Catatan

Tunjukkan catatan dari 2024

::.RAYA 2024.::

Imej
 Minal aidil wal faizin. Alhamdulillah selesai raya 2024. Dah sebulan habis raya aku baru nak up post, hahaha. Lantak la, page aku, sapa nak kesah kan. Tahun ni raya turn belah family bini aku. Yang syoknya sebab family bini aku ni ramai, yelah aku kan selalunya raya berempat ja, family aku kan kecik ja. Tapi kecik pun syukur sebab dulu time raya selalunya akan balik kampung umi aku di Terengganu. Sebab tu family aku ni jenis berjalan, tapi kadang tu depa punya plan last minit. Raya 2024 kali ni semua family belah bini aku raya di Manjung. Sewa homestay kat sana 3 hari dan semua berkumpul kat sana. So dah nama pun raya kan, macam2 la aktiviti kat sana. Raya tahun ni aku cuti memang lama, seminggu. Raya lepas ni tak tau la, dah aku pun bertukar tempat keja, jadual keja pun berubah. Silap2 nak raya kena ikut giliran. Tapi takpala, janji boleh bersama keluarga. Sebenarnya makna raya bagi kita ni apa dia? Hadap jalan jem ka? kumpul adik beradik ramai2 ka? duit raya ka? sebenarnya kegem...

::.SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK::.

Imej
 Assalamualaikum, Rasanya ampa dah tengok kan kat pautan keluarga Radhisma. Yala, keluarga aku x besaq pun, aku ngan adik aku ja 2 ketui. Kalau nak ada yang ketiga pun kucing mai tumpang tidoq umah aku.. hahaha. Fitrah manusia, nak makan, nak minum, tempat tinggal, dan dah tentu kawin. Yala semua nak kawin, kucing pun tau nak mengawan. Takkan nak balaih pokok pisang kot. Tak pun sejenis, golongan tu sesuai ditangkap dan jadikan umpan kat jerung. Lagi membiak puak2 tu, lg teruk dunia ni. Tanggal Disember 2023, adik aku dinikahkan dengan jejaka pilihan dia. Dia habaq kata kenai dari sekolah. Tapi bercinta tu tak tau la dari sekolah ka lepas sekolah. Kalau dari sekolah, hang sedaq la adik oi, abah hantaq p sekolah suruh belajaq bukan bercinta. Abang dulu sekolah semua lelaki, nak bercintan x tergamak sebab semua pedang. Lepas tu satu sekolah dengan abah pulak di SEKUGA, lg tak dan bercintan bagai sebab abah dok monitor. hahaha. Anyway, Bulan 12/2024 adik aku diijabkabulkan dengan jeja...

::.SELAMAT BERSARA UMIKU USTAZAH ROSMAH.::

Imej
Sebagai seorang yang bekerjaya, tak kira apa jua bidang, akan hadap 1 titik akhir dalam karier, iaitu bersara. Dalam sektor kerajaan khususnya perguruan akan hadapi hari persaraan dari dunia sekolah. Dan umi aku salah seorang yang sempat merasa hari tu. Setelah 32 tahun berkhidmat sebagai seorang guru, akhirnya bulan 3 2023 umi aku dah tamat perkhidmatannya sebagai seorang guru. Dan sudah semestinya ada majlis perpisahan. Dah nama pun bersara bukannya naik pangkat. Aku cerita sikit la detail umi aku, sebagai kenangan, yalah aku tau blog aku ni pun bukan sapa2 singgah pun, sekadar jadi tempat bercerita untuk aku. Mungkin akan jadi 1 kenangan untuk keluarga aku. Bermulanya kisah: Terima pengajian awal di peringkat tertinggi di Maktab Perguruan Islam (kat sini la umi aku jumpak abah aku). Selepas kawin, depa ditukarkan ke Sabah (Pulau Gaya) sebab tu aku beranak kat sana. Aku IC sabah ok, cuma x reti nak berdialek Sabah. Takat nak kecek sikit2 boleh la boh. Ok, lepas dari Sabah, depa dapat...