Jumaat, 5 Ogos 2011

Kisah Para Tabiin: Uwais Al-Qarni- Penghuni langit



Uwais Al-Qarni seorang daripada kalangan tabiin (golongan yang hidup selapas zaman Rasulullah SAW dan sezaman dengan para sahabat). Beliau dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan berpenyakit sopak. Ayahnya telah meninggal dan beliau tinggal dengan ibu beliau. Beliau dijaga oleh ibunya dari kecil sampai dewasa.

Uwais Al-Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut dalam wasiat baginda Rasulullah SAW yang disampaikan kepada saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda berpesan:
"Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul.Kamu berdua pergilah mencarinya.Dia akan muncul dari arah Yaman dan membesar di Yaman.Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia.Kalau berjumpa dengan dia, minta tolong dia mendoakan kamu berdua".

lalu Saidina Umar bertanya :" Ya Rasulullah, apa yang saya patut mintak dari Uwais Al-Qarni?" Nabi SAW menjawab:"Kamu minta kepadanya unuk berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa kalian."

Setelah Baginda Rasulullah SAW wafat, Saidina Ali dan Saidina Umar menuggu-nunggu kafilah yang datang dari Yaman. Sehingga mereka menemui Uwais Al-Qarni seperti yang Rasulullah ceritakan.

KISAH UWAIS AL_QARNI:


Beliau mempunyai seorang ibu yang lumpuh keseluruhannya. Satu hari ibunya memanggil Uwais Al-Qarni:

IBU : "Ibu ada hajat, dan hajat ibu adalah nak menunaikan haji ke Makkah, ibu x larat nak jalan sorang-sorang, jadi kamu carilah ikhtiar supaya ibu dapat menunaikan haji".

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tak mampu nak menyediakan perbelanjaan untuk menunaikan haji kerana pada masa itu, mereka yang hendak menunaikan haji menaiki unta yang dipasang "HAUDAT" diatasnya. Haudat seumpama rumah kecil yang dipasang diatas unta untuk melindungi dari cahaya matahari dan panas terik padang pasir. Uwais tidak mampu menyediakan sedemikian rupa malah unta pun tak ada. Nak sewa pun tak mampu.

Ibunya semakin tua lalu ibunya berkata : "Anakku, ibu mungkin tidak lama lagi bersamamu, ikhtiarlah untuk ibu menunaikan ibadah haji".

Uwais mendapat satu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang dah habis menyusu. Dia membuat satu rumah kecik (pondok) diatas sebuah "TILAL"(tanah tinggi) untuk anak lembu.

Apa yang dilakukan oleh Uwais ialah, Setiap pagi mendukung anak lembu tersebut menuruni tilal untuk diberi makan dan sebelah petangnya dia mendukung anak lembu itu menaiki tilal untuk ke pondok lembu itu. Adakalanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit yang tempat lembunya makan.

Tabiat pelik Uwais menjadi buah mulut orang kampung, ada orang menyatakan dia dah gila sebab dukung anak lembu seberat 20kg. Buat rumah lembu atas bukit, pagi dukung lembu bagi makan, petang dukung balik rumah.

Tapi apa yang difikirkan oleh Uwais adalah berlainan. Ini adalah satu exercise untuknya. Anak lembu seberat 20kg, 5 bulan dia mendukung anak lembu tu, berat lembu tudah jadi 100kg. 100kg dia nagkat naik bukit, turun bukit, kacang mak labu jadinya.

sampai musim haji, dia mendukung ibunya dan dibelakangnya desertakan barang-barang keperluan seperti makanan dan pakaian.Dia memangku ibunya dari Yaman ke Mekah (lebih kurang 400km) dan dengan mendukung ibunya, dia melakukan, tawaf, saie, wakuf di arafah sehingga selesai haji.

Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya

IBU  : Uwais, apa yang kamu doakan semasa di depan Kaabah?
UWAIS : Aku mendoakan semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa ibu
IBU  :  Macam mana dengan dosa kamu?
UWAIS : Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk ke syurga, cukuplah dengan ibu redha dengan saya, dan saya juga akan masuk syurga.
IBU  :  Ibu nak kamu berdoa supaya Allah menghilangkan penyakit sopak kamu
UWAIS : Saya keberaan nak berdoa ibu, penyakit ini adalah kurniaan Allah, dan saya takut kalau saya tidak redha dengan pemberian Allah.
IBU  :  Kalau nak masuk ke syurga, taat pada perintah ibu dan ibu perintahkan untuk kamu berdoa.

Uwais tak ada jalan lain melainkan berdoa.

UWAIS : Ya Allah, seperti yang diharapkan oleh ibuku, sembuhkanlah penyakit sopak ini dan engkau tinggalkan sedikit supaya menjadi bukti bahawa aku pernak terkena panyakit ini.

Dengan izin Allah, penyakit sopak itu hilang dan seperti yang diminta oleh Uwais, Allah meninggalkan sedikit dibahagian tengkuknya dan dengan cara itulah Saidina Ali dan Saidina Umar boleh mengenali Uwais. Tanda itu telah diterangkan oleh Rasulullah SAW.

Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwais mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais pun mendoakan mereka berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan