Khamis, 31 Oktober 2019

.::Kembara Di Bumi Sabah::. (Part 7)

Hari hari terakhir di Bumi Bawah Bayu.

So, dah hari terakhir kan, Ada lg beberapa tempat yang tak pergi lagi. Macam contoh muzium Sabah, Bagunan Beteri (Panggil bateri sebab bulat), shopping di kampung Laut dan Pasar Filipin.

Pasar Kraftangan (Pasar Filipin)



Gelang Mutiara yang dijual



banyak pilihannya

Kalau mai sini tak p ke Pasar Filipin (Pasar Kraftangan) tak sah la. Banyak barang yang dijual antaranya barangan mutiara, barangan kraftangan. Cuma bila kat sini kena kuat iman. Sebab akan ada peniaga yang akan menghampiri kita dan cuba menjual barangan depa.

Sebelum ke Pasar Kraftangan tu, aku ke Rumah Kebudayaan dulu. Rumah ni terletak di jalan menghala ke Kundasang. Tepi jalan je.

Pameran Pakaian Tradisional

Lukisan 

Selepas tu baru ke Muzium dan Kampung Warisan. Nak masuk muzium tu kena bayaq la. Tak silap RM5. Dah nama pun muzium kan, kompom barang-barang antik dan sejarah Negeri Sabah. Takkan shopping complex pulak dalam tu.

Antara kenderaan terawal yang ada di Sabah (Digunakan oleh pembesar dahulu)

Sapa nak race.. Jom, sprint 500 meter sudah. Jauh2 nanti tercabut enjin

ni aku tak ingat, awat ada rusa dalam muzium?


Ni di Kampung Warisan (Rumah Panjang)



Rumah warisan ni bersebelahan muzium ja. Tak jauh, cuma perlu jalan la skit. Dalam tu ada tasik dan model rumah rumah kebudayaan di Sabah. Masuk percuma (sebab dah bayaq kan waktu nak masuk muzium tadi)

Lepas dari tu kemana pulak?

Pegi tengok bngunan bateri. Bangunan ni sebenarnya tak dak apa pun. hanya bangunan ja. Terpacak kat situ.

Bangunan Bateri.


Bangunan bateri ni asalnya adalah Pej Pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah dulu. Tapi skang dah pindah dah. Sekarang ni hanya Yayasan Sabah ja kat sini.

Dah habis pusing, sementara nak tunggu naik flight jam 11 malam karang. Ronda lagi kat Bandar Sabah. Tangkap gambar kat jeti dulu.


Jeti ni sebenarnya tak jauh dari Pasar Kraftangan. Lebih kurang 30 min (kalau merangkak la) kalau berjalan dalam 15minit.
Dah habis dah pusing, lepas tu hanya makan2 ja dengan kawan aku. Kebetulan dia buat post basic kat KK.

Muka nampak Sabahan tapi ni Jawa pekat.



Masa dah TIME!!!

Maka tepat jam 9malam, ambil grab ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.


Kota Kinabalu International Airport

Flight akhir jam 11malam

Jam 1pg, aku sampai di Lapangan Terbang Pulau Pinang dan dijemput oleh kawan aku.

Maka genaplah 7 hari di Sabah Bawah Bayu. aku dapat jugak jejak kaki kat negeri kelahiran aku. Mana pulak destinasi seterusnya? tunggu bajet la ye. hahahaha


-FIN-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan