Selasa, 10 Januari 2023

::. Aku dan Kuda.... Lagi .::

kita kembali bersama.. hehehe

Yamaha 150FZ tu masih setia sampai sekarang. Masih lagi aku kuda kesana kesini. Dalam aku dok berkuda sana sini, nak ditakdirkan, sepupu aku eksiden. Teruk jugak la kecederaan dia. 

Terkejut beruk aku, yelah baru semalamnya aku kluaq ride dgn dia ke Nilai. Tau2 malam tu eksiden. Time tu aku ada di Bangi, tengah kursus OHN di NIOSH.

Dah kecederaan sepupu aku agak teruk, lama jugak la dia x dapat naik moto, dia offer kat aku moto dia untuk aku jaga. Dia pakai Yamaha R25. Time tu bangga la kejap sebab x ramai lg pakai R25. Orang dok pandang ja kalau aku lalu, heheh. Padahal moto org tu, aku tukang jaga ja.

Tu Sepupu aku, Amin. Siang kami elok kluaq ride, malam tu dia eksiden. Ni waktu hari kejadian la

Ha, moto merah tu la aku jaga. Walau bukan milik aku, sempat la merasa. Hehe.

Aku dan jaga moto ni dalam 4 bulan macam tu sebelum serah kembali ke abang dia. Dengan R25 ni aku x banyak cerita la. Cuma banyak konvoi kot dekat2 dgn ulang alik p keja.

Ni waktu ride ke Kuala Kangsar, Berenti jap kat Sumpitan.




Ni waktu balik dari KL, ride ke sana.


Dengan R25 ni tak banyak sangat la kisah dia. Aku boleh katakan, moto ni mmg best la pakai. Untuk beginner yang nak berjinak2 dengan cc tinggi skit R25 la pemangkin dia. Mentenen dia pun x dak la hauk sgt.

Lepas tu aku serah kat abang sepupu aku. Aku kembali pakai kekasih setia aku. Yamaha 150FZ. hehehe. welkam bebeh.

Selang beberapa tahun, setelah berpindah tempat keja. aku mula mencari kuda baru.

Dok aim touring bike. Memang teringin sangat. cari punya cari touring bike tak dapat harga yang sesuai. Tapi ada moto yang menarik minat aku.

KAWASAKI ER6N

Ni la kawasaki ER6N



Alkisahnya Kawankasi  Kawasaki ni aku amik pun mengejut. tak tengok moto depan2 pun. Aku set dengan kedai dalam wasap ja. Lepas tu kedai tu senyap. Aku igt kedai tu kelepet aku dah. Shilake sungguh, rasa nak jeb tulang belakang tokey tu.

Tau2 raya ke 5 tahun 2018, Kedai tu call kata loan aku lulus dan boleh amik moto. Terkejut beruk aku. Beruk pun tak terkejut lagutu, hehehe.

Kedai tu di Tanah Merah, Kelantan. Nama kedai dia K-10 Motor. Jangan tanya maksud K tu, aku tya tokey tu seminggu tokey tu tak bertegoq dgn aku, hanat tol.

ER6 tu aku dapat dengan harga RM13k. Jadi aku mintak la sepupu aku hantaq aku p ke Kelantan utk amik moto. Sampai sana last2 cina tu habaq, Moto ready dah, roadtax insurans ja x dak lg. Haram J sungguh, dah la jauh aku nak balik ni. Ke Ipoh kot dari Kelantan. Aku gamble je la.

Dengan ER6 ni gambaq x banyak sgt, banyak gambaq hilang dah. Cuma takat Cameron, Genting, Penang, KL, Bukit Tinggi mmg dikatakan kerap la aku p. Cuti kerja ja mmg hilang la p sana. Moto ni Terengganu ja x lepas p lg (Sabah Sarawak sekali la, x kan nak berenang dgn moto plak).

Elok dapat ja moto ni, baru la aku sedar. Dia ni ada penyakit. Valve ekzos suka putus. Ramai dah terkena. Makan ribu la nak repair. Aku nyaris2 nak kena. Selamat tergerak hati nak buat Valve Clearance. Bila cek valve aku dah bengkok. Jadi nak selamat tukaq valve baru yang kualiti lebih elok. Jadinya aku la yang bengkok nak membayaq semua tu. JEMMMMM.

Sebab tu waktu ER6 model ni keluaq, Kawasaki ada recall banyak utk replace blik valve yang defect. Jadi sapa2 ada niat nak pakai ER6N atau ER6F model 2012/2013, jangan takut, hanya replace valve tu ja. Kalau dah replace in shaa Allah ok. Cuma jaga minyak hitam, VC. So far antara cc 650 terbaik, kecik, pikap kuat, minyak sep, spaprepart bersepah, senang nak cilok2 kalau main town. ER6 mmg terbaik la.

Tapi macam aku cakap yang lepas2, jodoh aku tak panjang. Pakai paling lama 3-4 tahun lepas tu juai. Macam tu la kat ER6 ni. Beli tahun 2018. Disember tahun 2020 aku terpaksa lepaskannya untuk kurangkan komitmen. Sakit memang sakit tapi terpasksa. Kena utamakan yang lebih utama.

Ni kira hari last dengan ER6N dan FZ tu masih ada sampai skang.


Aku terdesak untuk kurangkan komitmen. Jalan mudah aku iklankan dalam FB dan ada orang berminat utk beli. Aku terpaksa lepaskan walau perit. In Shaa Allah, andai ada rezki aku akan amik lain.

Jadi pada saat dan ketika tu. Masuk ja tahun baru 2021, ditakdirkan aku dapat kerja baru dan isteri aku mengandung. Allah Maha Kaya. Dia suruh aku lepaskan 1 benda yang aku paling sayang untuk Dia hadiahkan 1 permata yang lebih berharga dari moto tu. TERIMA KASIH YA ALLAH. 
(Tapi misi nak cari touring bike masih diteruskan sampai skang) hehehe.

Begitulah kisahnya. Bersilih ganti datang dan pergi. Namun hanya 1 yang setia.

*Fikirkan keperluan dahulu baru kehendak*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan