::.SELAMAT BERSARA UMIKU USTAZAH ROSMAH.::

Sebagai seorang yang bekerjaya, tak kira apa jua bidang, akan hadap 1 titik akhir dalam karier, iaitu bersara. Dalam sektor kerajaan khususnya perguruan akan hadapi hari persaraan dari dunia sekolah. Dan umi aku salah seorang yang sempat merasa hari tu.

Setelah 32 tahun berkhidmat sebagai seorang guru, akhirnya bulan 3 2023 umi aku dah tamat perkhidmatannya sebagai seorang guru. Dan sudah semestinya ada majlis perpisahan. Dah nama pun bersara bukannya naik pangkat.

Aku cerita sikit la detail umi aku, sebagai kenangan, yalah aku tau blog aku ni pun bukan sapa2 singgah pun, sekadar jadi tempat bercerita untuk aku. Mungkin akan jadi 1 kenangan untuk keluarga aku.

Bermulanya kisah:

Terima pengajian awal di peringkat tertinggi di Maktab Perguruan Islam (kat sini la umi aku jumpak abah aku). Selepas kawin, depa ditukarkan ke Sabah (Pulau Gaya) sebab tu aku beranak kat sana. Aku IC sabah ok, cuma x reti nak berdialek Sabah. Takat nak kecek sikit2 boleh la boh.

Ok, lepas dari Sabah, depa dapat tukar ke semenanjung. Time tu abah aku amik keputusan untuk sambung belajar ke peringkat Degree (tak silap aku la) sebab abah aku sempat grad tahun 2000 tak silap aku. Master dia jangan tanya, sampai skang thesis dia x siap2 lagi, hahaha.

Ok, depa dapat tukaq ke Sememanjung dan umi aku bertugas di SK Chukai, Kemaman. Balik ke tanah air dia, Terengganu. Berkhidmat di situ dalam 3 tahun rasanya sebelum ditukarkan sekali lagi ke Selama Perak (time ni ikut abah aku ke Kedah, Selama Perak tu dekat dengan Serdang Kedah, kampung abah aku). Time aku di Kemaman tu la aku tadika kat sana, Tadika Kemas Kampung Mak Chili. Dan yang aku igt pindah ke Selama Perak dalam tahun 2000

Dan dengan perpindahan tu, umi aku bertugas di SK Tebing Tinggi (aku dan adik aku bersekolah yang sama dengan mak aku, jadi jangan tanya la kenapa perangai aku malaikat kat sekolah, hahaha). SKTT antara sekolah yang paling lama mak aku berkhidmat, dari tahun 2000 sampai 2017 rasanya ni aku x berapa ingat sampai tahun berapa.

Dah lama kat SKTT, dalam sistem pendidikan negara kita, guru yang gred tinggi ni akan bertukar tempat kerja, selari dengan pangkat dan gaji. Jai umi aku ditukarkan ke SK Toh Ratna Sakti sebagai guru hal ehwal murid (PK HEM). Bertugas kat situ rasanya dalam 3 tahun. Pelbagai pengalaman suka duka pahit manis yang dia lalui di situ.

Lepas dari tu ditukarkan pulak ke SK Redang Panjang, Jalan ke Lata Tebing Tinggi, Selama. Kat situ sebagai PK KOKO (koko ni bukan yang adudu dok curi dari tok aba tu ye, ni KOKORIKULUM). Dan kat situ umi aku berkhidmat dalam 4 tahun rasanya. Sori la aku x igt tempoh masa yang umi aku bertugas. Tapi tempoh masa lebih kurang tu la.

Dah berhempas pulas, 32 tahun berkhidmat, pelbagai ilmu, pengalaman, kenangan pahit suka duka, kenangan manis yang dirasa, saat yang ditunggu adalah untuk bersara. Umi aku diraikan dgn penuh hormat dan majlis persaraan dia cukup hebat yang pihak sekolah aturkan.

Selamat bersara umi, selamat berehat umi, Shafiq dan Kinah dah tgok umi terkejar2 uruskan sekolah, siang malam siapkan kerja untuk sekolah, berbakti untuk anak bangsa kita. Kini masanya untuk umi berehat.

Moga pengorbanan umi dan abah dalam dunia pendidikan dapat ganjaran yang hebat. Hanya Allah mampu membalasnya.




Majlis persaraan umi yang diadakan di sekolah. Waktu ni bulan posa.








Selamat bersara umi, dah jangan kusut kepala pasal sekolah dah. Bleh jalan2





Lepas2 pencen, tau2 sampai Acheh dah, sakan umi abah aku berjalan.





Umi Abah, terima kasih atas jasamu dalam dunia pendidikan, mendidik Shafiq Sakinah dan anak bangsa bg jadi manusia berguna. Nikmatilah hari persaraan umi abah.



-Antara manusia yang disenangi ramai, datangnya dirai dan perginya ditangisi-

::.TERIMA KASIH GURUKU::.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ukays: Kau satu satuNYA.

Damasutra: Asyik

.::Segalanya Rezki dariNYA::.