Khamis, 4 Ogos 2011

::. Ahlan wasahlan ya Ramadhan ::.

Apa makna Ramadhan?

Ramai yg tahu, siang posa, maghrib bukak posa, ptg ada bazar Ramadhan, malam ada terawikh, Subuh esok sahur, begitu..??

Cuba kita pikir tengok kenape Allah bg posa kat kita...

Allah x kan bag sesuatu tanpa asbab2 yg munasabah...
1)Posa dapat menjamin kesejaheraan dan kesihatan tubuh badan... contoh bg yg kaum2 nak mati cepat (yg isap rokok), waktu utk merokok sudah dipendekkan dan kalo ikut kajian saintifik, kadar toksik dalam badan seorang perokok akan berkurangan dalam tempoh 24jam dan boleh lg kurang bergantung kepada perokok.


2)Allah telah berfirman dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah (sapi betina) ayat183-184 yang bermaksud "Hai orang-orang yg beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 sebelum kamu mudah-mudahan agar kamu bertaqwa". Ni maksudnya posa tu wajib, jgn dok tinggal sesuka hati ja, kalo nak merasa naik van jenazah awal bleh la try tinggal posa..


3)Kalo kita tengok balik, mcm2 perkara berlaku dalam bulan Ramadan, cube ingat balik, kalo x ingat maknenye kompom korang failed pendidikan islam time sekolah du... baik repeat cepat2... Antara peristiwa yg berlaku time posa adalah, Peperangan Badar (x da kene mengena peperangan En Badar dgn isterinya), turunnya kitab (al-quran) (nuzul Quran), Islam membuka kota Makkah (10 Ramadhan), Syiar Islam sampai ke Yaman, Peristiwa perjalanan Rasulullah SAW ke Tabuk, Khalid Al-Walid meruntuhkan berhala Al-'Uzza (5 hari sebelum berakhirnya Ramadhan), Penyerahan Bandar Taif, Pembukaan Andalus (Sepanyol) (28 Ramadhan), Peperangan Zallaqah; Portugal, Tentera Islam mengalahkan Tentera Mongol, Peperangan Yakhliz, dan Tertawannya  Garis Bar Lev, Israel.


Banyak lagi kelebihan Ramadhan yg Allah sembunyikan daripada kita. Seperti contoh malam Al-Qadar (malam yang lebih baik dari seribu bulan). JAdi di bulan yang mulia ini, banyakkan amalan kepada Allah SWT dan mudah-mudahan kita akan mendapat ssesuatu diakhir Madrsah Ramadhan ini, sesuatu yang dikejari oelh orang2 yg beriman iaitu TAQWA....


*sumber peristiwa di bulan Ramadhan dipetik dari buku "Ramadan Tetamu Yang Dirindui" hasil karya Tuan Guru Abdul Hadi Awang




Tiada ulasan:

Catat Ulasan