Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

SUBHANALLAH...ALLAHUAKBAR....

(Sebelum baca ikat Jantung anda kemas2) ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi...

cinta dan kentut...

CINTA dan KENTUT tidak boleh ditahan, keduanya boleh menjadi lega bila terlaksana. CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega. CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya. CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau. CINTA itu halus, KENTUT itu virus. CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang. CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, CINTA monyet…!” KENTUT didepan banyak orang, “Sialan, monyet lu…!” CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari: Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?” Kalo sudah KENTUT: “Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku gak…?!!!” CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai. CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi     prooootttttt...............!!!

Balik kampung.....!!!!

Imej
Perjalanan jauh x kurasa Hendak hatiku melonjak sama Ingin berjumpa sanak saudara Yang selalu bermain dimata Nun menghijau Gunung ganang dan rimba Langit yg tinggi bertambah birunya Deru angin turut sama berlagu Semuanya bagaikan turut gembira  Ooo... Balik kampung 3x Hari girang Terbayang wajah2 yg kusayang Satu2 tersemat di kalbu Pasti terubat rindu dihati Menyambut kepulangan ku nanti haa... korang mesti tau kan lagu ni, kalo korang x tau, mungkin korang lahir zaman Hang Tuah dulu, x pun korang lahir 100tahun dari sekarang. Sape2 yang x tau, lagu  ni dinyanyikan oleh Britney Spears... hahaha.... kalo korang percaya memang bengap tahap kambing la jawabnye, Lagu ni dicipta oleh Allahyarham Sudirman dan dia jugak yg nyanyi. Lagu ni cukup popular era 90an. Lagu ni hebat...!!! Kenape aku cakap lagu ni hebat???? cube korang tengok lirik lagu tu balik.... ada die sebut pasal raye...?? X de kan... tapi knape lagu ni cukup famous time raye?? kenape time aku blik kg ujung minggu...

Mari bace doa....

Mintak je.... kalo kene dengan usaha InsyaAllah dapat punyalah.... bak kate omputih 'dont worry'. Dalam Islam nak mintak kenelah berdoa... banyak2 la berdoa lepas semayang (post ni utk org yg semayang je, yang x rajin semayang harap maap la ek). Tak pun berdoa pada waktu2 yang mustajab. Doa dalam erti kata lain meminta sesuatu dan inilah salah satunya senjata rahsia bg umat Islam. Nak mintak pun ad la carenye. Mule2 kene la bodek dulu. Maksud aku bodek tu selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad SAW dulu, mulakan dengan nama2 Allah cth:Ar-Rahman, Ar-Rahim, doa utk kesejahteraan umat Islam, doa utk ibu bapak last baru la korang mintak.. x percaye, korang nak mintak sesuatu kat bapak korang, try korang bodek dulu, tolong kemas umah ke, cabut rumput ke (bukan bulu kaki tau), basuh kete die ke, nanti dapatla tu, tapi kalo pelan ni korang jugak boleh mengundang pasu bunga terbang jikalau korang mintak ditengah2 bulan (tgh sengkek). Berdoa jika korang dalam kesusahan, itu yang sebaik...

Manusia yg sebenarnya

Imej
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI Bermula dari segumpal darah….. Dijelmakannya seraut wajah…. Itulah… Rahsia agungNya Kudrat Tuhan… Diberikan nyawa.. Dan diikatkan janji Tunduk hanya patuh padaNya.. Namun…. Hakikat hidup di dunia ini, Hanya untuk menguji keimanan hambaNya, Namun kita sering terlupa, Dari mana asalnya kita… Hanya setitis air mani… Segumpal darah…. Seketul daging…? Tapi satu kelebihan yang diberi.. Kita diberi akal fikiran… Lebih baik dari binatang ternakan… Lebih mulia dari haiwan… Namun mengapa kita persiakan? Akal diberi nafsu dituruti.. Bukankah kita hanya menagih simpati… Dari RahmatNya yang kekal abadi… Tiada lagi ertinya keinsafan, Andai akhir nafas dihujung helaan, Sebelum mata rapat terpejam, Usah biar godaan syaitan, Menyesatkan kita dari landasan yang lurus…. -Ikhwanulmuslim-

sem 3 yg nampak memboringkan....

Imej
4.00 am: Pagi2 dah dengar ada 2 ekor makhluk x bape nak halus memekak kat dalam umah (pakcik & sabah). Dah memekak sangat, aku bangun jugak lepas Alip gerak utk sahur... 4.30 am: Turun bawah untuk sahur. Makan nasi goreng biase ngan limau ais je.... boleh la takat nak kunyah2 tu... nanti jadi bahan terbuang gak. 5.00 am: Tah macam mane, terlelap kat atas katil, selamat aed gerak, kalo x kompom aku dah selamat sampai ke Uganda utk sahur buat kali ke-2... 6.00 am : Lepas semayang subuh, tadarus dalam 2 muke surat (ayat je tu, sekadar nak sedap mate menulis), terus lompat ke luar jendela sambil aku menipu korang untuk jenak semata2.... hahaha.... 7.30 am: Memang cam cipot, bas lewat gile baboon, sampai kene halau ngan pak guard kat depan pagar Maxis tu... shilake sungguh..... 8.15 am: Dok melepak dalam kelas sambil dok tengok Thilo dok bg ucapan dalam bahasa kebangsaan yang die sorang je yg paham.... haram aku x paham. 9.15 am: Lec dah msuk.... mule aku igt bangla m...

Pembahagian puasa mengikut peringkat.

Puasa dapat dibahagikan kepada 3 peringkat (mengikut golongan manusia zaman sekarang la). Nak senang cite, aku bagi perumpamaan kat korang supaya senang korang nak paham. Aku samakan posa tu ngan laut dan korang nilai la sendiri korang kat tahap mane.Bayangkan koran gke tepi pantai, nilaikan ape yang korang tengok kat laut luas tu.... Tahap 1 Golongan ni nilaikan laut tu pada permukaan je. Maknenye die cume nampak ape yang ada kat atas permukaan je. Ada buih, sampah, kapal nelayan, mungkin tunggul2 kayu. Tahap 2 Golongan ni tengok laut tu mendalam sikit. Maknenye die nampak jugak ape yang ada kat permukaan laut dan die jugak nampak ape yang ada di dalam laut. Maknenye. bila sebut laut, die dapat bayangkan dalan laut ada ikan, penyu, terumbu karang dan sumber rezeki yang lain. Tahap 3 Golongan ni pulak tengok laut tu secara dasarnya. Maknenye die bukan sekadar nampak dasar dan pertengahan laut, die jugak nampak ape yang ada kat dasar laut dan ape yang ada kat dalam dasar laut t...

Kisah Para Tabiin: Uwais Al-Qarni- Penghuni langit

Imej
Uwais Al-Qarni seorang daripada kalangan tabiin (golongan yang hidup selapas zaman Rasulullah SAW dan sezaman dengan para sahabat). Beliau dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan berpenyakit sopak. Ayahnya telah meninggal dan beliau tinggal dengan ibu beliau. Beliau dijaga oleh ibunya dari kecil sampai dewasa. Uwais Al-Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut dalam wasiat baginda Rasulullah SAW yang disampaikan kepada saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda berpesan: "Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul.Kamu berdua pergilah mencarinya.Dia akan muncul dari arah Yaman dan membesar di Yaman.Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia.Kalau berjumpa dengan dia, minta tolong dia mendoakan kamu berdua". lalu Saidina Umar bertanya :" Ya Rasulullah, apa yang saya patut mintak dari Uwais Al-Qarni?" Nabi SAW menjawab:"Kamu minta kepadanya unuk berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa kali...

::. Ahlan wasahlan ya Ramadhan ::.

Imej
Apa makna Ramadhan? Ramai yg tahu, siang posa, maghrib bukak posa, ptg ada bazar Ramadhan, malam ada terawikh, Subuh esok sahur, begitu..?? Cuba kita pikir tengok kenape Allah bg posa kat kita... Allah x kan bag sesuatu tanpa asbab2 yg munasabah... 1)Posa dapat menjamin kesejaheraan dan kesihatan tubuh badan... contoh bg yg kaum2 nak mati cepat (yg isap rokok), waktu utk merokok sudah dipendekkan dan kalo ikut kajian saintifik, kadar toksik dalam badan seorang perokok akan berkurangan dalam tempoh 24jam dan boleh lg kurang bergantung kepada perokok. 2)Allah telah berfirman dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah (sapi betina) ayat183-184 yang bermaksud "Hai orang-orang yg beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 sebelum kamu mudah-mudahan agar kamu bertaqwa". Ni maksudnya posa tu wajib, jgn dok tinggal sesuka hati ja, kalo nak merasa naik van jenazah awal bleh la try tinggal posa.. 3)Kalo kita tengok balik, mcm2 perkara berlaku dalam...

Ciput nak mampos :bhg 2...

Imej
RM360-RM50 = RM310.00 Beli barang dapur+makan hari tu dah habis RM50 Di Summit USJ...... tengah sedap jalan2 ngan member.... tiba2....... gambar blur, nset murah je pun.. duit lg..... RM310.00-RM30.00= RM280.00 Beli selipar RM15.00 lg RM15.00 wat makan utk tgh hari dan malam... Esoknya........ Pegi Times Square teman kawan beli barang... RM280.00-RM30.00=RM250.00 RM30.00 (makan, topap touch n go,topap clcom), dah habis RM 30 Jumaat minggu tu balik lg sambut birthday adik... RM250.00-RM70.00=RM180.00 RM30.00 - tiket ETS RM10.00 - makan kat KL Sentral RM02.00 - tiket bus ke JJ Ipoh. RM30.00 - Hadiah adik RM8.00 -   Makan tgh hari Dah habis RM70.00 Skang tinggal RM180.00 sempat la kot nak survive kat bandar urban ni.... tahan la dalam 3 minggu kot... **********TAMAT KISAH PTPTIPU**************

ciput nak mampos....

Kawan  : "wei, duit PTPTIPU dah masuk ar...." aku    : "ye ke... dengan senang hati aku g check" di KL sentral.... baki wang anda RM998.50 jumlah yg boleh keluar : RM980.00 withdraw RM50.00 RM30.00 = tiket ETS RM10.00 = majalah RM 7.00 = makan RM 3.00 = topap sekelip mata dah habis RM50 di Ipoh..... Aku : "abah, duit ptptipu dah kuar..." Abah: "abah nak pinjam ckit bleh..." Aku : "bleh... bape"? Abah: "RM500.00 Aku : "ok..." Besok kat pekan Selama. Baki dalam akaun anda RM930.00. Had pengeluaran RM920.00 RM920.00-RM500.00 = RM420.00 Lagi2 besok. Baki dalam akaun anda RM420.00. Had pengeluaran RM410.00 RM410.00-RM50.00 = RM360.00 RM30.00 - tiket ets RM10.00 - topap RM10.00 - makan di KL Sentral Kat Impian Meridian.... RM360.00 - RM50.00 = RM310.00 Beli barang dapur+makan utk hari tu dah habis RM50.00 yg lain.... to be continue.... hehehehe

Ada serupa ka?

Imej
meow... kalo same mcm ni x pe gak... comel... skang aku tengah praktikal kat HKL... dah macam-macam kes aku jumpe kat sane, yang denggi, psy (orang gila). Tapi yang ni tadi jadi kat aku, baru bape jam lepas. Aku kene buat dressing kat sorang uncle ni, (dressing tu bukan kene bagi pakai baju k, maksud dia cuci luka). Dah siap-siap suma barang, aku g basuh tangan dulu. Pastu ada akak nurse ni bagitau yang uncle tu tengah tido. Aku wat x peduli la, time tdo senang wat keje. Dah tolak troli ke katil uncle tu, siap pakai strile glove, aku g kat uncle tu dan cakap "uncle nak cuci luka sikit". Dia angguk je. Time cuci tu die cakap-cakap bahasa kebangsaan dia, aku wat x peduli la, ingat dia cakap dengan bangla sebelah dia, rupa-rupanya dia cakap ngan aku. Aku cuma mengangguk je ape yang die cakap, ape dia mencarut aku pun x tau. Dah habis wat dressing, aku kemas-kemas barang, aku cakap kat die "dah habis dah uncle?" die cakap "la you melayu ke?", mau je aku ba...

teka-teki dan jawapan utk korang

1.Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? -Kuih salah bikin. 2.Binatang ape power Karate? -Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade. 3.Siape yang menemukan dompet kulit? -Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye. 4.Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak? -Pintu yang ade tulis 'TARIK' 5.Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya? -Pembohong... 6.Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'? -Usus 7.Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala? -Kutu rambut 8.Nenek sape jalannya meloncat-loncat? -Neneknye si katak 9.Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila? -Sbb lelaki ni kan 'buaya' 10.Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik? -Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan' -Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan' 11.Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson? -Dua-dua tak kenal korang...hehe 12.Tuk...

Guru besar yg terkene....

Imej
Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?" "Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?" "Oh, hanya meneka," katanya. Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula." "Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu. "Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya. Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya....

Ntah, aku tulis ja..

Zali seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya. Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zali terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zali telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zali sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki. Bergegas Pak Amin ayah zali ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya, Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor? Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah. Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor? Doktor: Sebatang lembing terpacak d...

Tak reti cakap elok2 ka????

Imej
 "woi, kawasan ni x leh masuk, x reti bace ke sign board kat depan tu", dengan muke selambe aku U-turn balik dan cakap kat guard tu "Assalamualaikum, sori encik, x nampak, lawa sungguh bahase encik, sape ajar, bapak encik", lepas tu terus aku tekan sampai out meter.... cabutla takot makan pasir kang.... Ape salahnye cakap elok2, bukan orang x paham, dan x kan kambing lak bawak kete (akai ada ka?) aku x salah la.... aku time tu rase nak hempuk ja gusrd tu ngan steering lock, nasib aku x baik sebab depa ramai ja, aku berdua, kalo x memang jd mcm KL Gangster dah la jawabnyer.... heboh satu Malaya kang....

Kenapa ALLAH murka????

Tidak ada rasa takut, apatah kesal jauh dari hati di sudut laman petang, dosa dibeli sebegitu murah dengan harga satu umpatan, tentang kain carik di betis orang, tentang tiris bumbung di rumah jiran Diwarung-warung gebang. dosa sehari diraih sebanyak-banyaknya, cukup dibayar kopi satu cawan, lumba-lumba bentang berita terkini, serakah seorang tokoh kebencian, tanpa bukti dan saksi, cerita lipur lara pelosok mukim, sensasi dilukis sebegitu hina, potret jalang artis manis dijual, dengan fitnah dan rempah tambah, berbekal sebaris gosip cinta, dan secebis PRASANGKA, peluru caci, tembakan nista, berpuing-puing membedil wibawa dosa di pentas siasah tampak suci, dibalut keharusan fatwa spontan, lupa pada karaman katibin, disebalik tabir kota malam, selenggara dosa lebih enak, dalam ulit-ulitan nafsu jahil yang hatinya telah bta, pada azab, sengsara NERAKA.... -A.D.A.M-

Apasal la aku malas semayang.......

Apasal la aku malas sembahyang. Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom pulak tu, siap dengan bayang-bayang. Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam dan siang... Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang... Apasal la aku malas sembahyang. Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang. Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang. Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang. Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...? Apasal la aku malas sembahyang. Ingat masih muda remaja, lambat padam ? Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang . Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang. Masa tu, baca fatihah pun 4 kali ulang. Apasal la aku malas sembahyang.Nak beli tiket bola sanggup beratur panjang. Sanggup berdiri dari pagi sampai kepetang (sama la dgn audition realiti tv tu).Ape aku igt masuk syurga boleh hutang....?? Apasal la aku malas sembahyang. Kerja dah best, keluarga pun dah ok, rumah tersergam. Negara pun dah merdeka, terbilang. Berkawan malam dan siang....

Kosong.....

Imej
Hari ni tak dak ape2 post best la....(kalo ada pun malas nak bukak pendrive)... jadi korang layan je la lagu brader Maher Zain nih , 4 The Rest Of My Life, mendalam makna lagu ni bagi sesiapa yang mendambakan hidupnya untuk sesuatu (untuk isteri, tuhan dan ape2 je la). Tapi lagu ni beliau karang dan tujukan khas untuk isterinya tercinta, Moga cinta mereka kekal ke akhir hayat insyaAllah. Maher Zain.... cayalah...... Lirik For The Rest Of My Life I praise Allah for sending me you my love You found me home and sail with me And I`m here with you Now let me let you know You`ve opened my heart I was always thinking that love was wrong But everything was changed when you came along OOOOO And theres a couple words I want to say For the rest of my life I`ll be with you I`ll stay by your side honest and true Till the end of my time I`ll be loving you. loving you For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I I`ll b...

Bangau Oh Bangau.....

bangau oh bangau... kenapa engkau kurus? mcm mana tak kurus.. ikan tak mahu timbul.. ikan oh ikan.. kenapa tak mahu timbul?? macam mana aku nak timbul.. rumput panjang sangat.. rumput oh rumput.. kenapa panjang sangat?? macam mana tak panjang.. kerbau tak makan aku.. kerbau oh kerbau.. kenapa tak makan rumput?? macam mana nak makan.. perut sakit.. perut oh perut.. kenapa engkau sakit?? macam mana tak sakit.. makan nasi mentah.. nasi oh nasi.. kenapa engkau mentah?? macam mana tak mentah.. kayu api basah.. kayu oh kayu... kenapa engkau basah?? macam mana tak basah.. hujan timpa aku... hujan oh hujan .. kenapa timpa kayu?? macam mana tak timpa.. katak panggil aku.. katak oh katak.. kenapa panggil hujan?? macam mana tak panggil.. ular nak makan aku.. ular oh ular.. kenapa nak makan katak?? macam mana aku tak makan.. itu makanan aku! ************************************************************************* lagu yang banyak buat ...

Tips tahan ngantuk dalam kelas....

Imej
Time lecturer dok ngajor kat depan, kompom2 yang manusia2 kat belakang kelas mahupun belakang pintu (ada ke??) ngantuk tahap tenuk betol kan? Ni ada tips yang aku amik dari member aku yang boleh korang kongsi bersama. Time lecturer tengah ngajor tu, korang main mesej ngan awek korang, kalo nampak kat lecturer, cakap, "bapak anto mesej cikgu, die cakap suruh pegi pasar beli ikan" Menjerit-jerit kat belakang kelas (macam tengah histeria tu) Main sepak2 kerusi kawan, sape menang kene belanje KFC Cube tanye seberape banyak soalan kat lecturer Bile lecturer cakap kat depan korang gelak2 kat belakang. Buat macam die wat lawak Keluar ke tandas setiap 5 minit Bukak lagu kuat2. Lagi best lagu heavy metal Sembang kuat2 ngan member kat belakang kelas Main aci nyorok ngan member Order pizza hut dan suruh diaorang anta kat kelas korang Tangkap gambar ramai2, macam ambik gambar untuk majalah sekolah tu Online Facebook kat belakang kelas pakai beruk band Kalau dah ngantuk sangat, korang tid...

Manusia Yang Pekak.....

Imej
Minggu lepas aku balik ke Selama, rindu lak aku kat Selama tuh, suasana dia, pemandangan dia, tak berserabut macam kat KL nih (tetiap pagi jem memanjang). Aku amik keputusan nak balik ke KL hari Ahad, naik ETS kat Ipoh. ni la ETS, KL-Ipoh kurang 2 jam (156 km/h) Dalam kol 1430 aku sampai kat stesen Ketapi Ipoh. Dah lambat beb, kelam kabut la masuk tanye pasal tiket ETS tu. Sampai je kat kaunter, kak tu bagitau kat aku yang tiket untuk hari tu dah full. Ada pun sebelah malam je. Mau tak mau pak aku kene anta aku ke Tg Malim,(senang sikit hehe). Setelah 45 minit perjalanan dari KTM Ipoh (rembat 140km/h atas highway) sapai di Tg Malim, ape pun makan dulu la. Pukul 1750 baru train sampai. Nak ke KL Sentral kene transit kat Rawang dulu. Dari Tg Malim sampai Rawang, aku dapat tido dengan aman sekali. Lebih kurang dalam 30 minit, sampai ke Rawang. Kene transit kat rail no 1. Masuk je kat dalam train, aku dapat duduk depan sorang minah ni, muke cun tapi sayang, tak sempat beli baju gamaknye (...

Cinta.... Boleh ke???

Imej
Cinta…. Ape maksudnye???.... dekat?? Sayang?? Boleh peluk2??? Cinta adalah satu perasaan yang ada di setiap hati umat manusia. Cinta beerti mendekatkan (dekat). Dekat dalam erti kata kenal antara satu sama lain. Maka benarlah kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”. Memang kita tak dapat lari dari diburu perasaan cinta. Cuma kita boleh mengawalnya. Cinta juga ada beberapa jenis. Pertama cinta yang dibaluti nafsu. Jenis ini orang yang hanya mengikut perintah daripada syaitan laknatullah. Kedua, jenis cinta yang dibaluti oleh naluri keimanan (IMAN). Harap kita tergolong dalam golongan yang kedua ini. Cinta yang dibaluti keimanan insyaAllah akan menjanjikan kebahagiaan dipenghujungnya. Aku pernah ditanya soalan cepu mas oleh seorang member, “Shafiq, ngko tak penah couple ke”. Aku Cuma senyum je bila dia cakap macam tu. Aku jawab balik kat dia “kalo ngko couple dan sayang macam mana sekalipun dekat orang tu, ngko tetap akan berpisah juga dengan orang tu. Dan tak semestinya bila ngko ber...