Jumaat, 25 Oktober 2019

.::Kembara Di Bumi Sabah::. (Part 5)


Berbulan baru nak buat part 5, hahaha. Asbabnya adalah malas. Setel masalah.

Ok so part 5 ni masih di kundasang dan masih menginap di J Resident Hotel. Dah pergi merata dah, Dairy Farm, Ranau, Mandi sungai, tengok ikan. Ada 1 tempat lagi aku terlepas pandang iaitu Tugu Peringatan Perang. Kat sini ada senarai nama2 pejuang British dan orang tempatan yang terkorban waktu peperangan dulu. Peperangan mana jangan tanya la, time kelas Sirah dulu aku tidoq.


Kundasang War Memorial.

Tiket masuk ke sini dalam RM5 macam tu, tapi kalau beli tiket pakej dari Rumah terbalik dlu, masuk free je. Kat dalam ni jugak boleh nampak terus view Gunung Kinabalu.


Ni bahagian dalam War Memorial tu.



Ni dia tulis Bahasa Inggeris, sorryla aku paham bahasa Arab ja.



Sapa minat bergambar, laluan ni memang tempat dai la, Ni laluan keluar

Setel di bahagian Kundasang. Ada lagi tempat yang tak diceritakan. Next destination adalah, Ranau. Kenapa aku kembali semula ke Ranau.? Sebabnya ada tempat tak pergi lagi la. hahahaha.

So tempat seterusnya adalah Arnab village. Kat sini banyak arnab la ye, takkan labi-labi.



yang aku dukung tu adalah arnab.

Jinak semuanya, kalau dak aku jadikan Satay Arnab dah.




Setel di Arnab Village, kami ke Titi Gantung. Kat sini masuk berbayar. Tak silap RM10 seorang. Dan perlu pakai kasut yang sempurna sebab kena hiking skit. Lepas tu bawak air sendiri, jangan dok rembat air orang pulak. Kat tengah2 hutan tu tak ada orang jual air melainkan luar kawasan tempat tu.


Sebelum sampai ke Titi Gantung, akan lalu kawasan air panas Poring.

Ni harga yang dikenakan. Cash Only!!


inilah Titi gantung tu.

Titi Gantung tu cukup tinggi. Kita akan berada lebih kurang 50 meter altitude dari paras laut 😂😂. Cukup tinggi sampai kat atas tu sekoq monyet pun aku tak nampak. Tapi hairan sungguh, pokok durian belakang umah aku dia boleh panjat pulak walau tinggi. Sebenarnya atas titi ni tak dibenarkan mengambil gambar. Tapi pandai2 la ye korang buat. Jangan kantoi sudah la.

So ditolak tambah dengan perjalanan, maka habislah seharian Kundasang-Ranau-Kundasang. Keesokkannya perjalanan pulang ke Kota Kinabalu.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan