Isnin, 30 Januari 2023

Tahun Arnab.

 Holla, aku mai lagi.

Tahun ni untuk Raya Cina, depa kata tahun arnab. Aku x tau la berkenaan tahun2 depa ni. Haritu ada la sorang brader cina ni explain kat aku urutan Chinese Zodiac ni dan kisah2 disebalik haiwan2 tu. Antaranya setiap haiwan tu berulang tahun dia. Kat situ depa boleh agak umur kita berdasarkan zodiak tu ja. Hebat math depa, aku congak makan kat kedai mamak deret kena scam ja ngan mamak, tau2 mee goreng teloq mata ngan teh o ais dah jadi RM15 hinggit. Cilanat punya mamak.


Dalam kita dok sakan bercuti raya cina ni, tak lama lg kita nak sambut Ramadhan. Bulan mulia, bulan gudang pahala, bulan amal ibadat, bulan plastik hitam, Bulan Tarawikh, Bulan Lailatu Qadar, dan sapa datang bulan x leh posa, Simple. Hehehe


So, bersediakah kita nak sambut Ramadhan ni? Tapi selalunya umat melayu ni advance. Org arab masuk Bulan Rejab dah terbayang Ramadhan. Umat melayu kita masuk Rejab dan terbayang Syawal. Tu yang jadi LailatulKamdar tu. Habih aku nak tempah untuk jahit spenda raya pun x dan.


Apapun. Kutiplah sebanyak mana mutiara yang digugurkan dalam bulan Ramadhan nanti. Semoga Ramadhan nanti menjadi 1 pemangkin untuk kita berubah lebih baik. Marilah sama2 kita mengimarahkan Ramadhan akan datang. Jangan lepaskan peluang itu, mungkin ini peluang terakhir kita. Rebutlah.


Akhir sekali, kurma pakcik Yusof Taiyob jangan lupa beli. kat2 bulan posa ni tanda2 dia adalah bisikan halus Yusop Taiyob. Terngiang2 dalam mimpi. Terus kena mandi wajib. 

-Ramadhan datang, tak tunggu, dia nak p pun dia tak tunggu. Kita ni kena prepare sebab kita nak p pun x ditunggu. Yang menanti pasti hanya lubang Kuboq ja-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan