Isnin, 9 Januari 2023

::. Aku dan Kuda .::

 Kuda lagi...

Lepas berbulan dok kejaq insurans, dapat la duit insurans. Bleh la wat beli cikedis, hehehe. Tak dak cakap banyak terus p kedai moto, wat kluaq moto baru.

Time tu LC135 V2 baru kluaq, terus amik berbekalkan duit insurans tu jadi donpemen. Bangga jap pakai moto baru, hahaha.


warna putih tu, yang biru tu keta aku



Lepas2 amik, terus shoot balik kolej.




Ni waktu Raya, sempat la melaram dgn moto baru


Pengalaman aku dengan moto ni sempat la ke Thailand dgn moto ni. Dan waktu akhir sem 2 (2011), aku buat keja gila, round semenanjung secara solo dengan moto ni. Diulang SOLO. nampak dak penekanan kat situ, nak menunjukkan rasa riaknya.. hahaha.

Berbekalkan RM500, bag baju, sleeping bag, start dari KL ke Selatan (N9, Melaka, JB, lepas tu Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak.

Time tu jgn cakap, tido merempat. Bus Stand, masjid (sempat la sorang pakcik tu gerak aku makan sekali lepas subuh, dpt la merasa nasik lemak dgn pulut kuning di Kuantan), stesen minyak dan paling rare, depan pagaq Balai Polis di Kelantan. Total perbelanjaan RM250, (time tu minyak murah), hotel RM80 ja (menginap di Besut). Berapa hari? dalam 5 hari gak la. Tapi pengalaman tu sangat berharga.

Gambaq? ni aku mintak maaf banyak2, semua gambaq hilang sebab dok dalam henpon Nokia N70 dlu. Hilang waktu nak p kelas. Sayang btoi la. Dah la time tu aku jenis tak aktif dgn fb lg. Kalau dak bersepah dah gambaq dalam FB aku. dem...

yang aku igt, time ni aku ke Putrajaya. Part time job

PKG 1797, Yamaha LC, dan kot pakai dalam 3 tahun. Akhirnya juai, upgrade cc la sebab dok ulang alik Selama - KL bleh kata seminggu 2-3 kali. Banyak jugak la kenangan dgn moto ni. Tak terkira. Tu blom lg cerita dok race dgn yamaha sokan kat PD.. hahaha


so next moto apa plak?
Tunggu je la


*Kenangan tu dicipta buka dibeli*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan