.::TAHUN 2024 DALAM KENANGAN::.

OK, setel kan post aku pasal 2025, ni kira flashback balik je la untk tahun 2024. Tahun 2024 ni pun banyak jugak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Yang gembira pasti kita ingat la kan, Yang duka pun pasti tersemat di jiwa. Yang gembira tak pa kot, cukup aku kenang sendiri, paling dak aku bukak gallery phone je tengok sorang2. Setiap manusia ada pengalaman suka duka. Untuk aku 2024 ni, banyak sungguh yang terjadi. 1. Selepas raya 2024, aku bertukar tempat kerja (masih lagi under ASP Medical) cuma aku tukar ke Construction Site dari Kilang Lumileds. Ada sebab yang aku mintak tukar. Mulanya asal nak resign, tp pikir balik, mana aku nak cekau duit bulan2 bayor moto Duacati aku ngan Rolls Royce aku kan, maklumlah Gaji B40, komitmen T20. Selepas negotiate ngan manager aku, aku ditukarkan ke tapak pembinaan, Pelican Project (Intel Bayan Lepas). Kira sub con under Exyte. Aku accept pertukaran ni, sebab nak cari pengalaman baru untuk kerjaya aku. Ya lah, hospital dah, Consultant dah,...