Bismillah...
Baik, sebelum ni aku dah ceritakan sedikit permulaan aku ke Sabah, Negeri Bawah Bayu. Kalau nak tau aku anak kelahiran Sabah, cuma menetap di semenanjung, dek sebab mak ayah aku berpindah randah dulu (Bukan golongan nomad ye, cuma menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik.) Nak tau tengok pautan keluarga Radhisma tu.
Dah selesai bab 1, berkenaan tarikh, hotel, kereta sewa dan bajet minyak. So part 2 ni aku tunjukkan tempat2 yang boleh dilawati. Sebenarnya Sabah banyak tempat boleh pergi lagi, cuma aku baru terokai beberapa daerah ja. Dah nama pun travel nak release tension. Nak travel semua tempat mau cuti sebulan aku.
Jadi aku ceritakan la ye, panjang2 orang menyampah plak....
Sehari sebelum bertolak:
Asalnya rancang bertiga kan? tapi nak buat macam mana, kita merancang Allah tentukan. 2 bulan sebelum kami berlepas, sorang sahabat aku mengalami Spinal Sprain. L4-L5-L6-S1-S2. So memang dia cuti lama la, tak boleh berjalan. So mau tak mau rancang berdua. Dan sehari sebelum berlepas, seorang lagi sahabt aku tarik diri, sebab makcik dia nazak, dia terus ke Johor. bagi aku its okay, sebab apa pun family first.
Hari Bertolak: (Day 1)
Maka tinggallah aku terkontang kanting sorang2. Jadi perjalanan ni asalnya bertiga dah jadi solo trip. Aku hadap je.
|
tinggal la aku sorang2.. sori gambo terpusing. |
Last minit tu aku teragak nak p ke tak. Last2 panggilan terakhir untuk ke Sabah, aku hadap jugak la.
|
atas flight apa2 pun makan dulu. 2 jam wei lapaqqqqq |
Makan atas flight korang bleh beli skali time booking atau checkin, so murah skit. Kalau beli direct on flight mahai skit.
Flight amik masa 2 jam. So aku sampai di KKIA (Kota Kinabalu International Airport) dalam jam 1.30 tgh hari. So benda 1st yg korang kena ada dalam henpon korang adalah aplikasi Grab. Senang, cepat dan murah. Kos Grab dari KKIA ke Halo Hostel dalam RM4.
|
Hensem dak yang sebelah (driver) tu.. hehehe |
So sampai Hotel, check in dulu n mandi la. rehat kejap kita ke destinasi seterusnya. Tempat pertama yang dituju ialah:
setel di masjid negeri, panggil grab semula untuk ke destinasi kedua:
|
Observary Tower. |
Kat sini masuk free ja, boleh tengok pemandangan Kota Kinabalu dari bukit ni. Dan dari Halo Hostel tak jauh dari sini, dalam 10min.
|
Pemandangan Kota Kinabalu |
|
Boleh la nampak Sunset... |
Lama Jugak lepak kat sini, sambil pekena neskepe ais, syahdu beb.
Habis di sini, amik grab semula untuk ke hotel, rehat n solat maghrib. Malam tu pulak, ready untuk berjalan. So mana destinasinya?:
|
tempat yang korang mesti pegi, Pasar Filipin dan Pasar ikan kering dan masin. |
Kat situ untuk hari pertama, aku just ronda2 ja dulu, tak dak apa sangat nak dibeli, sebab lama lagikan kat Sabah. so tak mau bagi penuh beg ronda ja dulu. Tapi wajib try makanan laut dia. Terbaik weiiii....
|
mabeles... |
|
segar... |
|
mai2 pilih2 |
|
ini je aku makan. cukup la sorang kan |
|
tomyam |
Tapi korang kena ingat, salah pilih kedai memang harga dia meninggal. Hahaha..
So perut dah kenyang, apa lagi balik bilik la tidoq, hahaha. Tapi nasihat aku, untuk Halo Hostel, sediakan air mineral untuk korang minum, sebab depa tak bagi air mineral dalam bilik, korang kena turun ke lobby untuk minum.
Day 2:
So hari kedua ni aku terkena la kat sini, bangun pagi selalu di semenanjung 6.30 pagi gelap lagi, boleh solat subuh, aku bangun jam 6.30 pagi di Sabah, orang dah solat dhuha rasanya, cerah wei, hahaha... So hari tu subuh aku jadi subuh dinasor.
So bangun pagi tu siap2 mandi dulu la, takkan nak kluaq muka slebet x mandi, gila ka apa? Jadi mandi aku di Halo hostel ditemani Intan, dia mandi sekali ngan aku... Apa? salah ka aku mandi ngan Intan? suka hati aku la...
|
ni ha Intan, selamat aku x kena tangkap basah |
|
Comel je kambing tu. haha.. |
Lepas mandi turun untuk breakfast di lobi hotel. Untuk pengetahuan Halo Hostel ni sediakan sarapan pagi. So kalau malas nak p kepsi kat hujung hotel tu boleh la makan kat hotel. Cuma dia bg roti bakar je la. Nak nasik p cari sendiri.
Untuk hari kedua aku habiskan untuk Island hopping. Ada 3 pulau boleh pegi, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik. Nak p pulau2 ni kena naik bot la, x kan nak skuba diving pulak kan. So naik bot di Jeti Jesselton. Dari hotel naik grab dalam RM4 jugak. Dan kat Jesselton tu ada pakej2. So boleh pilih la. Kalau p sebagai student, pastikan bawak ID card student, dapat less wei. Dan aku suggest pergi ke kaunter 10, kat situ layanan terbaik la aku tengok. Total untuk 3 pulau tu dalam RM50 seorang. Lebih kurang macam tu la. Dan kat pulau pertama korang nanti, akan dikenakan lagi RM5 untuk tax Taman Laut. Pastikan tiket2 bot dan tiket taman laut tu disimpan elok2. Beli beg atau bekas kedap air. Tak paham? beg waterproof la. Amboih omputih sangat.
Untuk ke pulau ni aku listkan apa perlu bawak ye.
Untuk ke pulau ni aku nasihatkan snorkle set tu sewa siap2 di jeti, baru RM10, dan jangan hilangkan resit tu. Simpan untuk return balik set tu. Satu lagi, sila datang awal kalau tak nak beratur panjang. Total depa akan bg singgah untuk 1 pulau adalah dalam 2 jam. So lepas 2 jam tu korang kena tunggu semula di jeti tempat turun di pulau tu. Ada petugas depa akan cek tiket untuk ke pulau seterusnya. Total untuk tiga pulau tu dalam masa 6 jam. Bot terakhir dari pulau2 tu dalam jam 4ptg atau 5ptg.
So terus terang aku cakap, memang enjoy n relax waktu di pulau2 ni. Dapat rilex dalam air yang jernih. Kena serang dengan ikan garang (hampeh betoi, kalau aku jumpak balik ikan tu memang aku buat 3 rasa). Dapat tengok sotong2 bersidai (18sx sahaja). hahaha.. Dan pulau ni dilarang naked bath tau. Jangan anak2 yang umur 40an tu mengada nak mandi naked. Kena baham ngan ikan jaws karang.
So habis untuk hari ke 2 di KK. Hari kedua memang aku spend untuk island hopping. Jadi lepas mendarat di Jeti Jesselton tu aku terus balik ke hotel. Mandi2 bersihkan diri (yelah seharian kena air masin, dah macam ikan masin wei) pastu keluar cari makan. Lapaq baq hanggg... Seharian berendam.
Malam tu tak dak aktiviti menarik melainkan tido.
Ulasan
Catat Ulasan