.::TRIP TO MEDAN::.

Jauh berjalan, luas pengalaman.

Jadinya, untuk tahun 2025 ni awal2 dah start berjalan dah, hehe. 8 Jan 2025 - 11 Jan 2025, aku n family aku ke Medan, Indonesia. Saja ja jalan2 1 family. Lagipun family aku lama tak jalan2 sekali. Yalah, adik aku dok jauh, Terengganu. Aku plak siang malam keja. Kadang2 ja balik ke Selama. 

Asalnya aku x tau pun plan ni. Tau2 adik aku call ja habaq kata jom p Medan. Simpan duit p sana. So struggle la jugak cari modal, hahaha. Kalau time bujang dlu sebut ja, onzz, skang dah ada anak bini, kena bwak la, tak bawak karang, mau aku tidoq luaq seminggu, hehe.

Plan dia semua adik aku yang buat. Aku cuma bayaq ja untuk duit tourguide. Tourguide yang kami pakai dari company PocketTrip. Segala tentatif depa yang buat, hotel depa book, siap keta ngan driver tolong bawak. So kita p cuci kaki tangan mulut, ketiak dan tumit ja.

Itinerary Trip Santai
4 Days 3 Nights
Cust : Farizul & Family
Crew : Mursyid & Agung
Pick up : (9.35am) Kualanamu International Airport 
Drop off : (11.30)Kualanamu International 

Day 1 
- Pick Up airport
- Breakfast on the way Berastagi
- Tahura Pasar buah
- Penatapan view
- ⁠lunch
- sarune cafe (lavender & sinabung view) gunung berapi yg masih aktif 
- Check in Sapo Rumbia Hotel
- ⁠dinner 
- Chill & Relax

Day 2 
- Check out & Breakfast
- Sipiso-piso waterfall
- ⁠paepira lake side
- way to samosir
- ⁠lunch
- Tele
- pangururan & solat di masjid pangururan
- ⁠dinner
- Check In Hotel ( D Flo homestay) 

Day 3
- Breakfast at pangururan
- holbung hill
- efrata waterfall
- tomok market
- batak museum
- cruise parapat ( ferry 13.45) 
- ⁠lunch
- sidamanik tea garden
- Bahdamanik 
- way to medan
- ⁠dinner
- check in Madani Hotel

Day 4
- Medan City tour
- Maimun palace
- Mesjid raya
- lunch at resto simpang tiga mongosidi
- medan souvenier (zulaikha, meranti, amanda) 
- Eiger store setia budi medan
- drop airport


Jadi, apa yang perlu prepare?

opkos la passport, apa igt doremon ka boleh p mana2 negara x dak passport. Kalau boleh aku pun nak. Jadinya aku perlu renew passport aku yang dah expired (last aku p Uganda makan char kuey teow kat sana. P balik hari plak tu, bestkan kena tipu😆😆)

Apa lagi perlu prepare? opkos duit la. P jalan x dak duit nak makan apa? pasiaq?. P tukaq duit RM500 dapat la Rp1.7juta. Kau bayangkan aku kat Malaysia ni nak dapat 10k pun payah, sana senang2 ja aku jadi jutawan. Apadahal, aku sarapan kat sana pun 1 family 200k, kat Malaysia sarapan kat kedai mamak roti telur 2, teh ais 1, RM20, bertumbuk aku dengan mamak tu, hahaha.

Ok dah setel tukar duit, aku ngan bini aku prepare la skit2 barang, macam power plug adapter (Indonesia pakai charger 2 pin), kasut bertutup, pastu ada lg la barang2 lain. Oh ya, kami p buat macam backpack ja, senang. So perlu diingatkan, utk masuk bag dalam kabin air asia, perlu 7 kg sahaja, lebih dari tu pilot tu terajang ampa kluaq kot tingkap sat lagi😆. (kalu lebih kena bayar on the spot, mahal, jadi kalau rasa lebih, boleh pakai apps Air Asia utk amik luggage, atau beli terus waktu beli tiket)

Lepas dari tu, prepare parking untuk keta. Kat mana nak parking yang selamat n murah. Macam aku tak pa, aku pakai heli, park atas bumbung airport Penang, hahaha.

Hari Bertolak:

Jadual flight aku dalam jam 9.30 pagi. So check in awal pakai apps senang. Tapi aku p kat airport awal pagi la, sebab malas nak bersesak2. Tambah2 Penang pagi2 jem dia boleh berzikir sampai jadi wali ooo.


 

Alhamdulillah dapat travel 1 family kecil Radhisma ke negara orang



Jarak Penang ke Kualanamu (Medan) tak lama mana pun, 45min ja dari Penang airport. Aku syak pilot tu bawak laju la, sebab 45min ja penang-medan, aku p KL dari Penang pun 4 jam. Kebas jubo. 4 jam tu pun kena jugak saman speedtrap kat terowong menora, antu btoi la. Pilot ni mesti banyak saman AES kan😂.


sewaktu dalam flight




Ni first time budak kecik ni terbang, aku risau jugak kot sat lagi dia yang p ganti pilot tu😆


View Jambatan Pulau Pinang pertama dari atas awan


So landing kat Airport Kualanamu, kru dari PocketTrip dah standby dgn 2 buah keta. Depa memang ready siap dah. Memang pantas btoi keja depa. So, hari pertama, sampai ja, load barang dalam kereta, terus dia bawak p makan dulu. Macam tau2 ja kebuluran kami ni.

2 buah kereta yang disediakan


Kualanamu International Airport


Keluar ja dari Airport, terus tuju highway dan p tempat makan dulu. Dok tahan lama dah ni dari Penang dok lapaq, haha. Depa pun paham, terus bawak ke tempat makan. Kira antara destinasi pertama kami di sana la.

Cindelaras. Masakan halal Indonesia.


Kedai makan ni, sepanjang aku kat sana, nampak banyak jugak kedai nama ni. Mungkin banyak cawangan la di sana. Makanan dia sedap2 jugak dan banyak goreng2 la. Pecal lele, ayam penyet ikan talapia (aku tak ingat nama dia apa, tapi sebutan dia lain).

Lepas dari tu, kami naik kereta teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Dalam 2 jam jugak. Ada la berenti rehat kejap, berenti kat masjid untuk solat jamaq zohor asar. Tapi sepanjang perjalanan tu aku takleh tidoq. Kaki aku sedia dok tekan brek😅. Trafik depa lagi dasat dari jalan depa, haha.

Kedai makan Barcelona, atas bukit dapat view bandar Medan

Dalam 1 jam perjalanan lepas solat zohor dan asaq, kami berenti rehat lagi sekali kat restoran Barcelona. Mungkin owner dia kipas susah mati Barcelona FC kot. Sorila, aku cuma fan Kedah FC😂. Kat sini makan2 cuma maggi, minum2. Cuma syoknya sejuk dan view dia cantik.

Next Destination:

Lavender farm.


Nama tempat ni dekat Berastagi. yang rumah belakang tu adalah cafe Sarunei, dan dia menghadap gunung berapi (tak ingat plak nama dia😅). Sini boleh jugak duduk2 minum, makan ringan2. Tapi kami singgah sat ja. Habuan amik gambo sikit2, acah2 video macam filem tamil guling2 kat taman lepas kena pukul ngan gangster.

acah2 shoot MV, haha


Bergambar kenangan, si kecik tu ja takdak, tidoq


Setel kat lavender farm, kami terus ke Berastagi. Kat situ la hotel kami. Tapi jalan dia yarabbi, aku rasa jalan Tawau-KK lagi ok kot.. hahaha. sesuai pakai 4x4 aje la. Jarak lavender farm ke hotel kami tak jauh, dalam 40min ja. Sebab jalan kampung kan, kot jalan highway aku rasa 10min sampai dengan pemanduan depa.

Red Motel di Berastagi. Luar konsep red brick, cantik


Hotel kat sini yang bestnya takdak ekon, tapi sejuk gedik wei. Pagi2 berkabus. Cuma jajan dalam bilik tu kalau dah melantak tu kena bayor la ye. Kacang harga 20 ribu kau😆

Kemas bilik dia





Bilik dia luas wei.

View hotel mengadap Gunung Sinobung (Gunung Berapi)


So tu la hari pertama kami. Dari Airport Kualanamu sampai la ke Berastagi. Banyak habis masa dalam kereta je la. Sebabnya sini jem dia lagi lekat dari Penang. Patutla sini banyak wali2, 😅

Next, kalau rajin aku sambung hari kedua plak.

-Jauh berjalan luas pengalaman-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ukays: Kau satu satuNYA.

Damasutra: Asyik

::.RAYA 2024.::