilman...




Harga tiket masuk dalam RM30 dan kalau nak senang beli tiket 4 in 1 harga dia dalam RM45. 4 tempat tu adalah Rumah terbalik, Fish Spa, Ladang teh Ranau, Tugu peringatan Perang, so berbaloi la.

Oh ye, nak ke sana tu aku sewa keta, keta tu dihantar direct ke hotel, so tak payah korang nak terkinja-kinja cari merata hala mana keta sewa. Cuma duduk kat lobi hotel sambil pekena surya sebatang, dalam 20min sampai la keta sewa. Mudah kan.



keta Saga FLX, so ok la, minyak dalam RM50
So, lepas singgah rumah tunggang langgang tu, dalam 40min (maklumla bekas pemandu berhemah) sampaila kat kaki gunung kinabalu. Memang sejuk, best sangat lepak kat situ, cuma yang tak best dia banyak anjing... Anjirrr...


Yakinlah dijalan cinta itu, Tuhan sentiasa bersamamu

acah feel skit, sejuk sampai ke tumit tu... 

sama tinggi ooo dengan Gunung Kinabalu

So, dalam sejam setengah perjalanan, sampai la kat J Residen Hotel, Kundasang. Nak turun ke lobby hotel, masyarakat punya curam. Kalau adh sampai kat parking hotel, nak ke reception tu, na'uzubillah min zalik, macam naik gunung jerai penat dia. 

So far hotel dia menarik dan tenang sebab berpandangan Hutan, tapi lane tipon cegampang la. Memang tak dak line, wifi pun x dak. Dan parking pun tak banyak, kalau lewat tu nasib la parking atas atau block keta orang. Mandi? jangan cakap, sehari sekali, nak berak pun tahan.. sejuk weiii... suhu malam cecah 12degree celcius. Paling rendah 5degree..

So hari pertama sampai Kundasang tak kemana pun. Hanya ronda ronda pekan Kundasang ja. Malam tu sambil menikmati pemandangan hutan dalam keadaan sejuk, kena pulak neskepe panas ngan megi... perghhh.. what a life bebeh... so lepas kenyang tido la... (Tunggu result PRU lambat sangat)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan