Isnin, 18 Jun 2018

::. Perutusan Hari Raya 2k18 .::

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, selesai sudah ibadat bulan Ramadhan kali ini. Mudah mudahan Ramdahan yang datang dan berlalu tahun ini kita beroleh keberkatan. Mudahan kita mendapat sesuatu daripada madrasah Ramadhan yang berlalu kali ini.

Setelah selesainya ibadat puasa selama sebulan, maka datanglah Syawal. Ni bukan syawal dalam cerita Ahmad Albab tu ye, itu fenin semata2. hahahaha...

Datangnya syawal kali ini, diharapkan kita jangan lupa apa yang telah dididik oleh Mr Ramadhan. Teruskan apa yang didiknya.

Bagi aku, raya kali ni macam raya2 tahun lepas. Raya di tempat kerja. Dah 6 tahun wei.. haha. Tak apa la.. tanggungjawab yang perlu digalas. Dan itu pun akan disoal kelak dalam kubur. Tak dapat jawab, kena katok dan godam la sorang2 dalam kubo. Mana ada sapa2 nak back up dah. Pandai2 la korang

Sapa2 free jemput datangla ke rumah. Ada la serdak2 kuih raya kat umah tu. Duit raya? jangan mai mintak kat aku. aku pun tengah sengkek ni... Bonus tak dapat. huh...

Akhir kata, penghabisan kalam, penutup bicara, pemati tinta...

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin 2k18..

dan didoakan pada semua moga dipanjangkan umur dan kita akan bertemu lagi pada Ramadhan 2k19 in shaa Allah...

Assalamualaikum.


-Minal aidil wal faizin-
*Tak dak gambo raye ye.. aku kene keje.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan