.::Kembara Di Bumi Sabah::. (Part 7)
Hari hari terakhir di Bumi Bawah Bayu. So, dah hari terakhir kan, Ada lg beberapa tempat yang tak pergi lagi. Macam contoh muzium Sabah, Bagunan Beteri (Panggil bateri sebab bulat), shopping di kampung Laut dan Pasar Filipin. Pasar Kraftangan (Pasar Filipin) Gelang Mutiara yang dijual banyak pilihannya Kalau mai sini tak p ke Pasar Filipin (Pasar Kraftangan) tak sah la. Banyak barang yang dijual antaranya barangan mutiara, barangan kraftangan. Cuma bila kat sini kena kuat iman. Sebab akan ada peniaga yang akan menghampiri kita dan cuba menjual barangan depa. Sebelum ke Pasar Kraftangan tu, aku ke Rumah Kebudayaan dulu. Rumah ni terletak di jalan menghala ke Kundasang. Tepi jalan je. Pameran Pakaian Tradisional Lukisan Selepas tu baru ke Muzium dan Kampung Warisan. Nak masuk muzium tu kena bayaq la. Tak silap RM5. Dah nama pun muzium kan, kompom barang-barang antik dan sejarah Negeri Sabah. Takkan shopping complex pulak dalam tu. ...