Khamis, 5 Januari 2023

::. Aku Dan Kuda .::

 Kuda,

Aku memang dok bela kuda. Dulu bela kuda bayaq tiap2 bulan kot, x bayaq kena tarik. Hehehe, kuda yang aku cakap tu kuda besi.

Mula dari Form 5, pak aku beli 1 moto, habuan nak p tuisyen senang. Fuh mmg enjoy la kan dah dpt moto, langkah panjang la. Lagi senang nak ronda2 tgok awek kan, hehehe.

Moto first aku, Honda Wave 125 warna putih. Plat no PHM 3056. Sori la gambaq tak dak, dan kot pakai 2 tahun, lepas tu hilang kat Hospital Sg Petani. Kena rembat time aku praktikal Sem 1 kat situ. Hantu btoi. Tak pasal2 aku kena balik naik teksi malam tu. Mahal plak tu.


Ha ni la moto aku. Ni contoh gambaq tau, bukan btoi2

Dengan moto ni x banyak sangat la cerita. Dan pakai sat ja, lepas tu mangkuk mana tah gabuih. Tapi sayang gak la, moto first aku kot.

Lepas tu report polis dan claim. Bermula la episod kejaq company insurans. Punya lambat nak bayaq. Time nak kutip duit laju ja depa buat kerja. Berbulan jugak la kejaq, turun naik opis dia di Damansara. Akhirnya dapat la duit pampasan sebanyak RM3500. Boleh la topap downpayment Duakati. Hehehe.


Next?? moto apa plak aku pakai? tunggu sambungan carutan  coretan aku.


-Moto ja pun, tapi nilai dia tak sama, kenangan tu sukar dibeli-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan