Khamis, 29 Disember 2022

::. SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA PUTERIKU.::

 Wahai puteriku,

waktu di hari pertama kehadiranmu di dalam rahim, abi sujud kegembiraan. Kedatanganmu dinanti oleh setiap pasangan di dunia ini. Allah berikan satu lagi tanggungjawab besar untuk menjagamu.


Wahai puteriku,

Sewaktu umi mengandungkanmu, berbagai dugaan dihadapi oleh umi. Tapi umi tetap kuat demimu dalam kandungannya.


Wahai anakku,

Saat2 kelahiranmu, abi tak dapat menemani umi dalam dewan bersalin, atas faktor wabak penyakit Covid-19. Namun kedatanganmu dinantikan dengan penuh kesabaran. Semua tertanya tanya, bila kamu akan keluar wahai anak. Tokma dan Tok abah, tak senang duduk menantikan cucu sulung mereka. Jam 10 malam, 29hb Disember 2021, bersamaan 24 Jamadilawal 1443 hijrah, lahirlah kamu ke dunia ini. Abi dapat berita kelahiranmu pada jam 2pg setelah umi dibenarkan keluar dari dewan bersalin.


Wahai anakku,

Hari pertama kelahiranmu, abi mengazankanmu, iqamah, dan mengucupmu buat kali pertama dengan perasaan sebak. Ya itulah pengalaman pertama seorang ayah sewaktu menerima anak mereka buat kali pertama di dunia ini. Sewaktu mendukungmu abi kekok memegangmu walaupun dah beratus bayi abi pegang, dah berpuluh bayi abi sambut sewaktu abi dalam tugas sebagai jururawat. Tapi memegangmu, terasa kekok sekali.


Wahai puteriku, 

Selepas itu kehidupan abi berubah. Dari seorang lelaki ke sorang bapa. Di waktu2 malam menguruskanmu, melindungimu dari bahaya, selalu memikirkan masa depanmu. Abi kena berusaha kuat untukmu dan keluarga abi.


Wahai anakku,

kehadiran dalam rumah penuh seri. Dari keletahmu buat umi abi tertawa. Kadang hadir juga perasaan dalam hati geram dengan sikapmu, tapi itulah pelajaran buat kami dan ilmu buat kamu. Sehari demi sehari abi umi dapat lihat keletahmu, dapat lihat akalmu.


Wahai anakku,

umi abi dapat lihat tumbesaranmu di depan mata kami, dari mula2 lahirmu, meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Senyummu berbekas di hati kami. Itulah senyuman terindah yang pernah kami lihat.


Wahai puteriku,

Jerih penat umi tiap hari menjagamu, itu tak terbalas jasanya. Di waktu malamnya tak lena menjagamu, di waktu siangnya tak lekang denganmu. Besar pengorbananmu sayang. Aku sendiri tak terbalas jasamu. Apabila bessarmu nanti wahai anak, jangan dehaka pada syurgamu itu wahai anak. Kami doakan moga kau menjadi anak yang solehah, Menjadi seorang berilmu ukhrawi dan duniawi.


Wahai putriku,

Selamat ulang tahun buat yang pertama wahai anakku, umi abi doakan moga dikau terus sihat, menjadi anak yang solehah, taat perintah tuhan, umi abi. Tanggungjawab umi abi sangat besar dalam mendidikmu di dunia mencabar ini. 


Wahai Nur Najibatul Huda,

Namamu seindah akalmu, Cahaya Kecerdikan Petunjuk. Alhamdulillah namamu diberikan seorang orang yang alim lagi soleh, Tuan Guru Sheikh Zainul Asri. In shaa Allah berkat doa alim dan seorang ulama, moga terus menerus mengalir padamu wahai anak.


Wahai Huda,

Coretan ini abi nukilkan untuk tatapan masa depan semua. Menjadi satu diari hidup abi yang bermakna. Cepatnya dikau membesar wahai anak. Saatnya abi terasa baru semalam dikau lahir. In Shaa Allah, selagi hayat abi ada, abi akan berusaha melindungimu, melindungi umi, melindungi keluarga kita. Dikaulah penyeri wahai anakku.


Selamat Ulang Tahun Nur Najibatul Huda.


saat2 awal dikau lahir


dulu Huda rajin tegur orang


sewaktu percutian pertama Huda ke Melaka


Time ni hantaq maksu balik UMT

Raya pertama kita bertiga, 2022


Umi Abi suka berjalan, Huda suka tengok tempat orang. Bukit Tinggi resort




Taman Tasik Taiping, waktu ni banyak akal dah ni

Abi rindukan senyumanmu Huda

Huda memang suka senyum

Time ni Huda tumbuh gigi sulung, Huda demam hampir seminggu


Time ni Tokma, Tokabah, Maksu datang melawat Huda buat kali pertama

Cepatnya kau membesar wahai anak.

Huda, inilah keluarga kecil kita. In Shaa Allah kedepan ada rezki Huda ada adik kot, hehehe



::. BARAKALLAH FII UMRIK WAHAI ANAKKU SAYANG.::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan