Sabtu, 5 Jun 2010

Dimanakah kita??.........

Alhamdulillah.... dah berape bulan dah aku tak pedulikan blog ni... agak sibuk kebelakangan ni, nak uruskan kemasukan ke universiti lagi, balik kampung lagi... banyak kerja yang nak diuruskan. Temgah-tengah dok kalut tu, paklang aku panggil aku untuk kursus dengan pihak Risda. Semua free, tidor kat hotel plak tuh. Dapat melancong lagi. Tapi bukanlah kegembiraan itu yang nak aku kongsikan.

Program yang aku pegi tu berrtajuk Galakan Belia Ke Bidang Pertanian. Banyak ilmu yang aku timba dari kursus tu. Betulla orang tua-tua cakap, jauh berjalan luas pandangan(ilmu). Sepanjang 4hari 3malam di Port Dickson, aku didedahkan dengan ilmu-ilmu perniagaan. Boleh katakan aku dan beberapa orang lagi antara yang termuda. Tutor yang mengajar kami merupakan seorang cina muallaf, Puan Aisyah dan suaminya, En Baharom.

Sewaktu kali pertama dia masuk ke kelas, aku hairan, 'cina ke yang ngajor, igtkan melayu'. Tetapi pandangan aku teralih apabila dia memberi salam dan menyambut kami umpama dia menyambut kepulangan anak-anaknya.

Dia mengajar kami tentang cara-cara untuk membuat pinjaman dengan pihak bank dan cara-cara untuk 'berperang' dengan pihak bank. Memang tak dinafikan, ramai orang melayu yang terkandas dalam perniagaan akibat tertipu dengan 'mainan' pihak bank.

Dia juga menunjuk beberapa slide show yang menunjukkan beberapa usahawan melayu yang telah berjaya dibawah bimbingannya. Saya masih ingat kata-kata Puan Aisyah, "kalau kamu tidak tolong diri kamu sendiri, saya tak boleh buat apa-apa, kalau kamu malas, itu berpunca dari kamu, saya tak bolah nak tolong", itulah kata-kata puan Aisyah yang masih segar diingatan.

Bayangkan... seorang cina, muallaf, tapi persoalkan nasib orang melayu. saya tak kata itu menimbulkan provokasi, tetapi dimana orang melayu, yang berjanji untuk menolong bangsanya?, kenyang dengan rezkinya sendiri, sedangkan dalamnya ada hak orang lain yang dia tak tunaikan.

Bayangkan orang cina boleh mintak pinjaman di bank sehingga jutaan ringgit tanpa sebarang proposal... tetapi orang melayu, nak pinjam di bank RM10,000 bank tetapkan kene buat proposal macam buat exsignment. Nampak sangat orang melayu tidak percaya kepada bangsa sendiri.

Dimanakah kita? takkan kita merempat dibumi bertuah ni? sanggup dipijak oleh bangsa lain kerana kemalasan kita, tidak amanah kita, rasuah yang tidak ada penghujungnya. Sapa dalangnya.... Kita!!!!! Melayu!!! Agama Islam!!!

Memang saya terkilan kerana orang cina sendiri yang ambil berat golongan bumiputera. Memang benar kata sahabat saya " sedar tak yang kita sekarang ini berada di third class?? kita sengaja yang letakkan bangsa kita kepada third class, bukan bangsa lain" itulah kata-kata yang sampai sekarang saya terfikir.... Dimanakah Kita(Orang Melayu)

Apabila balik, tutor kami masih keep in touch dengan kami... memberi semangat kepada kami untuk terus maju, julangkan bangsa kami sendiri.... itulah minded orang cina, sentiasa berfikir untuk menolong orang... Sebab itu kita dapat lihat, orang cina kewangan mereka kukuh, perniagaan mereka maju kerana dibantu oleh bangsa sendiri...
tapi macam mana minded kita... fikir-fikirkanlah.
Orang melayu, tak boleh tengok orang berjaya pun, nanti adalah yang tak kenanya, santau,ugut dan bermacam lagi. Mungkin inilah minded kelas ketiga yang sahabat aku terangkan...

Dimanakah Kita,
Bersama kita renung-renungkan...

-khalifah 10-
Ezam,Shafiq,Firdaus dan Joe...





Bersama Pn Aisyah dan En Baharom

1 ulasan:

  1. tak tau la pa nak jadi dengan orang melayu ni syafiq oii.kita la yang patut berusaha untuk mengubah keadaan.ya, atas diri kita.Mula2 kena start dengan mengaji bagi pandai2 dulu, pastu baru boleh pikiaq bab tinggi lagi.betul tak??

    BalasPadam