Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

::. SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA PUTERIKU.::

Imej
 Wahai puteriku, waktu di hari pertama kehadiranmu di dalam rahim, abi sujud kegembiraan. Kedatanganmu dinanti oleh setiap pasangan di dunia ini. Allah berikan satu lagi tanggungjawab besar untuk menjagamu. Wahai puteriku, Sewaktu umi mengandungkanmu, berbagai dugaan dihadapi oleh umi. Tapi umi tetap kuat demimu dalam kandungannya. Wahai anakku, Saat2 kelahiranmu, abi tak dapat menemani umi dalam dewan bersalin, atas faktor wabak penyakit Covid-19. Namun kedatanganmu dinantikan dengan penuh kesabaran. Semua tertanya tanya, bila kamu akan keluar wahai anak. Tokma dan Tok abah, tak senang duduk menantikan cucu sulung mereka. Jam 10 malam, 29hb Disember 2021, bersamaan 24 Jamadilawal 1443 hijrah, lahirlah kamu ke dunia ini. Abi dapat berita kelahiranmu pada jam 2pg setelah umi dibenarkan keluar dari dewan bersalin. Wahai anakku, Hari pertama kelahiranmu, abi mengazankanmu, iqamah, dan mengucupmu buat kali pertama dengan perasaan sebak. Ya itulah pengalaman pertama seorang ayah sewaktu...

Aku Mai Lagi...

Imej
 Hai, assalamualaikum. Lama tak post kat blog ni, bukan apa, laptop rosak sebenaqnya, ni pun pakai laptop subsidi kilang. boleh la nak membebel skit2 sementara tak bizi. Sebelum ni aku dah explain kan aku dah menikah. Jadi rasanya blog ni jadi macam diari aku dah rasanya. Tapi bukan diari harian, tapi diari ikut suka aku bila nak post, hahaha, kau panas kenapa, blog aku ikut suka aku la. Hahaha Apapun, moga kita semua sihat2 dalam rahmatNya. Ya btoi, 21 MAC 2020, aku diijabkabulkan dgn seorang wanita. Wanita yang aku kenal hati budinya, baik keturunannya, baik perilakunya, hemat agamanya. Nama wanita itu adalah Nur Syamimi Kamilah. Secantik namanya sindah akhlaknya. Alhamdulillah, 3 tahun kenal, dari zaman aku kerja di KL sebagai consultant. Cabaran LDR? ya memang tak dinafikan, banyak halangan, soal hati, tapi yang utama sabaq dan doa. Kira nak rindu ja semayang tak buat apa woi, Solat, doa moga hubungan dijaga. Hang jaga Allah, Allah jaga hubungan. Tak kira la Long Distance Relat...