::.RAYA 2024.::

 Minal aidil wal faizin.


Alhamdulillah selesai raya 2024. Dah sebulan habis raya aku baru nak up post, hahaha. Lantak la, page aku, sapa nak kesah kan.

Tahun ni raya turn belah family bini aku. Yang syoknya sebab family bini aku ni ramai, yelah aku kan selalunya raya berempat ja, family aku kan kecik ja. Tapi kecik pun syukur sebab dulu time raya selalunya akan balik kampung umi aku di Terengganu. Sebab tu family aku ni jenis berjalan, tapi kadang tu depa punya plan last minit.

Raya 2024 kali ni semua family belah bini aku raya di Manjung. Sewa homestay kat sana 3 hari dan semua berkumpul kat sana. So dah nama pun raya kan, macam2 la aktiviti kat sana. Raya tahun ni aku cuti memang lama, seminggu. Raya lepas ni tak tau la, dah aku pun bertukar tempat keja, jadual keja pun berubah. Silap2 nak raya kena ikut giliran. Tapi takpala, janji boleh bersama keluarga.

Sebenarnya makna raya bagi kita ni apa dia? Hadap jalan jem ka? kumpul adik beradik ramai2 ka? duit raya ka? sebenarnya kegembiraan tu, itulah fitrah manusia. Aidilfitri tu meraikan kemenangan, dan bila menang opkos la hepi kan. Jarang la orang yang menang tu sedih, melainkan dia menang dengan tipu atau kelepet orang lain. Jadi kegembiraan tu la yang dicari. Tapi balik kampung tu wajib ka?

Balik kampung tu tak wajib, yang harusnya ziarah mak ayah kalau masih ada, ziarah sanak saudara kalau masih ada, ziarah rakan2 kalau masih ada. Jauh takpa, janji ikatan ukhuwah tu x terputus.

Tahun ni jugak raya macam2 pesen ada. Ada yang kluaq lagu raya viral. Ada yang lagu jadi kecaman (hat tu memang kena mintak maki). Cukup2 la, raya ikut kemampuan dan kembali kepada fitrah asal kita. Ni dak lagu merapu2, kena kecam mula nyorok bawah ketiak bini.

Sementara masih ada ruang dan peluang, raya tu kita raikan dengan cara termampu. Bukan dengan cara nak cari mampus.


Ni time kat Rockbound, time ni dok tunggu time nak masuk homestay




Haish la budak kecik ni, geram sungguh



Raya kedua, ramai2 amik gambaq di studio


Ada banyak lagi gambaq, tapi x dan nak transfer. Nanti la kalau dan aku cari la.

-Sesuci Fitrah asal manusia-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ukays: Kau satu satuNYA.

Damasutra: Asyik

.::Segalanya Rezki dariNYA::.