.::TAHUN 2024 DALAM KENANGAN::.

OK, setel kan post aku pasal 2025, ni kira flashback balik je la untk tahun 2024. Tahun 2024 ni pun banyak jugak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Yang gembira pasti kita ingat la kan, Yang duka pun pasti tersemat di jiwa. Yang gembira tak pa kot, cukup aku kenang sendiri, paling dak aku bukak gallery phone je tengok sorang2.

Setiap manusia ada pengalaman suka duka. Untuk aku 2024 ni, banyak sungguh yang terjadi.


1. Selepas raya 2024, aku bertukar tempat kerja (masih lagi under ASP Medical) cuma aku tukar ke Construction Site dari Kilang Lumileds. Ada sebab yang aku mintak tukar. Mulanya asal nak resign, tp pikir balik, mana aku nak cekau duit bulan2 bayor moto Duacati aku ngan Rolls Royce aku kan, maklumlah Gaji B40, komitmen T20. 

Selepas negotiate ngan manager aku, aku ditukarkan ke tapak pembinaan, Pelican Project (Intel Bayan Lepas). Kira sub con under Exyte. Aku accept pertukaran ni, sebab nak cari pengalaman baru untuk kerjaya aku. Ya lah, hospital dah, Consultant dah, Theme Park (MAPS) dah, Kilang pun dah, construction ja x dpt lagi. So aku try. Position masih sama, CEO dgn gaji masih lg B40😆.

Time ni ada firedrill. Ni la team medic di Exyte


Masih lagi dalam bidang medical.

Pertukaran tempat kerja tu selepas raya Aidilfitri 2024.

Lepas tu biasa je la, teruskan kehidupan macam biasa je la. Alhamdlillah masih hidup sihat bersama keluarg, hehe.

2. Oktober 2024, tragedi Oktober bak kata Awie. Oktober memang aku ingat, sebab aku lahir bulan Oktober (yala kalau lahir takdak bulan, nak kira pakai apa? matahari?). 

Tapi Oktober 2024 tahun ni hari jadi aku akan lebih aku ingat sampai bila2, disebabkan oleh seorang sahabat aku ni, Muhammad Aidi Bin Ramlan.

Tatkala aku celebrate besday aku, pagi 30/10/2024, aku terbaca 1 posting di FB oleh isteri sahabat baik aku ni, yang dia telah kembali ke rahmatullah malam 29/10/2024 akibat kemalangan jalan raya. Aku tergamam. aku serumah dengan dia, sebilik dengan dia. Sempat 2 tahun serumah, pelbagai cerita, pengalaman yang kami kongsi. Berkongsi minat yang sama, main moto, ride. Dan pagi tu dapat berita yang dia dah tak dak. Aku rasa 1 kehilangan, berkali2 aku cuba call henpon dia yang aku nak tau, berita ni tak sahih. Dan bini dia yang jawab, mengesahkan berita tu.

Pagi besday aku tu, lepas balik kerja (shift malam), aku terus ke rumah dia di Serdang Kedah, tunggu jenazah sampai (Jenazah di post mortem di Hosp Alor Setar), kemalangan jadi kat highway Bandar Bharu. Disebabkan polis jadikan ni kes utama, perlu dibedah siasat oleh pakar forensik.

Aku sempat tengok wajah dia buat kali terakhir, yang paling aku sebak, bila anak dia yang umur 2 tahun, main tepi jenazah, cium dia, seolah2 ayah tu sedang tidur. Aku memang menangis time tu. Aku tunggu sampai la solat jenazah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Serdang Kedah.


Al Fatihah buat sahabatku Aidi Ramlan

.


3. Melepaskan untuk yang lebih baik.

Macam yang sedia maklum, (sapa x tau lantak le), aku kan peminat kereta lama. Dan aku ada la sebuah keta lama, Toyota LE (AE80). Model ni dari zaman pak aku pakai sampai la aku pakai, memang aku minat. Sebab bentuk dia berkotak dan evergreen. Kalau bela elok2, cantik beb. Bab nak maintainance dia, jangan cakap murah. Memang murah, cuma bab aksesori, bodypart, nak dapat tu memang bertumbuk dulu la. Kena plak bodypart GT82, Levin, ada krom plak, memang lagi dapat sambutan.

Ya, aku ada sebijik, AE80, (sebenarnya ni body yang ke 3), Body 1, PBC 2654, tu keta warisan, tp malangnya tak dapat diselamatkan sebabnya, bumbung potong (owner lama sebelum pak aku, pakcik tu eksiden dan dia salin bumbung baru, dia p potong bumbung), jadi keta tu x lepas puspakom. Dalam masa yang sama jugak, chasis dia teruk karat. Nak buat balik memang makan modal tinggi, aku plak gaji B40, memang idok le nak buat balik. Body no 2, aku beli body kosong, dengan harapan salin barang2 PBC 2654 tu ke body baru, tapi modal sangkut. Sadai punya lama last2 dua2 jahanam. Tiba2 muncul yang ke tiga, ada orang nak jual, aku beli dengan harga RM5k dah siap jajan. sapu la, memang cuci kaki.

Beli tahun 2018, sempat la melaram, sempat la masuk autoshow, pastu Lockdown. Bermula sejarah hitam kereta ni. Tersadai kat kampung sampai berlumut. Tahun 2021 aku towing ke bengkel utk repair dan sadai pulak di bengkel sebab poket kering, haha. Tahun 2023, aku towing balik ke rumah selepas selesai repair (tapi banyak benda jugak kena buat balik), pakai mana ada dulu la.

Tahun 2024, Disember. Setelah hampir setahun kat umah aku, keta jarang jalan, aku amik keputusan untuk let go. Dari rosak saja, baik jual bg kat org yang betul2 main LE ni. Dan akhirnya dia dipinang semula oleh tuan lama dia. Alhamdulillah. Dan aku dengar cerita keta ni memang banyak sejarah kat litar lumba. Dan dengar cerita lagi, keta ni on progress nak masuk track semula. Tunggu aje la. Maka keta tu terjual dengan harga RM3k. Aku letak harga rendah sebab time tu ekon ngan cat x berapa cantik.

Oh ya, lg 1, kuda besi aku, FZ baru tu, aku jual jugak, enjin jem tgh waktu balik nak bukak posa. Sadai dekat 4 bulan last2 jual la. Ada seorang hamba Allah ni dari Sg Buloh memang dia beli FZ yang rosak untuk restore. SO aku jual la dengan harga RM1.5k. Jual beberapa minggu sebelum keta LE aku terjual. Saja kurangkan komitmen nak bayaq roadtax. Skang ni bela 1 kuda besi, 1 keta, setel....

SO itulah tahun 2024 yang bg aku, aku akan ingat sampai bila2. Moga tahun 2025 ni akan ada sinar baru, in shaa Allah. Rezki tak tau bila sampai kan, kita usaha ja dlu. In shaa Allah, akan dapat kalau usaha.


Dalaman dia masih cantik dan yg penting, semua ori Japan

Berhabuk+bersawang dah keta ni


bentuk kotak yang sentiasa evergreen


-1 perjalanan akan menjadi 1000 kenangan dan menjadi sejuta ingatan-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ukays: Kau satu satuNYA.

Damasutra: Asyik

::.SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK::.