::.Sebalik lagu dan realiti doa, Terjawabnya persoalan diriku.::
Kalau korang semua pernah baca post aku sebelum ni, aku pernah post pasal 1 lagu. Yang lagu ni memang aku dok dengaq dari kecik lagi. Zaman sekolah rendah, sekolah menengah, zaman kaset sampai la zaman digital. Masih aku dengaq dan aku suka lagu ni. Lagu Ukays - Kau satu satunya, Saari Amri penulis lirik dia.
Selama ni aku dok rungkai maksud lagu-lagu berpuitis ni. Zaman dulu punya lagu, ada 'roh' nya tersendiri. Kalau nak list kat sini banyak la. Tapi aku listkan jugak sebab nak bagi posting ni nampak panjang, hehehehe. Antara lagu yang aku dengar dan memang bermaksud mendalam:
1. Padamkan lampu tidurmu - Wings
2. Monggol dah pulang - Kisah sejarah Empayar A'basiah - XPDC
3. Lagu2 dari kumpulan Damasutra
4.Bila Diri Disayangi - Ukays
5. Kita akan dijemput - Ukays
6. Suaramu Syairku - Apak Khalifah
7. Rendang tak berbuah - Hattan
8. Raja Simurgh - Kmy Kmo
9. Ku di halaman rindu - Lefthanded
10.... eh banyak pulak nak list, ampa cari la sendiri dalam youtube, bersepah lagu2 dulu dan berunsur kerohanian.
Terjawab soalan diriku:
Ceritanya, biasalah hujung2 bulan ni, sesak dia sampai scammer pun segan nak scam dari akaun bank aku, hahaha. Dalam kekalutan tu, hadirlah satu bantuan. Yang bantuan tu sebenarnya untuk isteri aku dan anak aku ke KL nanti. Dalam kebuntuan tu, aku doa, bagi ada modal cukup sampai hujung minggu ni ja, sebab dah nak gaji.
Asalnya dari harga tiket ETS:
Bantuan tu untuk beli tiket sebenarnya, jadi aku bookinglah tiket. Nak dijadikan cerita, harga tiket bukan harga yang dalam online tu. Harganya lebih rendah dan adalah lebihan. Kira punya kira ckup untuk aku n family survive sampai gaji nanti in shaa Allah.
Jadi doa yang aku mintak tu, terjawab, tapi dalam benak fikiran aku menyoal, sampai bila nak macam ni, cukup ke macam ni? masa tu atas moto, aku ni jenis atas moto akan dengaq lagu atau dengaq ceramah ust Ibnu Rijal (ni recommended, banyak fakta sejarah tanah melayu, empayar islam, fakta sejarah dunia, sirah para nabi yang dia certitakan, nanti aku buat post pasal ust ni pulak, memang best). Tengah2 diri aku menyoal soalan tu, dalam masa yang sama, terputar lagu Bila Diri Disayangi. Dan kat situ aku tersentak, Allah bagi jawapan dalam lagu yang aku minat selama ni.
Tiada batasan waktuTiada tempatmu tertentuDi gunung, di lembah, di darat, di airSiapa pun hamba, keikhlasan doaKeagungan kasih merubah takdir
Apa yang aku ragukan, dijawab dalam lirik ni. Siapa pun kita, memang akan diuji, dan kita ni masih taraf hamba. Yang penting DOA. KeagunganNya merubah takdir manusia.
Bila kusedari diri disayangiLangkah kaki ini semakin beraniBila terkeliru kuucap namamuTerasa diriku kembali dipandu
Ya dalam soalan tu, aku keliru. Keliru apa yang Dia nak tuliskan untuk aku. Benarlah sabda Rasulullah.
فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ: كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ
“Jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang dia jadikan untuk mendengar, dan pandangannya yang dia jadikan untuk memandang, dan tangannya yang dia jadikan untuk memukul, dan kakinya yang dijadikannya untuk berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku niscaya akan Aku beri, jika dia meminta perlindungan kepada-Ku niscaya akan aku lindungi.”([HR. Bukhari No. 6502])
Lepas lirik lagu tu, lagi sekali hati aku tertikam. (Hadis ni aku pernah terbaca dalam satu buku, tak ingat buku apa, tapi yang ni aku kopipes gugel je la)
Kita hidup ni dalam Pentas Lakonan, Pengarahnya adalah DIA. Dia akan pandu, tunjuk, arah untuk kita buat apa.
Selama ni aku dok kaji makna lirik, rupanya sekali rupanya lirik tu tuju kat aku.
-Maha Suci Allah-
-Salam Maulidur Rasul 1448 (25 Ogos 2026)
Ulasan
Catat Ulasan