Ahad, 7 Ogos 2011

Pembahagian puasa mengikut peringkat.

Puasa dapat dibahagikan kepada 3 peringkat (mengikut golongan manusia zaman sekarang la). Nak senang cite, aku bagi perumpamaan kat korang supaya senang korang nak paham. Aku samakan posa tu ngan laut dan korang nilai la sendiri korang kat tahap mane.Bayangkan koran gke tepi pantai, nilaikan ape yang korang tengok kat laut luas tu....

Tahap 1
Golongan ni nilaikan laut tu pada permukaan je. Maknenye die cume nampak ape yang ada kat atas permukaan je. Ada buih, sampah, kapal nelayan, mungkin tunggul2 kayu.

Tahap 2
Golongan ni tengok laut tu mendalam sikit. Maknenye die nampak jugak ape yang ada kat permukaan laut dan die jugak nampak ape yang ada di dalam laut. Maknenye. bila sebut laut, die dapat bayangkan dalan laut ada ikan, penyu, terumbu karang dan sumber rezeki yang lain.

Tahap 3
Golongan ni pulak tengok laut tu secara dasarnya. Maknenye die bukan sekadar nampak dasar dan pertengahan laut, die jugak nampak ape yang ada kat dasar laut dan ape yang ada kat dalam dasar laut tu. Die dapat melihat, dalam laut tu ada sumber rezki yang tak terninali harganya, emas hitam.


 MAKNA:

1. Golongan yang hanya melihat laut dari permukaan. Disini aku nak maksudkan yang kalo nak disamakan dengan posa, dia x nampak apa2 dekat posa tu, mungkin dia nampak siang posa, maghrib bukak, malam terawikh. Yang die dapat hanya letih dan lapar. Dalam maksud yang lain, sampah.

2. Golongan ni pulak mungkin tergolong dalam golongan yang 'agak cerdik'. Maknanya, tengok laut die dapat tau yang dalam laut ada sumber rezki. Ini bermaksud, kalo berpuasa, dia tau fadhilat posa, kelebihan posa (bukan sama ke?). Cuma dia x korek dengan lebih dalam. Kalo dia usaha insyaAllah dia dapat lebih dari itu.

3. Golongan ni pulak mungkin tergolong dalam golongan orang2 yang beriman sepenuhnya dengan Allah dan mungkin dalam golongan wali sufi. Dia lihat laut dari permukaan, pertengahan dan dasar laut itu, Maknenyer die tahu dari atas sampai bawah fadhilat posa itu sendiri. Dia dapat melihat apa yang terkandung dibawah dasar laut itu sendiri dan bukan semua orang dapat menggali emas hitam yang dicakapkan. Perlu ilmu yang tinggi dan istiqamah. Dia jugak tahu yang didasar Madrasah Ramadhan itu ada sesuatu yang ternilai harganya iaitu "taqwa".

1 ulasan: