Catatan

.::TRIP TO MEDAN::.

Imej
Jauh berjalan, luas pengalaman. Jadinya, untuk tahun 2025 ni awal2 dah start berjalan dah, hehe. 8 Jan 2025 - 11 Jan 2025, aku n family aku ke Medan, Indonesia. Saja ja jalan2 1 family. Lagipun family aku lama tak jalan2 sekali. Yalah, adik aku dok jauh, Terengganu. Aku plak siang malam keja. Kadang2 ja balik ke Selama.  Asalnya aku x tau pun plan ni. Tau2 adik aku call ja habaq kata jom p Medan. Simpan duit p sana. So struggle la jugak cari modal, hahaha. Kalau time bujang dlu sebut ja, onzz, skang dah ada anak bini, kena bwak la, tak bawak karang, mau aku tidoq luaq seminggu, hehe. Plan dia semua adik aku yang buat. Aku cuma bayaq ja untuk duit tourguide. Tourguide yang kami pakai dari company PocketTrip. Segala tentatif depa yang buat, hotel depa book, siap keta ngan driver tolong bawak. So kita p cuci kaki tangan mulut, ketiak dan tumit ja. Itinerary Trip Santai 4 Days 3 Nights Cust : Farizul & Family Crew : Mursyid & Agung Pick up : (9.35am) Kualanamu International Air...

.::TAHUN 2024 DALAM KENANGAN::.

Imej
OK, setel kan post aku pasal 2025, ni kira flashback balik je la untk tahun 2024. Tahun 2024 ni pun banyak jugak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Yang gembira pasti kita ingat la kan, Yang duka pun pasti tersemat di jiwa. Yang gembira tak pa kot, cukup aku kenang sendiri, paling dak aku bukak gallery phone je tengok sorang2. Setiap manusia ada pengalaman suka duka. Untuk aku 2024 ni, banyak sungguh yang terjadi. 1. Selepas raya 2024, aku bertukar tempat kerja (masih lagi under ASP Medical) cuma aku tukar ke Construction Site dari Kilang Lumileds. Ada sebab yang aku mintak tukar. Mulanya asal nak resign, tp pikir balik, mana aku nak cekau duit bulan2 bayor moto Duacati aku ngan Rolls Royce aku kan, maklumlah Gaji B40, komitmen T20.  Selepas negotiate ngan manager aku, aku ditukarkan ke tapak pembinaan, Pelican Project (Intel Bayan Lepas). Kira sub con under Exyte. Aku accept pertukaran ni, sebab nak cari pengalaman baru untuk kerjaya aku. Ya lah, hospital dah, Consultant dah,...

.:: POST PERTAMA 2025 ::.

Imej
  SELAMAT TAHUN BARU 2025 Alhamdulillah, walaupun dah hujung2 dah Januari 2025, baru nak up post kan, ahaha, xpa la, suka2 je pun buat blog ni. Bersawang habis dah blog ni, tp bukan tu yang aku nak cakap, tahun 2025 ni aku rasa memang agak mencabar jugak. Dengan kenaikan harga barang, komitmen, macam2 la. Semua tu ujian yang kita perlu tempuh dari hari ke hari. Moga kita semua kuat hadapi semua ni la Sooooo, hopefully 2025 ni jugak akan menjadi yang lebih baik untuk semua. Selamat tahun baru 2025, jangan lupa posa lagi 2 bulan. Sapa yang posa tak cukup tu, ganti la cepat2. Slot utk makan tengah hari bulan 3 tahun ni masih ada slot, roger2 la😆😆 - Perjalanan masih jauh kawan, jangan terlungkup di tengah laluan. Bersabarlah dan bertabahlah, akan ada tangan yang menolakmu, namun ada juga tangan yng akan menarikmu bangun. Jangan dikeji yang menolak, jangan ditinggal yang menarikmu. Berjalanlah sekali, kerana kejayaan itu milik semua, bukan seorang.-

::.RAYA 2024.::

Imej
 Minal aidil wal faizin. Alhamdulillah selesai raya 2024. Dah sebulan habis raya aku baru nak up post, hahaha. Lantak la, page aku, sapa nak kesah kan. Tahun ni raya turn belah family bini aku. Yang syoknya sebab family bini aku ni ramai, yelah aku kan selalunya raya berempat ja, family aku kan kecik ja. Tapi kecik pun syukur sebab dulu time raya selalunya akan balik kampung umi aku di Terengganu. Sebab tu family aku ni jenis berjalan, tapi kadang tu depa punya plan last minit. Raya 2024 kali ni semua family belah bini aku raya di Manjung. Sewa homestay kat sana 3 hari dan semua berkumpul kat sana. So dah nama pun raya kan, macam2 la aktiviti kat sana. Raya tahun ni aku cuti memang lama, seminggu. Raya lepas ni tak tau la, dah aku pun bertukar tempat keja, jadual keja pun berubah. Silap2 nak raya kena ikut giliran. Tapi takpala, janji boleh bersama keluarga. Sebenarnya makna raya bagi kita ni apa dia? Hadap jalan jem ka? kumpul adik beradik ramai2 ka? duit raya ka? sebenarnya kegem...

::.SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK::.

Imej
 Assalamualaikum, Rasanya ampa dah tengok kan kat pautan keluarga Radhisma. Yala, keluarga aku x besaq pun, aku ngan adik aku ja 2 ketui. Kalau nak ada yang ketiga pun kucing mai tumpang tidoq umah aku.. hahaha. Fitrah manusia, nak makan, nak minum, tempat tinggal, dan dah tentu kawin. Yala semua nak kawin, kucing pun tau nak mengawan. Takkan nak balaih pokok pisang kot. Tak pun sejenis, golongan tu sesuai ditangkap dan jadikan umpan kat jerung. Lagi membiak puak2 tu, lg teruk dunia ni. Tanggal Disember 2023, adik aku dinikahkan dengan jejaka pilihan dia. Dia habaq kata kenai dari sekolah. Tapi bercinta tu tak tau la dari sekolah ka lepas sekolah. Kalau dari sekolah, hang sedaq la adik oi, abah hantaq p sekolah suruh belajaq bukan bercinta. Abang dulu sekolah semua lelaki, nak bercintan x tergamak sebab semua pedang. Lepas tu satu sekolah dengan abah pulak di SEKUGA, lg tak dan bercintan bagai sebab abah dok monitor. hahaha. Anyway, Bulan 12/2024 adik aku diijabkabulkan dengan jeja...

::.SELAMAT BERSARA UMIKU USTAZAH ROSMAH.::

Imej
Sebagai seorang yang bekerjaya, tak kira apa jua bidang, akan hadap 1 titik akhir dalam karier, iaitu bersara. Dalam sektor kerajaan khususnya perguruan akan hadapi hari persaraan dari dunia sekolah. Dan umi aku salah seorang yang sempat merasa hari tu. Setelah 32 tahun berkhidmat sebagai seorang guru, akhirnya bulan 3 2023 umi aku dah tamat perkhidmatannya sebagai seorang guru. Dan sudah semestinya ada majlis perpisahan. Dah nama pun bersara bukannya naik pangkat. Aku cerita sikit la detail umi aku, sebagai kenangan, yalah aku tau blog aku ni pun bukan sapa2 singgah pun, sekadar jadi tempat bercerita untuk aku. Mungkin akan jadi 1 kenangan untuk keluarga aku. Bermulanya kisah: Terima pengajian awal di peringkat tertinggi di Maktab Perguruan Islam (kat sini la umi aku jumpak abah aku). Selepas kawin, depa ditukarkan ke Sabah (Pulau Gaya) sebab tu aku beranak kat sana. Aku IC sabah ok, cuma x reti nak berdialek Sabah. Takat nak kecek sikit2 boleh la boh. Ok, lepas dari Sabah, depa dapat...

::.Kukuh pada akar, bukan pada ranting.::

Imej
 Uish, lama noh aku tak up entry. Yala bizi skit, kerja kan, bukan ngulor. Alhamdulillah, semuanya baik2 dan sihat belaka. Musim2 panas ni pakat jaga la kesihatan. Entry kali ni bukan la nak mengumpat ka apa, saja nak membebel. Sebenarnya pokok ni kukuh disebabkan apa? Tanah? akar? dahan? ranting? batang pokok? Jika fizikal pokok yang kita tengok, maka tanah la penyebabnya, kalau kita lihat biologi pokok, maka akar la penguat dia Semakin dalam dan lebar akar, semakin kukuh pokok (fuh hebat gak hipotesis aku ni, haha). Bila kukuhnya sebatang pokok, maka ada yang mendapat nikmat dan hasilnya. Antaranya, haiwan dapat makan buahan dari pokok, manusia dapat berteduh bawah rimbunan pokok, kurang terjadinya bencana alam macam banjir lumpu/kilat, tanah runtuh. Semua dapat manfaat. Kita tengok dalam hutan, banyak pokok yang tinggi2, macam mana depa dapat nutrisi? semuanya dari akar. Yang tinggi akan jadi panyungan untuk yang rendah2, termasuklah binatang dan dan manusia (termasuklah mansia ...