Isnin, 9 Januari 2023

::. Aku dan Kuda .::

 ok kita kembali ke Sri Pentas, hehe😂


awat la buat entri baru, boleh ja sambung dr entri lama kan. Suka hati aku la, blog aku kot, buat entri banyak2 bukan kena byaq pun. Rugi la aku bayaq wifi mahai2 tiap2 bulan, hehehe.


Ok sambung la walau x dak sapa nak baca pun. Saja ja menulis.

Lpas aku juai LC135 putih tu, aku berkenan kat 1 moto ni, Yamaha 150FZ. moto ni mmg x ramai peminat, sebab tu jarang dgaq la moto ni kena rembat dgn org. hahaha

Yamaha 150FZ, time ni ride ke Sumpitan.

Alkisahnya, nak amik moto ni pun aku buat drama dengan member aku. Tak memasal pagi2 buta dia dah terpacak depan umah aku. Aku gebang dia kata kena p JPJ Kulim sebab nak kena tukaq Plat baru. Plat lama aku kena sita😂😂. Kawan tu mati2 la percaya. Last2 p amik moto baru, hangin ja kawan tu. hahaha. Dah la p Kulim qhabat naik ex5 2 org, Senak moto tu bawak aku naik bukit. hahaha

Dengan moto ni la baru aku start modifikasi. Buat enjin ja, mekap sikit2.


Spec Enjin no 1: Blok 62mm (x igt brand), injector 150cc, ecu Tune Boss, Cam, head port n polish, ekjos Leo Vince. Tu ja la aku buat, tu pun sebab member juai mur2 kat aku. Kalau dak tobat x buat dah. Nak jadi cerita, dan kot pakai dalam setahun lebih mcm tu, kena block calaq sebab pakai minyak hitam brand JTX. Frust nonggeng wei. Rasa mcm baru putus cinta dgn Mira Piljah. oh sedihnya. so masuk bengkel kita operate jantung balik. hehe


Spec Enjin no 2: Blok 62mm brand Shark, injector, ecu, cam, ekjos kekal. Head polish balik. Hasilnya dapat la 1000hp dalam mimpi, hahahaha. kita pakai biashe2 je, abah marah bawak slow2, hehe. Malang 1000 kali sayang, Mira Piljah tinggalkan aku buat kali ke 2, blok jem pulak. Masuk ward lg, hadui la. Operate balik

Spec enjin no 3: dpt blok 62mm shark jugak, yang lain pakai balik. Tu pun melingkup jugak. Piston pecah. haduii.


Tikuih mana la p gherit ni.

Masuk bengkel balik. Tp yang ni lama tersadai. 2 tahun jugak la habuan PKP punya hal. Dengan keta aku pun tersadai. Bila kena masuk kerja dalam pulau, dah gelabah kena siapkan moto. Kalau dak jenuh bayaq tol. Sakit oi.

Masuk bengkel kali ni masuk spec 62 jugak, Blok NLK. Yang lain mcm besa, kopipes.


Dengan moto  ni ja yang paling lama aku pakai. Yang lain jodoh tak panjang, selang 3-4 tahun juai. Fz ni senang bela la bagi aku. Cuma kena jaga mentenen dia ja. Kenangan dgn moto ni? jgn  tanya, berlungguk. Dengan moto ni jugak la 3x aku eksiden. Semenanjung? dah setel dia pusing. Dia teman aku dari aku start keja waktu habih blajaq sampai la skang. Lap u, nanti I blanja u RON97 ok.


Yang keta biru tu dah tinggal kenangan.

Ni waktu aku eksiden mula2 dengan dia, tibai anjing. ANJIR

Dulu aku dan dia ada hobi, kumpul speedtrap😂

Tahun 2015, balik raya ke Terengganu mengejut. Dpt cuti last minit

Konvoi ke Lenggong bersama geng Yamaha Perak

Ni otw balik ke Perak dari Terengganu, kebaih juboq

Konvoi bersama sepupu di Nilai

Time ni layan KKIC bersama sepupu. Dia mmg lejen la kawasan ni

Ni time eskot sahabat baik aku, Farid Ramli. Nak balik ke Sg Buloh

Time ni konvoi ke Cameron bersama sahabat dari MAPS

Time ni wat keja gila dgn housemate aku, Jackson. Tau2 sampai Genting, mengengkang kawan tu dok atas moto

Time ni rehat sat, baru turun dr Genting.

Kalau nak ikut gambaq, banyak tak terkira. Kenangan dgn KDP 4465 ni banyak sungguh. Dia ja yang masih setia dengan aku. Sebabnya aku malas nak buat hutang lain. PTPTIPU pun aku x setel lg.. haha.


*Perjalanan bermula dari 0 baru boleh capai 100, Mustahil bermula dari 100*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan