Jumaat, 25 Oktober 2019

.::Kembara Di Bumi Sabah::. (Part 6)

Hari hari terakhir di Kundasang.

Macam biasa, bangkit jam 6.30 pagi, matahari dah terpacak. Jadi subuh dinasor lagi la haritu. Siap2 mandi (sejuk sampai ketulang), packing bag dan sarapan dulu. Kat J Residen tu tak dak sarapan disediakan. Jadi pandai2 la beli sendiri ye. Nak cari nasi lemak kat sini memang payah la. Jadi paling senang megi je la.

Sebelum turun ke KK, melawat dulu ke Kaki Gunung Kinabalu.

Pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Nak panjat kang takut tak turun dah nanti.

Itulah perhentian terakhir sebelum menuju ke Kota Kinabalu. Waktu nak turun tu hujan renyai renyai. Jadi tak boleh la nak laju sangat.

Sampai di Kota Kinabalu, check in semula di Halo Hostel. Tempat yang sesuai untuk bagpackers.

check in semula, time ni dalam jam 12 tgh hari.


Selesai urusan check in, tokey keta sewa mai amik keta semula. sebab janji jam 1 tgh hari nak serah semula kereta sewa. Bertapa mudahnya, nak sewa kereta tak perlu p amik keta. Keta tu sendiri datang kat hotel hampa. Dah habis meranapkan keta tu, tokey mai amik. Selamat dai tak dak sewa kapal terbang ja, kalau dak sewa dah balik Penang jap pekena nasik kandaq.

Lepas mandi, solat zohor dan jamaq siap, maka perut dah berkeroncong la. Jadi restoran favourite orang ramai yang ada berdekatan Halo Hostel adalah...

Kedai Atok.

Dah kenyang, baru boleh pikir nak kemana. Jadi next destination adalah.

Don wori, brader tu pakai boxer.

Mari-Mari Culture village. Nak datang kesini agak jauh, disarankan amik grab je. Tambang dalam RM25. Tempat ni memang luas dan dipamerkan setiap rumah adat dalam ni. Korang boleh cuba bermacam aktiviti dalam ni. Tiket masuk dia memang harga meninggal. Tapi berbaloi la. Harga tiket adalah RM90 sekepala. Jadi sapa bawak kepala lebih tu paham2 la ye.

Aktiviti dalam ni cukup banyak. Korang akan ada sorang tour guide untuk diberi penerangan dan jalan2 dalam culture village tu.

Antara salah satu aktiviti dalam rumah panjang.


Time ni depa suruh aku menari, jadi tarian kuda kepang aku buat.
brader ni tunjuk demo untuk nyalakan api dari buluh. Aku bg lighterr je kat dia

ni demo masakan kuih tradisi depa. sebelum tu aku buat demo tebar roti canai dah..hahaha

dan ni pulak demo acahan tatoo. Tapi menggunakan inai.


Perlu diingatkan, memang ada depa sediakan makan dan minum dalam rumah rumah adat tersebut. Tapi perlu tanya sebelum minum dan makan, sebab takut campur tuak. Untuk yang muslim, tour guide tu akan inform boleh minum/makan atau tak. Kot main bedal je nanti mau jadi tarian raver kat umah panjang tu.

Kalau nak jalan habis dalam ni mau dekat 2 jam jugak la. Dan last skali korang akan dihimpunkan di dewan untuk pertunjukkan terian dan pakaian depa. Kat situ ada refreshment untuk korang minum, Dont wori, yang itu halal dan free flow. Tau dak free flow tu apa? Free flow tu adalah Percuma Aliran...hahahaha..

Dah free dan halal diminum, bedal je la. Banyak cengkadak pulak.

Sebelum balik, diaorang ada sajikan makanan. Nasi Goreng, bihun, air, buah buahan dan kuih muih. Yang itu pun free of charge. Tambah la berapa banyak nak tambah. (Selalunya habih sebab dah berjalan 2 jam, melompat, menari kompom semua kebuloq macam kerbau).

Perlu diingatkan, kawasan tu liputan talian bimbit tak tercapai ye. dalam erti kata lain No Network Service. Jadi sila bawak telefon satelit masing2.. hhahaha.. 

Jadi nak balik macam mana?, jangan risau, kat situ ada disediakan shuttle berbayar (semua nak pree lingkop bisness). Jadi korang bgtau nak dai drop di mana. Paling senang drop je di Jesselton Jetty. Dari situ ada line tipon dah. Kalau tak dak jugak tu mungkin line tipon korang kena potong la ye.

So, Next.. kemana?









Tiada ulasan:

Catat Ulasan